Friday, December 11, 2009

Novel CINTA SANG RATU - Ramlee Awang Mursyid

Novel CINTA SANG RATU oleh penulis thriller Ramlee Awang Mursyid

Sesungguhnya dah begitu lama saya tak membaca novel .... kalau ikutkan ... saya memang peminat novel sejak sekolah rendah hingga kini... cuma setelah berkerjaya... sebagai guru...saya mendapati masa untu membaca semakin merosot.. mungkin boleh terus membaca selepas ini kut..

Saya amat tertarik dengan Tajuk buku ini " CINTA SEORNG RATU " termasuk kaption - mata galak seorang wanita.. begitu menarik saya untuk terus membaca... bukan apa.. kalau dah mula membaca.. apa perkara lain saya tak dapat buat dengan lancar.. yalah.. selagi tak habis.. tidur tak lena dibuatnya.. jadi tak tenang rutin hidup saya selagi tak habis.. Contohnya membaca buku ini ... begitu asyik dan nak tahu kesudahannya dengan cepat... Saya terpaksa disiplinkan diri ...Jangan baca muka surat terakhir.. untuk menghayati cerita sebenar..

Bila saya baca buku ini... saya teringat rakan penulis saya.. Shamsiah Moh Nor.. juga novelis terkenal.. yang punya gaya persembahan cerita hampir sama... menyelitkan info tambahan ...
dan menarik buku ini.. diselitkan petikan terjemahan dari ayat-ayat AlQuran dan banyak dikaitkan dengan sunnah Rasulullah (saw).. dan penceritaan melibatkan 2 zaman tu...mula tu keliru juga.. lama-lama saya dapat mengikut rentak cerita.. yang memang thrill...bertepatan dengan genre buku ini ..thriller..

Rasanya berbaloi juga saya memberi ruang masa untuk membaca novel ni.. dan ini menarik saya mencari info lebih lanjut tentang penulisnya.. Ramlee Awang Murshid ..yang baru saya kenal.. Maklumlah ..Saya golongan era A.Samad Said ..Shanon Ahmad..Usman Awang .. dan seangkatannya.. termasuklah Pak HAMKA.. novelis idola saya. Insyaallah...saya akan terus menjadi peminat setia penulis ini..

Cara penulisannya ..memberi ilmu dan menambah ilmu.. iaitu segmen Ilmu ...satu perkara yang tak pernah saya tahu.. ialah : Dikatakan wujud makhluk bernama Bangsa POLIP .. makhluk manusia mempunya sayap.. sama dengan pari-pari suci (yg selalu terdapat dlm dongeng Indon).

Dikatakan juga Allah telah mencipta 18 umat yang berbeza-beza di bumi ini sebelum Nabi Adam as. Izinkan saya ambil petikan ini ..utk rujukan kita bersama..

  • Ada yg memiliki sayap dan suaranya gemerincing (pari-pari suci )
  • Ada yang bertubuh spt singa dan berkepala spt burung , memilik rambut dan ekor dan suara bergema.
  • Ada yg memiliki dua wajah , satu di depan , dan satu lagi di belakang dan memiliki banyak kaki.
  • Ada yang memiliki tangan dan kaki spt manusia dan suara mereka spt jeritan bangau.
  • Ada yg memilik wajah spt manusia, punggungnya spt kura-kura, kepalanya bertanduk dan suaranya spt gonggongan anjing.
  • Ada yang berbulu putih dan berekor seperti lembu.
  • Ada yang memiliki taring spt. babi dan telinga yang panjang.

Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat.

ALLAH S.W.T. tidak menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah daripada manusia. wallahuallam.

Koleksi karya Ramlee Awang Murshid adalah :

1. ADAM

2.TOMBITUO

3. TOMBIRO TERAKHIR

4. RANGGAU

5. RAHSIA PERINDU

6. MANDATORI

7. SATU JANJI

8. SEMANGAT HUTAN

9. BAGAIkAN PUTERI


10.HATIKU DI HARAJIKU

11. UNGU KARMILA

12. CINTA SANG RATU - dah baca - 131209

Selain buku-buku di atas , anda juga boleh mendapatkan buku-buku lain melalui website

berikut: http://www.kedai-buku.com//

Sekian. Wassallam.


2 comments:

elie onnel said...

fuulamakkk!!!!!!!!!
bagaikan pueri dah lekat dalam hati... episode ne sangat mengecewakan saya sebab saifudin dan dani tak jelas kemana...( ingatkan dah mati) heheheh... tetapi cinta sang ratu dah menjawab segalanya... bahagianya bila Laksmana Sunan berkhawin dengan Sang Ratu (Ratna)... mungkin citer pas nie, Maharani akan mengalami konflik dalam cerita.. penggunaan bidang psikologi juga adalah sangat baik...
TAHNIAH buat penulisnyer bap telah menghidupkan semua watak yang ada terutamanya Saifudin yang memegang watak sebagai orang islam... patut dicontohi.. heheh

Twinny Brat said...

betul. rsanya nk kena cari buku A. Samad Said lah plak lepas ni. orang dulu2 punya gaya penulisan cantik/menarik n penuh pengajaran.

ttg Ramlee awang Mursyid pula, beliau mmg handal dlm penuisan smaada thriller atau fantasi. cinta sang ratu mmg jadi pilihan.espeacially after the to had married dan agungnya cinta saifuddin pada ratu. indah sekali garapan A. ramlee.