Tuesday, April 24, 2018

Galeri Herba THRM - Ornamental Herba- Pokok MUSAENDA- JANDA KAYA

Galeri Herba THRM - Ornamental Herba- Pokok MUSAENDA- JANDA KAYA


Nama Tempatan: Pokok Janda Kaya
Musa Indah
Nama Saintifik :  Musaenda erythrophylla, M. pubescens

Famili : Rubiaceae

Asal-usul : sia TenggaraAfrika Tropika
Musa Endah Varieti Putih



Musa Indah varieti Pink


Info- Flora:
  • Pokok Janda kaya dikenali juga sebagai Musa Indah. 
  • e Sifat pokok ini yang sering berbunga lebat sepanjang tahun menyebabkan ianya digelar ‘Janda Kaya’. 
  • Ia mudah ditemui dan sering dijadikan tanaman hiasan lanskap samada laman rumah, di tepi jalan dan taman. 
  • Pokok ini sederhana besar dan batang pokoknya juga sederhana keras.
  •  Pokok ini menjadi lebih rimbun jika dahannya selalu dipangkas.
  •  Bunganya boleh didapati dengan pelbagai saiz dan warna ; bunga kecil berwarna merah, bunga lebar dan lebat warna merah jambu (pink) atau saiz sederhana berwarna putih yang mempunyai stigma berwarna kuning ditengah-tengah jambakan bunga berbentuk seperti bintang.
  •  Daunnya yang berwarna hijau tua dan berbentuk bujur lonjong itu mempunyai urat daun yang jelas kelihatan.

Selain namanya yang ‘glamour’, pokok ini juga mempunyai nilai perubatan terutama bahagian batang, daun dan akarnya.

Info-khasiat: 

Pengamal perubatan tradisional percaya bahawa tanaman ini boleh
membantu membersihkan darah,
mengurangkan tekanan akibat racun, pitam dan sengal-sengal pinggang.

Namun begitu khasiat bunganya masih belum lagi diketahui.

Satu lagi kegunaan batang dan daun pokok ini ialah sebagai ubat luaran.
 Caranya dengan menumbuk batang dan daun sehingga lumat dan ditampalkan pada bahagian badan yang bengkak untuk mengurangkan sakit dan bengkak menjadi surut. Ia juga sangat berguna untuk wanita bagi melancarkan peredaran darah dan mengurangkan perdarahan akibat luka dalaman dan pembengkakan payu dara.




No comments: