Saturday, May 14, 2016

13 Mei 2016 - jumaat - 6 syaaban - Sambutan HARI JURURAWAT ANTARABANGSA - WORLD NURSING DAY


Hari Jururawat Antarabangsa

Jururawat lebih dikenali dengan panggilan MISI...

Sempena menyambut Hari Jururawat Antarabangsa ..ku nostalgia kepada Mak Uda  dan Mak Usu ku. Mereka Ibu-ibu saudaraku yang pernah  berbakti sebagai Jururawat.

Mak Uda bertugas  sebagai jururawat di Hospital Tibi.
Mak Usu bertugas sebagai bidan menyambut kelahiran insan.

Aku bangga dengan mereka. Kini semuanya tinggal kenangan.

Aku pernah menjadi FLORENCE NIGHTINGLE segera bila seorang pelajar tiba-tiba  menggeletar  mungkin akibat entahlah mungkin MALARIA...tak mungkin DENGGI...masa tu aku dirawat sebagi pesakit Demam Denggi.. Disember 2010..5 tahun yg lalu..

Hari Jururawat Sedunia: 10 fakta tentang jururawat

Hari Jururawat Sedunia: 10 fakta tentang jururawat
Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat). - Gambar fail
MEREKA sering menjadi mangsa kemarahan dan rasa tidak senang pesakit, walhal merekalah individu yang bersengkang mata demi menjaga pesakit di hospital.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sering dipandang ringan walaupun peranan mereka cukup penting.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, mari kita lihat serba sedikit fakta tentang jururawat.

1. Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat)

2. Aksesori kepala atau nurse cap diinspirasikan daripada aksesori biarawati yang dikenakan untuk menjaga rambut agar tidak berselerak.

3. Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India, dan ditubuhkan pada 250 sebelum masihi.

4. Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani di dunia. Dia bukan sahaja seorang jururawat tetapi juga seorang bidan dan telah membantu kelahiran 1,300 bayi.

Daripada jumlah itu, hanya dua kelahiran sahaja tidak berjaya.

5. Florence Nightingale, salah seorang ikon kejururawatan moden, sebenarnya hanya bertugas sebagai jururawat selama tiga tahun.

6. Tarikh 12 Mei yang dipilih sebagai Hari Jururawat juga adalah tarikh kelahiran Nightingale.

7. Nightingale paling dikenali kerana khidmatnya merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Krimea dari tahun 1853 hingga 1856.

8. Antara masalah kesihatan yang kerap dialami oleh jururawat adalah sakit tulang belakang (back injury).
9. Satu pertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika adalah lelaki.

10. Kira-kira 41% daripada jumlah jururawat lelaki bertugas sebagai nurse anesthetists, yang bertanggungjawab dalam pengurusan anesthesia.

Ia dianggap sebagai cabang kejururawatan dengan pendapatan paling tinggi.









Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Jururawat Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Nurses Day) ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" (Bahasa Inggeris: Nurses Day).[1] Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.
Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.
Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.[2]

Isi kandungan


Sambutan di UK

Pada 12 Mei setiap tahun, satu upacara akan diadakan di Westminster Abbey, London. Ketika upacara, satu lampu simbolik akan dibawa dari Nurses' Chapel di Abbey dan diserahkan dari seorang jururawat ke jururawat yang lain, sehingga ia sampai ke tangan Dekan yang akan meletakkannya di altar tinggi. Upacara ini menyatakan secara simbolik penyerahan ilmu dari seorang jururawat ke jururawat yang lain. Di gereja St. Margaret di East Wellow, Hampshire di mana letaknya pusara Florence Nightingale, satu upacara khusus diadakan pada hari Ahad selepas hari kelahirannya.[3]

Minggu kejururawatan

Amerika Syarikat dan Canada menyambut Minggu Kejururawatan Kebangsaan dari 9 hingg 15 Mei setiap tahun. Ia pertama kali dimulakan di Amerika Syarikat oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1974. 8 Mei telah dijadikan Hari Jururawat Pelatih Kebangsaan pada tahun 1998. Pada tahun 2003, hari rabu di dalam Minggu Jururawat Kebangsaan di antara 6 hingga 12 Mei, diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Sekolah Kebangsaan.[4]

Tema

Tema MJA untuk Hari Jururawat Antarabangsa:[5]

  • 1988 - Keibuan yang selamat
  • 1989 - Kesihatan Sekolah
  • 1990 - Jururawat dan Persekitaran
  • 1991 - Kesihatan Mental - Jururawat sedang bertugas
  • 1992 - Penuaan yang sihat
  • 1993 - Kualiti, kos dan kejururawatan
  • 1994 - Keluarga yang sihat untuk negara yang sihat
  • 1995 - Kesihatan wanita - Jururawat merintisnya
  • 1996 - Kesihatan yang baik menerusi kajian kejururawatan
  • 1997 - Golongan muda yang sihat = masa depan yang lebih cerah
  • 1998 - Berganding bahu untuk kesihatan komuniti
  • 1999 - Menyambut kejururawatan masa lalu, menjana masa depan
  • 2000 - Jururawat - Sentiasa di sisi anda
  • 2001 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Bersatu menentang kekerasan
  • 2002 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Menyayangi keluarga
  • 2003 - Jururawat: Menentang stigma AIDS, bekerja untuk semua
  • 2004 - Jururawat: Bekerja dengan yang miskin; menentang kemiskinan
  • 2005 - Jururawat untuk keselamatan pesakit: Mensasarkan pada ubat palsu dan pengubatan substandard
  • 2006 - Perjawatan yang selamat dapat menyelamatkan nyawa
  • 2007 - Persekitaran amalan positif: Tempat kerja berkualiti = Penjagaan pesakit berkualiti
  • 2008 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului penjagaan kesihatan utama
  • 2009 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului inovasi penjagaan
  • 2010 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului penjagaan kronik.
  • 2011 - Merapatkan jurang: Menambah akses dan ekuiti

No comments: