Friday, March 6, 2009

Info - Herba : Pokok Pudina dan kegunaannya.

Perihal Pokok Pudina / Mint Herba
  • Terdapat 600 varieti herba daii jenis mint ini diseluruh dunia, yang dikenali melalui berlainan aromanya.
  • Mentha rotundifolia dari famili tumbuhan Labiatae
  • Juga dikenali sebagai pineaple mint atau mint nenas kerana aromanya bau buah nenas.
  • Pokoknya berbatang agak lembut, oleh itu ia boleh tumbuh menjalar dan juga menegak dengn ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 kaki!
  • Daunnya bersaiz kecil , bujur panjang dan bulat dihujung bergerigi ditepi, berwarna hijau.
  • Tekstur daunnya pula sedikit berkedut dipermukaannya.
  • Jika dipotong atau diramas daunnya, ia akan mengeluarkan bau yang unik tetapi menarik.

Jom tanam !..

  • Mudah ditanam menggunakan kaedah belahan rumpun.

Info tanam 1 : Pecah rumpunnya kepada beberapa rumpun kecil. Tanam setiap rumpun dalam medium tanaman yg baru.

  • Siram agar medium tanamannya lembap sentiasa dan letakkan ditempat teduh.

Info tanam 2: Boleh dibiakkan menngunakan kaedah keratan batang yang matang.

  • Medium tanaman yang sesuai untuk penanaman dalam pasu :

Tanah peroi : Baja organik : Pasir sungai (3 : 2 : 1)

Penjagaan:

  • Siram 2 kali sehari , pagi dan petang jika dalam pasu.
  • Siram bila perlu saja bila tanam di atas tanah.
  • Kekalkan medium tanamannya lemmbab sentiasa agar pokok dapat hidup subur.

Catatan:

  • Pokok ini hidup subur ditempat bercahaya, tetapi elakkan cahaya yang terlalu terik utk pertumbuhan yang baik.
  • Untuk pembajaannya disyorkan menggunakan baja organik spt najis ayam, najis arnab .
  • Elakkan penggunaan baja kimia , kerana di makan secara menjath sebagai ulam.
  • Juga sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan.

Kegunaannya;

  • Penyedap rasa dalam masakan spt Laksa Asam Utara dan Asam pedas.
  • Ramuan dalam masakan India muslim spt kari , kuzi kambing dsb.
  • Ramuan dalam pembuatan ubat gigi, gula-gula getah (chewing gum) dsb.
  • Sering dimakan segai ulam.

Khasiatnya:

  • Membuang atau mengeluarkan angin
  • Meredakan mulas perut
  • Melegakan pening kepala
  • Mengekalkan awet muda
  • Menghapus bau mulut dan bau badan

Cara pengambilannya.

  • Sebagai ulam mentah
  • Direbus dan diminum airnya setiap hari.

Sumber:Utusan Malaysia : Pesona Laman bersama Che B- 051007.

Salam Ukhwah. CG Fuziah.


No comments: