Monday, September 7, 2015

Perihal MUZIUM NEGARA - satu Khazanah Negara yang terbaik


Perihal MUZIUM NEGARA - satu  Khazanah Negara

Sangat Nostalgik ...tempat kunjungan favourite masa zaman persekolahan...suka datang..terutama jika ada  pameran atau aktiviti khas di adakan di sini..Paling tak dpat dilupakan bila diwawarkan  ARMSTRONG- angkasawan pertama  menjejak kaki di bulan... sangat teruja....terus pergi ke MN untuk menghayati melalui video aje...


 

  • Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. 
  • Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). 
  • Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. 
  • Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. 
  • Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.

No comments: