Wednesday, March 18, 2009

Mutiara kata & Wasiat

Wasiat Imam Al-Ghazali

1. DUNIA hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi...kerana
itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan
itu rosak.

2. Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Alla SWT telah memanjangkan usia dan
memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.

3. MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa
cacing tanah ( dan bakteria pereput).

Wasiat Lokman al-Hakim

1. DUNIA ini bagaikan lautan yang dalam, yang mana sudah ramai mereka yang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu , jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air
yang menyirami tanaman.

Hadith mengenai perbandingan antara dunia dan akhirat : Rasulullah SAW bersabda :
" Celupkan jarimu ke laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah
dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat."

2. Berkawanlah dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar
kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan
tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan
kebaikan kepada mereka , kamu turut merasai nikmat itu.

3. Sekiranya engkau orang yang soleh , jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi
pekerti dan keras kepala , kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut
menjadi mangsanya.

4. Tanda-tanda orang yang pendengki itu ada tiga, iatu :
  • Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
  • Memuji-muji kawannya berada bersama mereka.
  • Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

Sekian. Salam Ukhrawi dar CG Fuziah.




No comments: