Tuesday, April 24, 2018

Galeri Herba THRM - Rumput Tinja Khinzir (RTB)- Herba Rumpai

Galeri Herba THRM - Rumput  Tina Khinzir (RTB)-  Herba Rumpai
Rimbun di taman.

Nama Biasa: Rumput Tahi Babi (RTB)/ Selasih Dandi
Nama saintifik: Ageraratum conyzoides

B. Inggeris : Floss flower, Ageratum, Blue Billy Goat Weed

Famili:

Asal usul: Asal usul pokok RTB ni mungkin dari Amerika Tengah, Hindia Barat, Mexico, British Honduras atau Guatemala



Info-floras:

Gambar diambil di tepi sungai kebun Pak Kholil. Tumbuhan ini nama saintifiknya Ageraratum conyzoides digelar rumput tahi babi kerana mudah tumbuh di kawasan kotor seperti di tepi kandang ternakan

Ia cepat membiak di tanah lembab dan lapang, di dalam kebun serta di tepi jalan dan menjadi rumpair. 
Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama rumput tahi anjing, rumput jalang, selasih dandi dan banyak nama lain. 

Batangnya kurang dari setengah meter tinggi, daun berbentuk lonjong dan bunganya berwarna putih atau ungu muda. 

Info-khasiat: 
  • Akar dan daun pokok ini digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. 
  • Rebusan akar pokok jika diminum dapat menurunkan panas badan dan cirit birit. 
  • Rebusan daun muda yang telah dikeringkan yang bersifat anti toksik dipercayai dapat mengubati malaria, menyembuhkan luka dalam rahim, mengawal pusingan haid serta masaalah haid yang kronik.

  • Pes yang dibuat dari daun yang ditumbuk lumat dan kapur sirih apabila disapu pada perut dapat melegakan sakit perut. \
  • Pes ini juga boleh megubati luka-luka kecil, kudis dan bisul. Selain itu jus yang telah diperah dari daun dan batang rumput kemudian dititikkan ke dalam telinga dapat mengubati penyakit dalam telinga.



http://hatiberdetikdanberbisik.blogspot.my/2010/12/rumput-tahi-babi.html

Info-Xtra: 

Rumput Tahi babi (RTB) ni ada juga disebut sebagai siangit. 
(Floss flower, Ageratum, Blue Billy Goat Weed).


  •  Memang banyak tumbuh di merata kampong atau tanah terbiar, apatah lagi dalam musim kemarau ni.. Mudah dikenali. Pokoknya renek- 20-30cm.


  •  Bunganya putih kebiruan seperti bunga pokok kapal terbang. Daunnya sedikit berbulu. Asal usul pokok RTB ni mungkin dari Amerika Tengah, Hindia Barat, Mexico, British Honduras atau Guatemala. Rumput Tahi Babi ini juga amat dikenali di kalangan masyarakatTionghua.

  • Jus hasil dari daun atau batangnya jika dititik ke dalam telinga boleh merawat infeksi telinga.
  • poltis daunnya ditampal untuk mengubati luka-luka kecil, bisul dan kudis.
  •  Daunnya yang muda jika dikeringkan dan direbus boleh mengubati malaria serta masalah haid yang kronik dan mengawal pusingan haid. 
  • Malah ada juga digunakan sebagai Ubat perancang keluarga.




No comments: