Monday, February 22, 2016

Everyday Used Crafts - For Sharing



   Everyday Craft Projects

Create stunning pieces of furniture, home accessories and more using our fun and creative craft and DIY project ideas.
Jazz up plain florists's vases with vibrant DIY color.   
Use this simple technique to create decorative papier-mâché bowls.
We brought in New York interior designer John Loecke to make over this suburban home with practical decorating solutions just right for this family of six.
Decorative paper and a few simple instructions can transform a plain lampshade into a creative masterpiece.
A few coats of Chalk Paint will transform your vintage furniture.
With metal house numbers and a little spray paint, I created a wall clock inspired by classic midcentury modern designs.
Follow these steps to make customized placemats for your home using fabric and dye.
Create this heavy-duty rug for high-traffic areas in your home using painted floorcloths.
Create vintage botanical prints with a modern twist to adorn your walls.
Learn how to transform a simple coffee table into a beautiful piece with a Moroccan-inspired, faux bronze finish.
Create your own unique, Moroccan-style luminarias in just a few simple steps.
Use everyday objects to stamp designs onto fabric napkins.
Create modern graphic shapes of kids, pets and everyday objects to frame or adorn a pillow or plates.
We'll spell it out for you: Decorating with letters and numbers gives everyday items instant personality.
Follow our simple instructions to adorn decorative pillows with elegant lace.
Give old dressers, lamps, tables, and picture frames a contemporary facelift.
Learn to make decorative plates, trays and bowls with air-dry clay.
Get a gorgeous color-washed effect without the hassle of the stripping-and-priming process.
Give a vintage chair a sunny makeover in just six easy steps.
Transform a secondhand table into a gorgeous new piece of furniture in just five simple steps.
Give an ordinary tabletop a stylish new look.
Use iron-on appliques to decorate and brighten up chairs, pillows, lamp shades, and more.
Jazz up a plain mirror with an artistic array of plaster blossoms.
When I wanted to pep up a plain paper lamp shade to hang over the kitchen table, felt came to mind.
Find instructions on how to make fun accent pillows.
After a long winter, nothing says "spring" more than fresh flowers. But you don't have to stop there!
Learn how to make a patchwork sweater, geometric pillows, and an artful tote.
A charming dresser scarf trimmed with vintage-style ribbon is the perfect accessory for an old-time bureau.

Sunday, February 21, 2016

About Safety Internet Day (SID) - for rference



Save The Date: Safer Internet Day 2016


SID-16-WEBWISE
The date is set for Safer Internet Day 2016; the annual event will be celebrated around the world on Tuesday, 9th February. The aim of Safer Internet Day is to promote safer and more responsible use of online technology and mobile phones, especially among children and young people across the world.
2016 will be the 13th edition of the event and the call to action for next year is  “Play your part for a better internet”.
Last year, 100 countries worldwide, including all 28 countries of the European Union, celebrated Safer Internet Day (SID).

Safer Internet Day 2015

Safer Internet Day 2015 was marked by nearly 34,000 young people, who organised and participated in 219 different Safer Internet Day events across Ireland.
The theme for the 2015 edition was “Let’s create a better internet together” and hundreds of schools and youth groups rose to that challenge, by celebrating the day with their own grassroots Safer Internet Day campaigns.
Here’s just one of the highlights from this year’s Safer Internet Day campaign – an anti-cyber bullying rap created by the GMC Youth Crew. The very catchy I Like It rap proved very popular with over 125,000 views, 2300 likes and 930 shares since going live in February.

How to Get Involved?

Keep an eye on our website or saferinternetday.ie and on our social media channels for details of the event and ways to get involved. You can also follow the conversation on Twitter using #SID2016 and #Up2Us.
Webwise and the PDST Technology in Education coordinates and promotes Safer Internet Day celebrations in Ireland.


Video SID 2016

23 februari 2016 - ISNIN - 14 Jamidulawal 1437 - Safety Internet Day

Renungan Hari Ini..



Catatan Hari Ini:
Pelancaran khas " Safe Internet Day (SID) oleh Menteri  SAINS TEKNOLOGI dan INOVASI



Jemputan Khas   Kraftangan - Everyday Use Crafts




Thursday, February 18, 2016

KEMBARA ILMU TRHM - Mengenal Flora bernama MELADA PAHIT - Brucea javanica


MELADA PAHIT ( Brucea javanica)




Pernah anda mendengar mengenai herba ini – Lada Pahit atau melada pahit atau mempahit atau embalau padang atau mengkasar. Semua ini adalah herba yang sama yang juga dikenali sebagai “Brucea Javanica” dalam bahasa saintifik.

Jadi bagaimanakah rupa pokok herba Lada Pahit ini?

Pokok lada pahit pada kebiasaannya tidak tinggi, hanya sekitar 6 kaki tingginya sahaja. Pokok melada pahit mudah tumbuh dikawasan lapang dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Ia juga mudah tumbuh di hadapan rumah dan ramai juga yang menanamnya sebagai tumbuhan hiasan.
herba_malaysia_lada_pahit
Kalau ada pokok tentu ada bijinya lada pahit ini! Ya, bijinya berwarna hijau dan menjadi warna kehitam-hitaman apabila masak sepenuhnya.
khasiat_herba_ladapahit
Apakah khasiat melada pahit ini?

Boleh makan begitu sahaja ke biji lada pahit ini apabila ia telah masak?
Disebabkan namanya adalah lada pahit, memang pahit sungguh bijinya! Jika anda boleh menguyah begitu sahaja biji lada pahit ini, anda adalah hebat! Kenapa saya kata begitu, pahit berdengung rasanya.

Walaupun pahit berdengung, banyak khasiatnya lada pahit ini.

1. Khasiat Daun Lada Pahit
Daun lada pahit berbentuk seperti bujur telur dan bergigi ditepinya. Kajian telah dijalankan oleh sekumpulan pakar pengkaji herba universiti tempatan telah mendapati daun pokok lada pahit mempunyai peluang yang cerah sebagai penawar kanser. Tak perlulah saya kemukakan salinan kertas kerja tersebut disini, cuma saya ambil sebahagian sahaja kesimpulan kajian tersebut mengenai potensi daun lada pahit.
“As a conclusion, the results of current study have proven the high values of Brucea javanica to be implemented in cancer therapeutic whether to be used traditionally or by isolating its abundant active compounds. Taken together with previous research that provided evidences on anticancer compounds from this plant, it is not possible to involve it in clinical trials in order to commercialize it. In the continuing search for a cancer therapeutics that give no harm to the body, this kind of research provide one of platforms to obtain the best candidate for good cancer drugs.”
Kurang faham, ini adalah lebih kurang maksudnya…..
“Kesimpulannya, keputusan kajian semasa telah membuktikan nilai-nilai yang tinggi dari pokok Brucea javanica yang boleh dilaksanakan dalam kanser terapeutik sama ada yang akan digunakan secara tradisional atau dengan mengasingkan sebatian aktif yang banyak didapati didalamnya. Bersama-sama dengan hasil penyelidikan sebelumnya yang menyediakan bukti-bukti asas sebatian anti kanser, ia berpotensi untuk terlibatkan dalam ujian klinikal dan seterusnya mengkomersialkan produk tersebut. Dalam pencarian berterusan untuk bahan terapeutik kanser yang tidak memberi mudarat kepada badan, penyelidikan bahan ini menyediakan satu platform untuk mendapatkan calon yang terbaik untuk ubat kanser.”
Nota: Kertas kerja simposium oleh N. Ismail, H. Abdullah, S. Jamil, S. M. S. S. Jamalullail, D. Rotondo and V. Mike Siedel
Masyarakat terpelajar baru nak kaji tapi rahsia lada pahit ni dah lama diketahui oleh orang asal, perubatan cina dan perubatan tradisional. Ini adalah salah satu herba Malaysia atau herba untuk
 kesihatan dari khazanah alam belantara kita.


2. Khasiat Biji Lada Pahit
melada_pahit

Biji melada pahit ini berbentuk bulat sebesar antara biji lada atau biji kopi. Warna biji adalah hijau dan menjadi warna kehitam-hitaman apabila masak sepenuhnya. Bijinya mempunyai 50% minyak tetap. Isi bijinya mengandungi yatanin dan yatanosid, iaitu bahan anti oksidan untuk melawan radikal bebas yang menjadi punca permulaan penyakit didalam badan kita. Lada pahit bernilai tinggi dari segi perubatan dan merupakan penawar untuk mengubati pelbagai jenis penyakit secara semulajadi antaranya ialah tekanan darah tinggi, diabetes atau kencing manis, sakit jantung, gout dan lain-lain lagi.
Apakah khasiat biji melada pahit ini? Seperti daunnya, bijinya boleh dimakan (mengikut dos tertentu) sebagai penawar kepada banyak penyakit seperti berikut:
1. Kencing manis atau diabetes
2. Darah tinggi
3. Sakit jantung
4. Lelah (asthma)
5. Sakit sendi
6. Gout
7. Resdung
8. Tiriod
9. Sembelit/buasir
10. Senggugut wanita
11. Masalah penglihatan
12. Mencegah pembentukan batu karang
13. Melancarkan perjalanan darah & mengawal kolestrol


Selain dari itu ia juga berupaya menambah tenaga dan anti pembiakan sel-sel kanser seperti daunnya. Lada pahit juga berkesan sebagai pencegah prostat dan penyakit batu karang yang selalu menjadi masalah terutamanya pada lelaki yang semakin lanjut usia. Pengambilan lada pahit secara berkala dan berterusan mampu mengawal penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan sesiapa yang mengamalkan lada pahit.
Maklumat lanjut mengenai lada pahit boleh didapati dalam buku hasil tulisan En Ong yang menyingkap lain-lain khasiat lada pahit.
khasiat melada pahitPerhatian: Kanak-kanak dan ibu mengandung adalah dilarang mengambil lada pahit dan penggunaan lada pahit pada dos yang tinggi adalah tidak sesuai dan boleh memudaratkan. Jika anda ingin mencuba khasiat lada pahit, ambillah pada dos yang ditetapkan selepas mengambil makanan, (jangan ambil apabila perut kosong).
Apakah kesan penawar lada pahit ini? Saya tidak mahu menyatakan disini produk ini pasti berkesan untuk anda, tapi sekiranya anda sudah berhabisan sumber kewangan untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda tetapi masih tidak selesai-selesai lagi, saya mencadangkan anda mencuba dulu lada pahit ini. Harga  pula amat berpatutan!
Renung sejenak testimoni-testimoni di bawah ini.
  • Alhamdulilah setelah bertahun mengalami kesakitan disebabkan Gout dan sakit sendi sekarang untuk menunaikan ibadah dengan mudah tanpa kesakitan setelah memakan RMP. Dahulu bila nak makan makanan laut seperti udang, ketam dan lain-lain agak takut kerana GOUT tapi kini tanpa pantang lagi boleh makan dengan selera. Terima kasih RMP.
    Mahmood bin Hj. Gulong, 46 tahun, Betong, Sarawak
  • Alhamdulillah setelah menggunakan pertama kali awal bulan lepas sakit sendi yg saya alami sejak bulan May 2013 sudah semakin pulih. Dah berapa bulan solat duduk atas kerusi. Sekarang alhamdulillah dengan mengamalkan selama 2 minggu sendi lutut sudah semakin baik. Gout pun nampak ada perubahan. Mungkin baru 2 minggu. Begitu juga dengan resdung, biasa setiap pagi akan mengeluarkan cecair dari dalam hidung. Dah seminggu ni alhamdulillah bangun pagi hidung dah tak berair lagi.
    En Suhaimi, Sungai Buloh, Selangor
  • Saya menghidapi paras kolestrol tinggi sudah lebih 10 tahun. Dulu saya sudah diarahkan doktor mengambil ubat kolestrol. Selepas itu paras kolestrol saya tak boleh turun-turun lagi, paras minima hanya di paras 6.8 hingga 7 sahaja. Tetapi hanya baru seminggu saya ambil RMP ni, saya pun terkejut tengok keputusan paras kolestrol saya turun ke paras 4.8 setelah menerima keputusan ujian, terima kasih RMP.
    En Adam, 46 tahun, Peniaga dari Subang Jaya
Setiap penyakit ada penawarnya, mungkin khasiat herba lada pahit mampu membantu anda, kita ikhtiar dahulu seterusnya kita serahkan kepadaNYA untuk menyembuhkan, InsyaAllah…
Apakah selamat untuk mengambil ubatan herba lada pahit ini? Ya, produk lada pahit keluaran RMP adalah selamat untuk dimakan kerana ia adalah produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan maklumat berikut:-
Nama produk & pengeluar : Razak meladapahit capsule 250mg [ma0067950-w]
No. rujukan produk: 2005070544902
No pendaftaran KKM: MAL06061476TC
Jadi anda tidak perlu khuatir akan produk lada pahit ini kerana telah mendapat kelulusan. Produk RMP meladapahit telah mendapat kelulusan adalah bebas dari bahan toksik. Para pengguna seharusnya telah dilindungi dari menggunakan produk yang tidak terjamin.
razak melada pahitSetiap kotak RMP mengandungi 30 biji serbuk lada pahit dalam bentuk kapsul 250mg (anda tak perlu khuatir akan rasa pahitnya apabila makan) yang dicampur dengan sedikit habatus sauda. Cara pengambilan pula adalah amat mudah, hanya makan sebiji (1) sahaja setiap malam selepas makan malam. Kesan awal akan anda rasai seawal 1 hingga 3 hari selepas mengambil lada pahit, perubahan seperti badan selalu berpeluh ataupun pening kepala. Ini adalah kesan awal terhadap nyah toksik dari badan anda. Tetapi sekiranya anda mengalami sakit berterusan, berhenti dulu atau lebihkan jarak hari pengambilan lada pahit dahulu, sambung makan selepas keadaan reda.
Sekiranya simptom berterusan, anda dinasihatkan jumpa pakar kesihatan.
Sebotol lada pahit cukup untuk sebulan – amat menjimatkan! Anda boleh mencuba sebotol dulu dengan harga serendah *RM35 sebotol (termasuk harga pos). Lebih afdal ambil 2 botol lada pahit pada harga *RM60 (pakej jimat lagi diskaun ni – termasuk harga pos) untuk kesinambungan dan istiqomah sunnah 40hari dalam melaksanakan sesuatu ikhtiar yang baik. Tapi terpulanglah pada anda untuk memilih. Nota: *pos kealamat di Semenanjung Malaysia.
Untuk mencuba, BELI sekarang melalui sms/whatsapp: mesej “nak beli Ladapahit #botol/nama anda” ke 012 566 2884. Saya akan memberi maklumat lanjut urusan pembelian.
***Jangan bimbang, saya adalah professional dalam menjalankan perniagaan internet, 100% di jamin produk akan selamat sampai ke alamat anda. Hubungi, telefon nombor diatas jika ingin lebih kepastian.***
Cubalah lada pahit hasil dari khazanah herba Malaysia hari ini sebagai penawar untuk kencing manis, darah tinggi, gout, sakit sendi, resdung dan lain-lain lagi, insya Allah berkesan.

Terima kasih atas kesudian anda membaca sehingga ayat terakir ini. Jika an

Wednesday, February 17, 2016

KEMBARA ANTARTIKA - SCIENTIFIC EXPLORATIONS TO ANTARTICA- for sharing

Date: January 17, 2016

EkSMA16 Hari ke-5 (ii)

Lawatan ke kapal Australis dan taklimat ringkas
12493581_1051009814950202_6703264720133333339_o
              (Kapal layar yang bakal kami naiki pada 18 Januari nanti, InsyaAllah)
Kami tiba di jeti lokasi Autralis pada jam 4 petang. Kami berjumpa dengan Ben Wallis (Ben) bersama dua lagi crew kapal layar, Maggie (Mag) dan Bob yang sedang bertungkus lumus membuat persiapan  terakhir sebelum kami berlepas pada 18 Januari nanti.
12474038_1050970314954152_4161913125084615793_o 12491943_1050970394954144_187806156343717948_o
                          (Sesi perbincangan bersama dengan Ben Wallis)
Kami sempat melawat ruang dalaman kapal dan mengadakan perbincangan ringkas dengan anak kapal. Seperti gambar diatas, ruang tersebut akan kami gunakan untuk perbincangan dan tempat itu juga akan dijadikan ruang makan.
Untuk pelayaran kali ini, Ben akan mennyertai kami sebagai peserta ekspedisi manakala kapten yg dilantik adalah Mag. Melalui perbincangan ringkas ini, kami diberi taklimat ringkas mengenai persediaan sebelum menaiki kapal, dan keadaan perjalanan ke Antartik. Taklimat yg lebih spesifik akan diadakan pada hari kami akan berlepas nanti, InsyaAllah.
Teruskan mengikuti kembara saintis Malaysia meneroka khazanah Antartik dari semasa ke semasa!

EkSMA16 Hari Ke-5

12604902_1050998744951309_2043252229844426531_oHari ini 16 Januari 2016 tarikh di Argentina. Keadaan cuaca cerah dengan suhu 10 darjah celsius. Memandangkan di sini sedang mengalami musim panas, waktu siangnya agak panjang iaitu 17 jam. Solat Subuh adalah pada 3.08 minit pagi manakala waktu solat maghrib pula masuk pada jam 10.oo malam. Kami perlu merancang solat jamak dan qasar dengan baik kerana perbezaan waktu yang ketara pada siang dan malam. Kebiasaannya kami akan menunaikan solat qasar dan jamak taqdim secara berjemaah di bilik hotel sebelum keluar pada waktu siang dan pada malam harinya kami menunaikan solat qasar dan jamak ta’khir berjemaah   kerana waktu isya’ adalah pada jam 12.04 minit pagi . Sela waktu yang agak singkat iaitu 3 jam sebelum masuknya waktu subuh.
                               ___________________________________
2 hari lagi kami akan memulakan pelayaran ke Antartik. Persiapan rapi dan tersusun perlu dilakukan lebih awal bagi memastikan semua keperluan dan persediaan dapat berjalan dengan lancar. Untuk itu, setiap hari kami mengadakan mesyuarat sebagai platform untuk setiap peserta ekspedisi melaporkan keperluan, permasalahan, tahap kesihatan masing-masing dan perkara-perkara berbangkit di dalam ekspedisi ini. Sehingga kini, semua perancangan mengikut jadual, tiada sebarang permasalahan timbul dan kesihatan semua saintis masih di tahap yang baik. Alhamdulillah.
Mesyuarat pada hari ini kami putuskan utk melantik Dr Shahrul dan Dr Foong bertugas  menghubungi Ben Wallis, kapten kapal Australis yang akan bersama kami dalam pelayaran nanti. Hasilnya, kami dibenarkan oleh Ben untuk datang sendiri melihat keadaan kapal layar pada waktu petang. Mengikut maklumat yang diberikan oleh Ben, lokasi jeti kapal layar Australis terletak kira-kira 1 km daripada hotel kami. Dr Shahrul dan Dr Foong akan ke sana menaiki teksi kerana mereka perlu membawa peralatan untuk pengujian awal dan penyediaan eksperimen. Ahli yang lain membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja supaya dapat melihat dan menikmati keunikan bandar pelabuhan Ushuaia sebagai bandar paling selatan di dunia dan keindahan kaki gunung Martiall di sebelah barat dan gunung Olivia dan Cinco Hermanus di sebelah timur. Subhanallah, itulah ucapan yg selalu terungkap apabila melihat indahnya  alam ciptaan tuhan di sini.
12604685_1050852751632575_7359747221918737335_o 12489257_1050852664965917_5821656476304941850_o 886255_1050852824965901_7513810503539648874_o 774215_1050852784965905_1671606761374201227_o 981073_1050853251632525_5718505698829870749_o 12473918_1050970154954168_3630092414192637849_o
Pada ketika ini, semua ahli ekspedisi sedang bertungkus-lumus menyiapkan peralatan serta berusaha memastikan eksperimen yang bakal dijalankan berjalan dengan lancar. Bagi Dr Foong dan Dr Shahrul, mereka sudah mula mengambil sampel di sini sebagai stesyen rujukan.
InsyaAllah seperti di dalam perancangan, kami akan berkumpul di kapal layar Australis pada jam 9 pagi, 18 Januari 2016 dan akan memulakan pelayaran kira-kira dua jam selepas itu, iaitu pada pukul 11 pagi. Mohon seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan perjalanan kami selamat dan tujuan utama kami iaitu menjalankan kajian di Antartik tercapai.
Teruskan mengikuti kembara saintis meneroka khazanah Antartik dari semasa ke semasa!

Cabaran Teknikal

Sebelum bertolak ke Antartik, alat-alat eksperimen telah diuji secara intensif di makmal Applied Electromagnetic Research Group (AERG) aras tujuh, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam. Semua peralatan eksperimen berada dalam keadaan baik dan eksperimen berjalan dengan lancar. Data yang diinginkan berjaya dipancarkan secara langsung melalui aplikasi pemerhatian jarak jauh atau remote monitoring.
Semasa tiba di Ushuaia pada hari keempat ekspedisi iaitu tanggal 16 Januari 2016 waktu Malaysia, ujikaji dijalankan sekali lagi untuk menilai kondisi peralatan eksperimen sebelum eksperimen sebenar dijalankan di stesyen King Sejong. Eksperimen pertama yang dijalankan adalah untuk menguji Wireless Magnetometer (WiMag) atau magnetometer tanpa wayar hasil pembangunan kumpulan penyelidik Space & Earth’s Electromagnetism.
                       12493988_1050853161632534_4447805260127899188_o 12493500_1050853458299171_1664171675162742604_o
                                              ( Wireless magnetometer sedang diuji)
Hasil ujikaji mendapati sambungan tanpa wayar antara komputer yang bertindak sebagai data acquisition (DAQ) atau alat perolehan data dengan WiMag gagal. Pemeriksaan secara jarak jauh atau remote monitoring telah dijalankan secara langsung satu demi satu. Pertama, prosedur microcontroller debugging telah dijalankan bagi menilai kondisi microcontroller dan pendawaian. Hasil prosedur microcontroller debugging mendapati microcontroller dan pendawaian berada pada keadaan yang baik dan lancar. Maka, microcontroller dan pendawaian bukanlah punca kepada masalah ini.
Seterusnya, pemeriksaan modul tanpa wayar (wireless) dijalankan. Hasil pemeriksaan juga mendapati modul tanpa wayar magnetometer berkeadaan baik kerana terdapatnya pemancaran signal rangkaian. Oleh yang demikian, kami mengesyaki kemungkinan berlakunya masalah pada komputer yang menjalankan perolehan data. Maka, kami cuba menghubungkan rangkaian signal tanpa wayar magnetometer dengan telefon pintar. Hasilnya, rangkaian signal tanpa wayar magnetometer dapat disambung dengan telefon pintar berkenaan. Maka, masalah yang berlaku telah dapat diatasi dengan jayanya. Alhamdulillah.
12513795_1050853528299164_8785042629808485438_o
Terima kasih kepada para pelajar saya, sanggup datang pada hujung minggu untuk merektifikasi masalah yang berlaku secara pemerhatian jarak jauh atau secara remote monitoring.
Selain dari cabaran mengendali alat wireless magnetometer, saya juga berdepan dengan cabaran mengendali GPS tracking System. Apabila kali pertama saya mencuba alat ini, hanya data dari suhu dan kelembapan sahaja yang dapat direkodkan, manakala data untuk latitud dan longitud tidak dapat dikesan. Kemudian, saya bertindak membuka bekas gps tersebut, saya dapati pengesan gps telah tertanggal dari microprocessor. Ini mungkin terjadi akibat dari hentakan yang berterusan semasa perjalanan ke Ushuaia.
Sebagai penutup untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi cerita. Malam tadi ketika saya ingin membuat ujian local area network (LAN ),  saya ke kaunter mengejutkan staff yang sedang bertugas. Mungkin kerana sudah lewat malam, staff tersebut mengigau bercakap bahasa Sepanyol dengan saya. Gelagat kami ketika itu sudah seperti ayam dengan itik, kerana tidak mahu perbualan menjadi lebih panjang saya membatalkan niat untuk meneruskan ujian LAN dan kembali semula ke bilik. Manakan tidak, bahasa Sepanyol yang saya hanya tau Maria Mercedes, hola seniorita dan gracias!.senyum…
Teruskan mengikuti perkembangan saintis Malaysia meneroka khazanah Antartika dari masa ke masa!