Monday, March 16, 2009

Info Motivasi -PERASA : Rakan Sekerja

BAHAGIA bersama RAKAN SEKERJA.. Kerja menjadi MUDAH walaupun SUSAH.

Saya yang Memahami
Saya faham akan perbezaan insan.
Saya bahawa bahawa rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.
Saya faham setiap individu adalah unik (termasuk saya)
........ada kelebihan masing-masing dan ada juga kekurangan (tidak sempurna).
Saya faham orang tidak suka dibebel, dicemuh,dicela,dihina ,diejek
diperkecil-kecilkan, ditengking, diketepikan..termasuk saya!
Oleh itu jangan sakitkan hati rakan, saya perlu fahamilah percakapannya,
selamilah perasaannya, suka duka biarlah bersama.
Saya faham apabila saya memahami orang lain, bermakna saya
mengiktiraf perasaannya, pemikirannya dan pengalamannya.....
Biar saya tidak setuju pendapatnya, tetapi saya hormati pandangannya..
Orang lain akan berasa selesa jika dia menyedari saya memahami dirinya
......akan wujud pula kepercayaan terhadap diri saya.
Saya faham rakan yang baru datang perlukan bimbingan, tidak suka keseorangan ,
perlu perhatian, perlu didekati,dibantu agar tidak terasa terasing.
Saya faham, dalam menjalankan tugasseharian ada hierarki yang perlu diikuti,
ada Staf , ada Ketua Kursus , ada KJ, ada Timbalan Pengarah, ada pengarah dsb.
Kita perlu hormat menghormati antara satu sama dengan yang lain ! Jauhi ego diri!
Saya faham saya tidak boleh bekerja keseorangan, saya perlukan
kerjasama dari semua rakan....
Satu untuk Semua, Semua untuk Satu!
Bulat air kerana Pembetung, Bulat manusia kerana Muafakat.
Bersatu Teguh , Bercerai Roboh.
Berat sama dipikul , Ringan sama dijinjing.
"Don't do to others what you wouldn't like done to yousrselaf" (Confucius)
Human beings are not perfectible, they are improvable.
Don't do too little and expecting too much.
Coming together is the begining , Keeping together is the progress.
Working together is the success!
Be nice to others only than others will be nice to you.
If you try to improve one person by being a good example , you are improving two.
If you try to improve someone by not being a good example , you are not improving anybody.
Petikan : dari Program Perasa
Dari pengalaman saya. sendiri ...
Saya sendiri telah menjadi rakan sekerja kepada tiga buah sekolah sejak dari 1984 hingga kini (2009) ... saya telah cuba sedaya mungkin menjadi rakan sekerja yang cuba memahami ...
Nasihat ikhlas dari saya .....
Seboleh mungkin elak daripada melukakan hati orang lain... jika kita sendiri tidak mahu orang lain melukai hati kita..
Buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali !
Senantiasa mempunyai nawaitu yang betul ketika menjalankan tugas kita...
dan lakukan segala tugas yang dipertanggungjawab seikhlas dan sebaik mungkin..
Insyaallah .. kita kan dapat ganjaran yang setimpal.
Sekian. Wassalam. Dari CG Fuziah.

No comments: