Monday, February 23, 2009

KONGSI ILMU : KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Ke arah kelestarian alam sekeliling melalui aktiviti
PENGKOMPOSAN...Mari kita cuba.

Muqadimah

Salah satu dari pola hidup hijau yang dapat kita lakukan adalah mengurus sampah organik harian kita, dengan membuatnya menjadi BAJA KOMPOS..

Kenapa..mengapa..

Sebab baja kompos ini dapat mengurangkan penggunaan baja tak organik ( baja kimia).
Lagi pula pembuatan baja ini tak rumit kerana
  • tak perlu tempat yang luas dan
  • tak perlu banyak peralatan dan perbelanjaan.

Tahukah anda ..

  • baja organik boleh dibuat dengan pelbagai cara dan
  • amat berguna untuk pelbagai jenis tanaman
  • baja kompos berguna untuk memperbaiki struktur tanah.

Faedah Pengkomposan ini.. ianya :

  • Satu Aktiviti Senaman
  • Satu Aktiviti Rekreasi
  • Satu Tanggungjawab dan membuahkan rasa bangga dalam mengurangkan kegunaan sumber
  • Satu Kaedah mengurangkan masalah / jejak ekologi

Mari Kita sama-sama cuba buat...

PERALATAN:

  • Cangkul
  • Air
  • Acuan kayu berukuran 4kaki x 4kaki x 8 inci "wire mesh" yang berukuran 2.5m.

CARA MEMBUATNYA:

  1. Masukkan sampah dari bahan makanan, rumput atau daun kering ke dalam acuankayu.
  2. Masukkan 1% najis ternakan ( najis ayam, najis arnab, najis kambing, najis lembu) dan air, kemudian tutup dengan lapisan rumput atau daun luruh.
  3. Kemudian mampatkan adunan tersebut dengan memijak.

Catatan: Najis ternakan bertindak sebagai bakteria pengurai.

60% air diperlukan.

4. Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga acuan penuh sehingga 3 kaki tinggi.

5. Balutkan adunan tadi dengan kanvas atau beg plastik.

6. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan.

Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan!

SELAMAT MENCUBA...

Resipi Baja Kompos ini dicipta oleh :

SJK (C) CHI HWA, SANDAKAN SABAH.

(Era Hijau ; Keluaran No. 4- 2007)

Salam eko - dari CG prihatin. Do CARE and LOVE our NATURE...

No comments: