Sunday, September 13, 2015

Perihal Kempen KITAR SEMULA negara - 1 SEPTEMBER 2015

Nostalgik juga..sebab saya terlibat dengan KEMPEN KITAR SEMULA ini di SMKJ3 ..secara aktif terlibat bersama TNB.., 10 tahun yg lepas...harap masih diteruskan yaa..

ALAM SEKITAR: Kehidupan Hijau

Konsep 3R - Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula Dan Kitar Semula


logo1
Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar. Kebanyakan kawasan dan pusat bandar di Malaysia mempunyai cara yang berbeza dalam menangani isu kitar semula. Kumpulkan jiran-jiran anda dan jadikanlah usaha kitar semula sebagai bukan aktiviti orang dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga. Malahan tanggung jawab kanak-kanak dalam hal ini harus dijadikan fokus utama.
Pusat mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula harus diwujudkan. Pusat sebegini harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak. Contohnya, kupon diskaun membeli buku boleh diberi kepada mereka yang menyumbangkan bahan untuk dikitar semula. Pusat-pusat ini juga boleh memberi perkhidmatan tambahan yang membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengunjungi pusat-pusat ini. Ini supaya mereka boleh memahami dan melihatkan sendiri proses kitar semula yang membolehkan bahan yang disumbangkan digunakan semula. Dengan itu, mereka akan mengenali dan lebih menghargai sumbangan.

Kempen mengumpul dan kitar semula surat khabar mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah dan pihak sekolah. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti.

Pelajar-pelajar dari sekolah anda boleh membuat penyelidikan tentang proses kitar semula. Kemudian, izinkan mereka untuk mengutarakan dan membincangkan idea-idea berkenaan isu kitar semula. Benarkan mereka mengatur strategi bagi mempromosikan kempen mereka. Sementara itu, pihak sekolah harus menyediakan ganjaran kepada mereka yang berjaya membuahkan idea kitar semula yang paling berkesan. Anda juga boleh menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya  menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan penggunaan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar.

Sebagai langkah menyedarkan masyarakat, galakan harus diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencadangkan strategi ekonomi dan politik untuk mengekalkan alam sekitar. Satu ‘persidangan parlimen’ yang dianggotai oleh kanak-kanak boleh diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar membentangkan cadangan mereka. Orang dewasa dari komuniti boleh menjadi pihak pembangkang dan mendengar cadangan yang diutarakan. Persidangan sebegini harus ditonton oleh masyarakat umum supaya mereka juga dapat mempelajari kesilapan mereka dalam fenomena menjejaskan kualiti alam sekitar.


Dipetik daripada buku Idea-Idea Untuk Tindakan Menjadikan Kawasan Bandaraya Mesra Kanak-Kanak Buku Sumber untuk Inisiatif Masyarakat dalam Bandaraya-bandaraya di Malaysia diterbitkan untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (MKPW)


3R - Amalan 3R
 
Han Chiang 3R
Amalan 3R
Kitar Semula
Penggunaan Semula
Pengurangan
Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. 
Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.
1. Reduce – PenguranganHanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

2. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula. 

3. Beli pencuci serbaguna: 
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan. 
4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas. 

5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak 
digunakan:
 
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan. 

6. Beli produk tidak bertoksik:Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.

7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
 
NEXT>> 



No comments: