Falsafah HIDUP -KEHIDUPAN - Alam Mutiara Kata
- HIDUP bukan sekadar tarikan nafas (inhalation) dan tarikan keluar (exhalation).
- HiDUP manusia mempunyai ERTI , HAKIKAT dan TUJUAN.
- Untuk mengenal semuanya , kita mesti mempercayai dan beriman kepada ALLAH Yang Maha Esa.
- Ilmu pengetahuan dan agama penting bagi mengenali erti dan hakikat hidup.
- Ahli-ahli fikir mempunyai berbagai pendapat tentang hidup. Di antaranya;
" HIDUP bukanlah suatu kemenangan tetapi suatu perjuangan, "
- Pendapat lain pula;
" HIDUP di dunia ini laksana mengharungi samudera -lautan yang sentiasa bergelombang. Kesanggupan menempuh gelombang itulah dikatakan perjuangan hidup."
- Dan dikatakan pula bahawa penentu haluan hidup terletak pada tujuan hidup.
- Ramai ahli falsafah dan ahli jiwa memperkatakan tentang " KEHIDUPAN" ,iaitu cara dan irama hidup manusia.
- Pujangga Hamka pernah mengungkapkan,
" KEHIDUPAN itu adalah laksana tenunan yang selalu bersambung. Semua manusia di muka bumi ini tidak kelihatan di dalam tenunan itu kerana sangat kecil."
- Selanjutnya dikatakan pula bahawa akal dan budi , ilmu dan kepandaian, ditambah dengan kekuatan jiwa menempuh kehidupan tidak sama antara seorang anak Adam dengan anak Adam yang lain.
- Tidak ada manusia yang ingin menjadi orang miskin dan hidup melarat, Namun ada juga yang terpaksa menghadapi kemelaratan hidup.
KEHIDUPAN seorang insan bermula sejak lahir sehinggalah mereka kembali kepada hidup yang abadi itu MATI.
- Seorang ahli falsafah ada menyebut .....
" HARI LAHIR adalah hari bahagia , HARI MATI adalah hari mulia".
- Seorang lagi ahli falsafah mengkiaskan kehidupan manusia seperti keadaan sebuah perahu di samudera yang bergelora ( Anda bayangkan...)
" PERAHU akan terumbang-ambing apabila dipukul gelombang. Yang menetapkan haluan adalah tujuan hidup. Walaupun seseorang itu pandai melayarkan bahteranya, namun dia tetap terkena percikan air, kerana tiada manusia yang bersifat sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan diri. "
- SABAR menghadapi penderitaan dan BERSYUKUR menerima Anugerah Tuhan , merupakan inti imbangan dalam Pelayaran Hidup.
So ... kita sentiasa perlu redha dan tawakkal serta banyak berdoa sepanjang detik hidup kita...disamping tidak putus asa untuk berusaha..berusaha...berusaha...dan IKHLAS ..dan yang paling penting Nawaitu dalam menjalani kehidupan kita itu betul. Barulah kita akan rasa HARMONI, KEMANISAN HIDUP dan KEBAHAGIAAN yang sejati. Betul ...Betul.
Apa pendapat Anda ... BAHAGIA ada di dalam HATI.. tak payah bersusah payah mencarinya di mana-mana ..betulkan.. betul.
Wassallam. Jumpa lagi. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment