Saturday, December 6, 2008

Al-HIDAYAH

oleh : RuJMAN MUHAMMED RAZALI - Pendakwah

Tajuk : Membina Moral Remaj

Semua suka kepada BUNGA

Maka setiap manusia ada BUNGA dalam dirinya..

Maka Nabi diutuskan untuk melengkapkan Akhlak

Allah menjadi 2 unsur

1.Unsur lahiriah - Fakta Luaran
2.Unsur kerohanian- Fakta dalaman

Unsur Lahiriah

Nabi suka kepada kebersihan , kecantikan dan wangi-wangian .
. tak salah menjaga ketrampilan diri supaya kita dilihat sebagai insan berkeyakinan diri


Faktor dalaman
1.Akal
2. Hati
3.Nafsu

Akal.
Akal diurus dengan baik. Keperluan utama ialah ILMU adalah makanan kepada Akal

Hati
Kuasa terpendam dalam diri...seketul daging.. kalau baik baiklah semua anggota
Makanan bagi hati adalah IMAN.

Nafsu
Nafsu perlu dididik .. ditadbir dengan tarbiah dan pendididikan. Jangan tunduk atau kalah kepada nafsu yang boleh membawa kehancuran.

Semailah ini ... maka akan kita petik dalam keadaan baik kemudian hari


Segmen doa amalan
oleh : Mohd Jazlan Abdullah

Doa apabila kita lihat keindahan alam ..

Surah Al- Imran ..Ayat 91 ..

YaAllah ya tuhan kami .. ini tidaklah kau cipta alam ni dengan sia-sia

Maha suci engkau peliharalah kami dari azab seksa neraka ...

Segmen Soalan:

Soalan : olehkah membawa orang bukan Islam ke dalam Masjid ?

Jawapan: Masjid adalah rumah ibadah.. Syiar Islam ditegakkan ..

Boleh tapi perlu jaga 5 perkara
1.Adab dan tatacara
2.Tingkahlaku dan perangai
3. Bersih dari Hadath
4. Pakaian tutup aurat
5. Sentiasa menjaga akhlak kita sendiri ..menjaga tutur kata

Ukhwah terletak pada Ingatannya kepada saudaranya

Friday, December 5, 2008

MOTIVASI PAGI

Mengisi Masa Cuti selepas SPM

oleh OSMAN AFFAN - Creative Questions Eenterprise
www.motivasibelajar.com


Apakah perkara-perkara yang dilakukan supaya mendapat manafaat semaksimum mungkin?

Aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti

Fikirkankan apakah rancangan anda ?

1. Luangkan masa untuk melawat sahabat handai dan saudara mara di tempat lain .
... utk lihat cara hidup orang lain.. ke Johor..ke Pantai Timur ..ke Sabah.. Sarawak .... nak lihat
rutin harian mereka , budaya , cara mereka berfikir ....

Implikasinya : Mendapat pengalaman yang luas dan dapat mengeratkan silaturahim
dikalangan handai taulan dan saudara mara.

2. Buat kerja-kerja kebajikan ... menolong orang-orang tua , rumah kebajikan ,anak-anak yatim ...kehidupan lebih susah pada kita... dapat lihat cara hidup dan insaf akan hakikat diri sebenar dan rasa bersyukur keadaan kamu adalah lebih baik...

Implikasi: Sentiasa rasa bersyukur... dan patut sentiasa memberi sesuatu untu orang lain.. sumbangan kpd orang lian.. buka minda .. kurang rasa penting diri.. sifat nak tolong orang lain dgn ikhlas.. bila keluar ramai yang boleh bantu kita berjaya

3. Cari kerja sementara .. dapat cari pengalaman kerja... bila dapat duit.. rasa untuk menghargaiapa yg diperolehi.. untuk lebih berhati-hati.. untk lebih matang dlm menghadapi kehidupan seharian.. kalau boleh yang dapat membantu kerjaya masa datang.. mereka terdedah ke kehidupan yang sebenar

4. Menghadiri kursus / program kemahiran
..Kursus berkomunikasi.. cara membuat penampilan diri
...kursus perusahaan Internet ( irfan Khairi)... jadi usahawan internet
.. kurang menghadiri kursus bersifat akademik.. dah penat kan..

Impaknya; Pengalaman-pengalaman di atas akan membantu
Perubahan cara berfikir ...

Orang yang merungut ... tak dapat maju ke hadapan..

Anak-anak kita akan dapat menghadapi masalah / cabara

Respons sifu:

Memang tepat apa yang dinyatakan... saya sendiri lepas saje SPM ..tak duduk diam .. zaman trdisional ...belajar menaip dan trengkas.. fikir penting untuk belajar lagi nanti..memang benar .. ia sangat membantu bila saya masuk ke pusat pengajian tinggi..Selepas ITM saya kerja kilang.. partime sebgai RA sebelum sepenuh masa menjadi siswi di UKM..
Implikasinya : Ia membina jati diri , keyakinan dan kekuatan dalaman .. terutama dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang ... sama ada dari bersifat keperibadian ke masalah-salah berkaitan dengan kerjaya saya sebagai cik gu... saya secara tak langsung menjadi kaunselor kepada pelajar-pelajar saya...saya rasa amat bersyukur kerana anugerah yang diberi oleh Allah ini.. sentiasa mendorong untuk dapat pengalaman sebanyk mungkin dan membuat sebanyak perkara ke arah kebaikan... TQ Allah.. for his blessings all the time..

Impak pada anak-anak saya : 9 Saya ada 4 puteri)

Anak pertama saya ..Nurul Yuziana terus ke matrik Kuala Pilah ..belajar kereta ...ke UKM (Bioperubatan .. sambung masters (Bioteknologi) dan kini buat PHd dlm Bioteknologi

Anak kedua saya ..Nurul Zuriaty (saya pernah jadi sifunya dari Ting 1-3 -mengajar sains )
...minat business ...kerja kedai kasut..kedai baju.. Kenny Rogers.. masuk ke KLIUC(Diploma) terus ambil degree Business Management (mou dengan UUM) .. terus dapat kerja sebagai Busuness Manager di Sebuat Syarikat Swasta... dan memang benar kelebihan dari pengalaman yang lepas... membina jati diri, keyakinan dan mempunyai ketrampilan diri yang positif. dan menjadi ayam tambatan / orang kuat/ staf kepercayaan bos syarikat.. selama 2 tahun.

Anak ketiga saya ... Nurul Yumiza ( pernah jadi sifunya Biology T4 dan 5)..
Selepas SPM ...kerja di Klinik Lita Alis .. minat bidang perubatan kut.. 3bulan.. masuk Matrik Pongsu Seribu Pinang .. Mohon Pharmacy semua Universiti .. dapat Pharmacy di UITM Shah Alam... semasa cuti sya gallakkan masuk program motivasi bina insan ... rupanya untuk jadi MPP ( Mjlis Perwakilan Pelajar) ... ramai terkejut kerana anak saya ini berwatakan sangat pendiam boleh hadi MPP.. ramai tak percaya.. hasil dari aktiviti tersebut..berjaya keluar dari kepompong yang menyelaputinya selama ini..bakat kepimpinan terpendam keluar .. jika kena gayanya.. terbukti benar ..bcutu ..belajar kereta ..dah ada lesen..
Kini menunggu ke semester akhir unuk attachment ke hospital.. kes dengan pesakit... Insyaalh bergelar Graduan Lulusan Pharmacy tahun depan..2009... alhamdulillah..

Anak kempat saya ni: Nurul Syahira ..sedang berdebar-debar menunggu keputusan PMRnya selepas Christmas...

...tu pun sejak sekolah rendah saya sentiasa galakkan mengikuti program motivasi/perkhemahan di sekolah ; dan semasa cuti sekolah selepas Tingkatan dua saya daftarkan dia masuk ke Progam AMPAC di Bandar BaruBangi( Anak Syarikat Alzahra)... untuk tempoh 6 bulan hingga dapat sijil... Dalam program ini didedahkan kepada yang 7 kemahiran:
1. Public Speaking, 2Celik IT,3 Celik matematik, 4B.Inggeris 5. Keusahawanan 6. Seni Mempertahankan diri ( AIKIDO) 7. Bijak Minda ( Main Chess)..
Mereka selalau dibawa ke kem Perkhemahan di PD , Sg Tekali..termasuk Universti Angkatan Tentera (ATMA)..
..memang hasilnya lumayan.. berbaloi di atas investmen saya ni..
Nampaknya .. Sifat kepimpinan lebih menyerlah .. Lebih yakin diri , berani bersuara .. kalau senyum sok mo saje (anak saya ni pun reserved juga) dan ... semuda tu dah dapat banyak pengalaman hidup berharga..sbb baru PMR..

Itulah harapan saya sebagai ibu ... bagi saya anak-anak adalah aset yang tiada bernilai untuk keluarga.. bangsa dan negara... Alhamdulillah setakat ni semunya kelihatan berjalan baik dan lancar ..apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak saya ni ...dan akan berterusan.. Insyaallah..
....TQ Allah again.. atas semua anugerahnya ini.

Salam berhenti. Jumpa lagi..

Al-HIDAYAH - Teman muhasabah diri

Al-HIDAYAH - teman muhasabah diri
Sabtu; 6.12.2008
Segmen Basirah : Engkar dan Taat
Oleh : Ust. Hafizah T

Allah membawa perumpaan 2 golongan manusia

1. Yang taat pada Allah
2. Yang ingkar kepada Allah


"Sesungguhnya hati manusia mudah berubah-ubah spt gelodak api"
Hati manusia dibawah dua jari Allah - mudah
Tiada jaminan dia terus dilandasan yang benar
Sentiasa saling beringat-ingat ke arah ketaatan
Di dalam jiwa manusia ada 2 kumpulan bisikan :
1. Bisikan malaikat , selalu suruh ke arah kebaikan dan jalan yang benar.. Allah memberi
hidayah.. memberi ketenangan
2. Bisikan syaitan , selalu cuba menghalang buat baik..dan menggalakkan membuat perkara
yang mungkar
Rumusan : Setiap ketaatan , sentiasa berisyghfar... sentiasa mengingati Allah dan minta ampun
padanya.. sentiasa bersih hati..Elak melakukan perkara mungkar
Segmen Doa dan Amalan
Oleh : Ustaz jazlan Mohammad , seorang pendakwah
Doa ketika hujan lebat
Hujan itu rahmat,
"Ya Allah ya Tuhan ku , aku mohon kebaikan hujan , ribut, angin dan kebaikan isi dan misinya
dan
"Ya Allah aku berlindung dari kejahatan hujan, ribut , angin taufan dan dari segala isi dan
misinya.

Soalan : Bolehkah seorang wanita bersolat Jumaat dan apa hukumnya?

Nik Salida Safiah


Kewajipan
1.Orang Islan ..2. Lelaki.. Merdeka...Mesti baligh...mesti berkemampuan

Hak yang wajib

1. Hamba
2. Perempuan
3. Kanak-kanak
4. Kanak-kanak

Hukumnya : Harus.. Kalau buat tak dikeji.. boleh ikut berjemaah bersama kaum lelaki tak perlu sembahyang zohor lagi ...


Kepercayaan pada Tuhan wujud sejak dulu lagi
Kepercayaan kepada Allah tiada jaminan .. kita yang menentukan ketaatan terhadapnya...

Thursday, December 4, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

MOTIVASI PAGI
oleh Mohammad Jazlan Abdullah

tajuk : Kaya Jiwa

1. Sentisa bertawakal keapda Allah
2. Redha dengan segala ketentuannya
3. Sabar dan tenang dalan menghadapi segala ujiannya.
4. Yakin akan segala yang berlaku ada hikmahnya


P.s. Dalam menempuh hidup ini, kita hendaklah sentiasa bersifat redha dan tawakkal.. dan setiap kejadian atau musibah yang menimpa ..pasti ada hikmahnya.. krn. Allah Maha mengasih dan Penyayang.. dia sentiasa berdamping pada orang yang sabar di atas Ujiannya..

Kita jangan terlalu mengharap di atas segala keinginan kita akan dipenuhi.. Allah tak beri semua yang kita inginkan... Kita diuji...sakit, susah, kehilangan,... maka bersabarlah di atas ujiannya ini... sentiasa redha dan tawakkal...Kemenangan berpihak pada orang yang sabar..



LAMAN NURANI
oleh Dato Hassan Din Alhafiz


Siafat tawadhuq

Tawadhuk beerti merendah diri ,iatu sifat mahmudah , sifat terpuji .. sifat nnnabi berlawanan dengan sifat takabur..sifat besar diri.. sifat angkuh..

Dalam solat... melatih diri supaya sentiasa merendah diri

Allah jadikan manusia secantik-cantik kejadian... dan sentiasa bersyukur atas anugerahnya


Cerita mengenai ...Allah perintah iblis untuk sujud pada Adam..

Iblis enggan kerana dia di jadikan dari api .. adam dari tanah.... dia lebih hebat dari Adam
- betapa takburnya Iblis


Kita mempunyai kelemahan...mudah bersifat takabur

Solat jumaah..rukuk...punggung separas,
Sujud..letak kepala di lantai..separas tapak kaki..

Sifat Tawadhak .. ia merupakan sifat mahmudah..sifat terpuji.. sifat rendah diri.. sifat yang amat dihormati.. sifat yang disenangi .. secara automatik akan hilang rasa takabur , angkuh, sombong

Hanya org yg memahami asal usul nya .... akan sentisa rasa rendah diri.. jika ada kelebihan.. baginya adalah anugerah allah


Tanda-tanda orang yang bersifat tawadhuq

1.Suka beri makan pada org lain.. suka berkongsi rezeki
2.Orang yang sanggup memulakan ucapan salam dahulu

Dapat dilihat dari tutur kata , tindak tanduk.. tiada sifat angkuh, besar diri
Penampilan diri...
Cakap tak meninggi.. tak megah denagn kelebihan diri
Nada suara yang lembut ..cakap halus..


Sehebat manusia ,
Akhirnya kita akan masuk ke liang lahad ..kita balik ke asal....


Respons saya :

Memang jelas akebenarannya... jika kita sentiasa amalkan sifat tawadhuk dalam kehidupan seharian.. sentiasa bersifat low profile.. dan syum selalau ..senyum sokmo ..kita akan sentisa dihormati dan disenagi orang..

Kita mesti selalu insaf betapa hebatnya kita... Allah tetap yang paling hebat..

Wassalam.Sifu Bio.

Wednesday, December 3, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

Khamis 4.11.2008

oleh: Ust Mohd Yusuf Zawawi
Tajuk : Berdoa bukan seranah


Sifat marah adalh sifat kemanusiaan yang semulajadi..
tapi kenalah marah bertempat..marah yang terkawal.. jangan ikut nafsu syaitan..

Lidah sgt kecil tapi akibatnya besar

Marah boleh menyebabkan tak boleh kawal cakap iaitu Kawal hati

1. Orang bodoh tak boleh kawal marahnya
2. Jangan marah tak bertempat

Nabi kata:..
Orang yang Kuat sebenarnya yang boleh kawal dirinya bila marah

Bila marah
Caraa fizikal keadaan macam ni :
mata merah
darah naik tinggi dan muka naik merah
muka naik kuning
muka naik pecat
Sebab santan pulut binasa
Sebab mulut badan binasa
Bila marah ubah kedudukan ..
dari duduk ke berdiri
Marah...
1. Jenis dayus macam himar
2. Marah kerana berani untuk mmpertahankan
Marah sehingga menyebbkan kekufuran
Kenapa marah
1. Rasaombong
2. Nak tunjuk hebat .. bergurau senda
3, jangan mengejek.. guna
4. Menghina
5. Mungkir janji
6. Tamak berebut harta
Akibat marah
1. Dendam kesumat ..melahirkan hasad dengki
2. Di bawa ke bawa memutuskan silaturahim ..keluarga .. kawan-kawan
3. Keturunan tak nak memaafkan..
sedangkan nabi mafkan umatnya
Petua untuk merawat marah yang
1.Alhiklma ...ingat kelebihan . Fikirkan nas-nas yang berkaitan dengan sabar
2 Betapa buruk rupa orang marah
Cara amali
1. Minta lindung dari syaitan
2. Doa menghindar marah...
3. Ambil wuduk dengan air sejuk .. kalau
4. Kalau marah guna perkataan berlawanan
5. Kalau marah guna perkataan positif..
Makalah hendaklah :Jaga kata ..Jaga hati
Wasaalam dari penceramah.
Respons sifu : Pun begitu..manusia biasa... tapi kalau saya sangat marah ... saya akan bpergi bawa diri ..keluar rumah.. dah tenang pasti balik
Setahu saya ni jenis yang susah nak marah .. sebab kalau saya tak puas hati dengan perkara saya akn luahkan terus kepada yang ada di sekeliling saya.. saya luahkan berulangkali pada rakan guru yang dapat respons nak mendengar.. thanks kpd mereka mejadi pendengar yang setia... dsn ksdgksls says cakap terus dengan org yg saya marah .. tapi cara berbincang.. ada pernah kalau marah surat.. saya tulis surat cinta dituju orang yg dimarah... itu cara zaya.. atau tulis..tulis.. dan keronyok masuk ke dalam tong sampah..
Of course ... jika dalam keadaan terkawal ... ambil air sembanhyan.. dan sebut banyak nama Allah... memang paling mujarab untuk atasi perasaan amarah ini.
Setuju...komen anda..
LAMAN NURANI
masa 6.00 pgi
Oleh Ustazah Salbiah Omar
Tajuk ada sifat cemburu
Tak masuk syurga jika tidak cemburu
tapi CEMBURU CELIK .. bukan Cemburu Buta
1. Perlu ada sifat untuk bersaing dengan kebaikan
Tak perlu cemburu sesama manusia
Yang paling cantik ialah Orang yang Bertaqwa..
Jangan berkira .. Yang suka meberi kebaikan mestilah pulangannya berganda-ganda
Semua orang ada kelebihan masing-masing.. jangan buat sama denagan orang lain.
2 + 2 = 4 , 2+ 1 +1 = 4 ; 3 + 1 =4......; 1+1+1+1 = 4
Kalau tiada rasa cemburu ... keluarga akan musnah... huru hara masyarakat
dlam adik beradik ...
Kita kena cemburu pada orang alim .. orang berilmu.. otrang cemerlang
Tak cemburu membuat kebaikan dan amal..
Beradap kasih mengikut adap Rasaulullah... lebih selamat
Imfak apa yang dimiliki yang disayangi untuk mambantu Rasulullah dalam
... peluang untuk masuk syurga..
Saidina Abu bakr bagi semua hartanya.. Mereka berlumba-lumba membuat kebaikan..
bersaskan ilmu... berasaskan iman..
Orang yan Berilmu yang boleh hidup harmoni..boleh hidup sejahtera di dinia dan akhirat.
Wassalam dari Ustazah Salbiah..
Komen saya : Memang kita perlu cemburu.. spt saya katakan dulu saya ingin berjaya, boleh ... Orang lain boleh buat .. saya juga boleh insyallah..
Memang .. sebabkan sifat cenburu uuntuk lebih cemerlang ... saya guna tiket SPM untuk Ke ITM kemudian ke UKM (Zoologi) dan ambil Diploma Pendidikan... jadilah saya guru .. Guru Biologi.. dah 24 tahun rupanya saya jadi sifu .. Syukur Alhamdulillah...
Sebab Cemburu positif inilah ... Hidup saya telah banyak berubah dari seorang Anak Miskin.. kini Jadi Guru yang Berjaya...
Oleh itu sentiasalah anda mempunyai perasaan cemburu yang positif bagi meningkatkan potensi diri..
" Saya boleh... Anda Pasti Lebih Boleh"..
.... Yg penting sanggup berjuang tanpa jemu dalam mendapatkan ilmu.
Prinsip hidup saya yang saya sentiasa pegang : Jangan lepas apa saje peluang yang datang... pengalaman yang macam-macam dalam pencarian ilmu ..
Berusaha..Berusaha...Berusaha dan bertawakkal.. The rest let Allah decides...Insyallah.
Salam dari sifu Bio.

Tuesday, December 2, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

MOTIVASI PAGI bersama... Dr. Fadillah kamsah
(Tarikh : 3.12.2008 ; 5.30 pg )

Tip-tip bagaimana untuk membantu anak belajar / membentuk anak untuk berjaya


Anak-anak yang nakal waktu kecil

Langkah.

1.Bentuk persekitaran/suasana kondusif untuk belajarberjaya..
2. Warna di rumah / kenalpasti warna kegemaran anak mempengaruhi sikap
Hijau - ketenangan dan damai
Kuning - ceria
Asbab warna menjadi kondusif , tenang kreatif, damai
3.Suasana yang kemas , tenang akan rangsang belajar dgn berkesan
4. Nisbah unggul untuk pendidikan iaitu 80 :20) : dimana ibu bapa menggunakan
kaedah 80% memberi kasih sayang , cara bersantai ; 20% disiplin.. beri teguran, tegas jika
engkar..
5. Ibu bapa yang sanggup berkorban setakat kemampuan, impak positif ..anak akan belajar
bersungguh-sungguh.. akan di hormati oleh anak dan juga guru. anak anak akan bahagia dan
bersyukur .. natijah pasti cemerlang

Letak pokok kecil di meja anak ..keluar oksigen.
Munafaatkaan suria cahaya ... akan bawa tenaga

6. Menjaga pemakanan yang betul ketika belajar .. beri supplemen .. makanan kalau
boleh seimbang

Orang Cina - tahu
Orang Jawa - tempe

7. Hubungan rapat antara guru dan ibu bapa .. prestasi anak akan meningkat
8. Nasihat anak dengan rakan-rakan sambil bercerita
9. Semua berdoaIbu bapa berdoa , buat sembayang hajat sepanjang masa
10. Beri ganjaran bila anak cemerlang

Alhamdillah ..saya pun sendiri banyak mengamalkan perkara di atas...

Dalam mendidik anak saya mengamalkan sikap lasser faire ... memberi kebebasan tetapi berbatas.. dan sentiasa memberi sokongan apa saje untuk anak belajar.

Alhamdilillah .. saya nampak kebanyakan ibu bapa di Bandar Baru Bangi ini amat prihatin tentang pendidikan anak-anak masing-masing.

Alhamdulillah .. hasilnya lumayan... kebanyakan anak-anak di tempat kami ini cemerlang dalam pelajaran.. termasuk anak-anak murid saya sendiri .. produk dari di SMK Sg Pelek, SMK Yu Hua Kajang dan of course produk SMK Jalan 3 sendiri.. berada merata rata di Malaysia dan seluruh dunia .. Mesir , Jordan, Russia, Germany , Korea , UK , US .....sungguh membanggakan gurunya.. Guru Biologi yang mendidik mereka..

Mungkin salah satu rahsia kejayaan anak-anak murid saya ni ... kami amat rapat .. ini bermakna fakta hubungan mesra antara guru murid amat penting and of course fakta sikap pelajar dan sokongan ibu bapa mereka dan hubungan guru ibu bapa memang sangat penting.

Sebab tu lah saya tetap nak jadi Guru Biasa (Guru Biologi) kerana akan dapat terasa kepuasan dari hasil peluh jerih kita.


Slot LAMAN NURANI
(masa 6.00 pagi)

DR FATMA ALZAHRA - salah seorang pendakwah popular

bersembang-sembang tentang "MALU"

"Satu dari cabang iman kita ialah MALU"
Malu kena bertempat ... jangan cakap bukan-bukan.. cara tegur lemah lembut
Jika Allah buang sifat Malu ... ia akan menjadi manusia membenci dan dibenci orang ... maka tiada amanah .. sudah khianat kat orang .. tiada rahmah .. hati mati .. yang memerintah hatinya adalah syaitan ... sudah tak ada Islam.. segala sifat kemungkaran akan membawa kemungkaran dan kemusnahan hidupnya. Muslim
Maka perlu ada sifat MALU mesti ada... buat tu dan ini ...Allah nampak kamu.. Malu pada Allah ,
Malaikat , Malu pad amanusi
IMAN dan MALU mesti seiring .. Malu tiada .. tiada iman ..tiada Isalam
Amanah terhdap diri amat penting dijaga ..maka hendaklah sentiasa jaga sifat MALU dlm diri
Keburukan.. jangan cakap yang bukan-bukan.. mempamerkan sifat malu..
Respons kpd tajuk di atas:
Sifat malu memelihara kita daripad membuat sesuatu yang tidak baik terutama dalam menenpuh kehidupan kita seharian.
Seingat saya .. semasa zaman persekolahan saya ... susah nak dengar suara saya.. mungkin malu kut.. tapi saya saya ini jenis ligat buat tu dan ni di sekolah.. termasuk menjadi wakil Sekolah untuk pasukan Hoki... mungkin sifat rendah diri saya yang tebal.. menyebabkan saya tak banyak bersuara.. suka bersendirian tapi berkawan denag semua... tapi setelah masuk ke dunia luar spersekolahan barulah saya keluar dari kepompong rasa malu ni.. saya menjadi lebih berani untuk bersuara , beri pendapat... dan peliknya kini saya seorang guru.. yang perlu berhadapan denagan orang ramai selalu..
Saya pernah diajak untuk bekerja di kelab malam.. saya tak mahu.. dan cakap pd diri saya ..saya tak akan jejak tempat sedemikian.Malu pada Allah.
Tapi saya tak malu untuk kerja dikilang sabun, minyak.. RM8.00/hari pendapatan.. kerja RM1.oo/jam di SRM.. tak kisah apa kerja asalkan halal.. Tak patut MALUkan untuk dapat rezeki yang halalkan...
Maka .. MALU itu penting sebagai sebahagian langkah untuk mendapat satu kejayaan... ia umpama perisai yang memelihara diri dari kita tersilap langkah.. betul tak..
Komen anda (jika ada): ...
Salam ukhwah dari saya.

Monday, December 1, 2008

Motivasi Pagi Bersama...

Dengan Pakar Motivasi Pendidikan, Dr. Tengku Asmadi Tg.
Tarikh: 2 Dis.; Hari. Selasa ; Masa : 5.30 pgi;

Bertajuk : " BERUSAHA "


1. Berusaha secara istiqamah , secara berterusan ..
- berusaha bersungguh-sungguh/buat apa saje dengan gigih ....akan terbongkarlah segala
potensi yang ada dalam diri..kelebihan ,bakat , peluang yang selama tidak sedar ada dalam
diri , tersembunyi dalam diri rupanya... tak sangka aku ada bakat jadi pelukis... kerana selama ini memang dok minat lukisan orang... kena cuba nanti.. bakat ini kena cungkil keluar.. krn 2 anak saya hebat melukis .. satu cabaran juga kan..

" Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam " ... Bukan melihat air mengalir deras dalam tempoh

2. Berusaha.. kenapasti kekurangan-kekurangan

Jangan berputus asa dari rahmat Allah ... cerita seorang bapa yang berkorban apa saje untuk mengubati anaknya yang mengidap ekzema ...merata dia mencari ... tapi mencari segal punca... apabila berusaha adalah hak kita .. keputusannya adalah hak tuhan..

Jangan sampai menzalimi diri sendiri... kes bunuh diri pelajar kerana gagal..jadikan iktibar!

Kegagalan berlaku kerana kita berhenti berusaha..

Kita belum dapat ... dalam usaha kita

Peristiwa-peristiwa pahit yang terdapat disekeliling kita . spt kehilangan adik shazlin dan lain-lain penganiayaan sebagai satu iktibar / pengajaran untuk jaga keselematan keluarga.

Apa yang menghalang untuk berusaha

1. Sikap kita ....yang mudah mengalah, ....sentiasa bersikap positif

Apabila kita mengejar kejayaan tiada siapa yang boleh menghalang, kecuali diri sendiri... Apabila kita mengejar kegagalan ... ramai yang akan menghalang kan...

2. Cerita kegagalan orang lain - akan terhalang.. kena kaji kenapa dia gagal

3. Apabila kita berusaha kita mudah kepenatan ...

Umpama naik bukit tinggi ....

Bila dah penat usaha gigih ....kita berhenti .... kerana kehilangan FOKUS

Doa /Minta pada Tuhan ... barulah kita Bertwakkal...


Impak pada diri sendiri : Nak kongsi pengalaman..


Ini sangat benar dalam kehidupan saya sendiri... saya lalui sendiri jerih perih , onak duri untuk mendapat kejayaan sekarang..

Ingat..Tiada Jalan Singkat untu Mencapai kejayaan.
Tanpa sokongan dari keluarga sepenuhnya (ibu bapa bercerai..) berbekalkan semagat juang yang saya terus mengorak langkah.. meniti setiap jambatang .. menaiki tangga satu langkah demi langkah tanpa rasa bosan dan jemu...

Enjoy di atas setiap perkara yang dilakukan...pasti dengan penuh
keikhlasan ..

Saya selalu menanam dalam diri saya ; " Aku pun nak berjaya macam orang lain juga.. Orang lain berjaya .. aku pun nak berjaya "... walaupun kurang mendapat restu ... maklumlah hidup susah ... saya mesti kerja selepas SPM.. tapi hati saya sambut dengan...aku akan terus berusaha untuk berjaya seperti orang lain juga... Aku Boleh dan mesti lakukan. Tanam dalam-dalam dalam hati saya.

TQ Allah.. krn sentiasa membimbing saya dan memberikan kelebihan suka dan seronok membaca.. walaupun zaman tu (1960an) bahan bacaan tak banyak .. tapi saya kemaruk suka membaca..pergi mana- mana mesti ada bekalan bahan bacaan .. tak kisah buku apa .. termasuk komik-komik favourite saya..SUPERMAN..BATMAN & ROBIN, SPIDERMAN.. BLONDIE..dan paling best Siri TARZAN !..

Buku Dongeng / Fairy Tales sampai hafal .. sebab tu sinentron sekarang saya tidak ketinggalan dan mengikut dengan setia program SINETRON tersebut... bagi orang crita mengarut.. bagi saya satu lihat dari aspek iktibar dan beri pendidikan ... kerana Hukum Karma akan tetap berlaku..

" Yang Baik tetap akan mendapat balasan yang Baik... Yang Jahat pasti Mendapat Pembalasan yang setimpal di ata s Perbuatan yang jahat dan aniaya"

... and live happily ever after.. ungkapan popular Cerita dongeng tiada... walaupun realiti mengkin lebih teruk .. Kut

Yang Pasti .. Allah is always there for hambanya yang sabar dan tabah dengan
Ujiannya...

Perkara yang saya tak boleh lupakan ketika saya darjah enam dulu... saya digelar sebagai Walking Dictionary .. semasa kelas bahasa inggeris .. apataknya Cg B. Inggeris tersebut (tak nak lah sebut namanya..sensitif)... mesti tanya untk maksud perkataan dalam B. Melayu... mungkin saya aktif menyampuk beri jawapan .. jadi dilantik secara tak resmi... Mungkin cara kebetulan hobi saya suka membaca dan menghafal semua perkataan yang ada dalam Kamus tak canggih zaman dulu.. janganlah bandingkan dengan Kamus Dewan yang terkini... pengsan baca... tupun Kamus Dewan untu mendapat info fauna secara fokus... mungkin bercadang menghasilkan e book berkaitan semua tumbuan yang ada A-Z .. dalam proses perlaksanaan..

Seingat saya semasa sekolah menengah ASSUNTA dulu , masa tingkatan Satu... semua buku cerita / novel habis saya baca... maka kenallah sayaUSMAN AWANG, A.SAMAD SAID..SHAHNON AHMAD , KHADIJAH HASHIM dan beberapa penulis Indonesia.. mungkin hasil natijahnya .. sangat berbaloi... saya pelajar tunggal yang dapat BM A1... sebab ramai gagal krana BM ketika baru bertukar format.. Alhamdulillah.. (SPM 1972)

Ketika SPM result keluar ... saya lompat ditengah jalan berpelukan dengan kawan-kawan... apataknya ..dapat Gred satu dengan agregat yang baik ... yang melayakkan saya ambil sains.. apataknya Matematik yang tak pernah saya lulus ketika sekolah.. dapat C4.. Aduh..

Alhamdullah sangat.. Result SPM saya taklah sehebat pelajar sekarang( 10A1)... dulu tak ada buku rujukan yang melambak di pasaran sekarang... pelajar patut manafaat sepenuhnya yng ada... saya dulu nak dapakkan soalan past years saje ( 10 yr series) tanpa jawapan.. kena menjelajah semua buku kedai di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya... Bayangkan keadaan kami belajar tanpa tusyen.. tanpa apa yg menyokong saya... saya struggle.. Hasilnya lumayn cukup tu menjadi tiket keITM (Institut Teknologi Mara) mengambil course berkaiatan bidang saya minat , Biologi.. " Animal Health & Production ".. 1973 hingga 1977...


Wassalam untuk hari ni...saya tangguh dulu... sambung lain kali ya..