Thursday, October 6, 2011

Pemakanan Pintar=Smart Eating: Info MADU

Info-MADU- apa-apa saje berkaitan dengan madu


188:

Allah berfirman dalam surah an-Nahl , ayat 69:

"
Makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu, Dengan itu, keluarlah daripada dalam badan LEBAH itu minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi pelbagai penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda yang membuktikan kemurahan Allah bagi orang yang mahu berfikir."

MADU adalah bahan yang mempunyai nutrisi yang lengkap.
  • Selain menghasilkan kalori dan enzim-enzim lengkap, madu juga mengandung antibiotik dan bermanafaat bagi menjaga kesihatan serta mengubati penyakit terutamanya penyakit dalam saluran pencernaan.

104- MADU
dapat menyembuhkan LUKA.
  • Ini kerana madu bersifat higroskopis, iaitu dapat menyerap kotoran nanah atau serum.
  • Antibiotik yang terkandung di dalam madu dapat membunuh kuman dalam luka.
Cara menggunakannya adalah dengan :

1. Membersihkan luka dengan air suam.
2. Sapu madu pada luka.
3. Biarkan sekurang-kurangnya dua jam.

  • Madu juga mengeringkan bisul.
  • Bagi luka dengan kehilangan jaringan granulosa, madu terbukti dapat merangsang pertumbuhan jaringan granulosa.
110: Madu mengandungi pelbagai enzim yang bermanafaat bagi menjaga kesihatan dan mengubati penyakit:

1 Diastase yang bermanfaat mengubah polisakrida menjadi monosakarida.
2 Invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.
3 Glukosa oksidase mengubah glukosa menjadi asid peroksid.
4. Peroksidase menjalankan proses oksidasi metabolik.
5. Lipase memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak dan gliserol.

Secara keseluruhannya, semua enzim itu bermanafaat bagi tubuh. Namun begitu , bagi memastikan enzim di dalam madu tidak rosak, pastikan saudara menyimpan madu dengan betul.

111:
  • Berdasarkan hadis nabi yang menyarankan pengambilan madu, Ibn Sina berpendapat mereka yang berusia melebihi 45 tahun patut diwajibkan mengambil madu secara teratur.
  • Beliau menyarankan pengambilan madu bersama dengan buah yang isnya keras seperti SALAK dan buah ZAITUN.
89:
Sebenarnya MADU ASLI tidak mudah rosak.
  • Bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu di dalam bekas kedap udara dan pada suhu bilik.
  • Jauhkan ia daripada sinar matahari dan lain-lain sinar.
  • Dengan demikian , daya antibiotik dan enzim yang ada di dalamnya tidak mudah rosak. Apabila enzimnya rosak, meminum madu tidak ada bezanya dengan meminum air gula biasa.
  • Salah satu kegunaan madu adalah merawat cirit-birit kronik.


Adios..Salam MADU...

No comments: