Wednesday, September 7, 2016

31 August 2017 - 28 Zulkaedah 1437 - HARI MERDEKA

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
Syukur kepada Allah Negara kita MERDEKA...
Image result for Hari Merdeka 2016 gambar

Lagu sehati sejiwa

Kami mengambik kesempatan mengadakan Family Reunion...


Hmmm..Makan Ketam masak Lemak, . yam Goreng berempah..ulam, Kerabu putat.

My 3 Menantus..Khairil- Jijoi - Din

My  4 DAUGHTERS AND cUCUS


mE NOT IN THE PICS



KUALA LUMPUR, 21 Jun — Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, semalam.
Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.
"Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya.
Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.
Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.
"Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri," katanya.
Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.
"Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.
"Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.
Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/sehati-sejiwa-kekal-tema-hari-kebangsaan-hari-malaysia-2016#sthash.V4jNmzHC.dpuf
ALA LUMPUR: Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59, semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya mencapai kemajuan dalam dekad akan datang." "Saya percaya bahawa tidak kira apa warna kulit atau bahasa pertuturan, terdapat nilai-nilai sejagat yang kita berkongsi bersama dan menyatukan kita," katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my di sini, hari ini. Salleh berkata, beberapa perkara dapat menyatukan rakyat seperti sukan, seni dan hiburan. "Selain ikon favourite, juara dunia Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, kita tidak kurang mempunyai ramai lagi atlet lain yang cemerlang yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia dan mengharumkan nama negara," kata beliau. Mengenai atlet Felicia Mikat, 16 tahun, yang cacat penglihatan tetapi merangkul tiga pingat emas pada Sukan Para Asean ke-8 tahun lalu, dan atlet Paralimpik, Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Abdul Latif Romly yang kedua-duanya meraih emas pada Kejohanan Dunia Olahraga IPC baru-baru ini di Doha, Salleh berkata: "Mana-mana ahli sukan akan memberitahu anda bahawa mencapai kecemerlangan dalam sukan adalah misi yang rumit tetapi ia lebih sukar apabila anda dilahirkan dengan ketidakupayaan." Mengenai seni dan hiburan, Salleh berkata, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh telah mengangkat nama Malaysia melalui lakonannya, penyanyi dan komposer Yuna kini sebaris dengan ikon hiburan seperti Beyonce dan Rihanna apabila album terbaharunya menduduki sebagai satu daripada album R&B di carta tertinggi yang dikeluarkan tahun ini. "Akhirnya, kita berbangga dengan pengarah filem Nadira Ilana, rakyat Malaysia yang pertama dipilih untuk melaksanakan projek filem dokumentari Australia yang meneroka penempatan luar bandar di seluruh Asia Pasifik," katanya. Beliau berkata, adalah membanggakan bahawa kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menempa nama di pentas dunia dan kisah kejayaan ini meniupkan elemen-elemen yang boleh memberi inspirasi kepada negara dan kebanggaan menjadi warga Malaysia. "Kita harus mempertahankan kemerdekaan dan mengekalkan semangat bersatu-padu. Marilah kita mengekalkan semangat bersatu dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan perpaduan dalam apa jua yang kita lakukan," katanya. -

Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429




No comments: