Waahh..Bestnyaa...
Nostalgia di KK ..makan UDANG GALAH Sababh...hmm terbaik
Shared.. Terima kasih atas perkongsian ini...Mengenali Masakan SABAHAN...terbaik..
Aduhai...yang larva kumbang - Ulat SAGU tu pun adaa..BUTOD...boleh cubakkk..yaa..
9 Makanan Tradisional Kaum Kadazan- Dusun di Sabah
Salam semua pembaca blog saya. Untuk entri kali ini, saya nak share pula makanan-makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Makanan-makanan orang Kadazan-Dusun ni memang special sikit. Makanan mereka ni lebih sedikit kepada sayur-sayuran. Ini disebabkan kebanyakan suku kaum ini tinggal di kawasan pedalaman atau di tepi-tepi sungai pada masa dahulu. Di dalam senarai ini terdapat beberapa sahaja makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun. Selamat membaca dan mencuci mata.
1. Tuhau
Ini merupakan batang tumbuhan Tuhau.
Gambar daripada thedapurgas.blogspot.com
Tuhau yang boleh dihidangkan dan banyak dijual di pekan-pekan.
Gambar daripada mysabah.com
Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun yang amat terkenal di Sabah. Nama makanan ini diambil daripada tumbuhan yang dipanggil Tuhau dengan nama saintifiknya, E. Coccinea kerana bahan utama dalam makanan ini adalah batang tumbuhan Tuhau. Tumbuhan Tuhau mempunyai bau yang sangat kuat seperti bau serangga dan tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan hujan terutamanya di Pulau Borneo. Makanan Tuhau sebenarnya merupakan makanan berupa jeruk yang enak dimakan bersama nasi dan lauk-pauk lain. Walau bagaimanapun, baunya yang seakan-akan serangga membuatkan ramai yang takut untuk mencuba makanan ini. Tetapi, ramai juga yang akan ketagih makan makanan ini selepas mencubanya beberapa kali.
2. Sup Manuk Lihing
Sup Manuk Lihing yang siap dimasak.
Gambar daripada ummuhatul.blogspot.com
Antara bahan-bahan Sup Manuk Lihing.
Gambar daripada peppers-love.blogspot.com
Sup Manuk Lihing, atau Sup Ayam Lihing di dalam Bahasa Melayu, merupakan salah satu makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bahan-bahan dalam makanan ini termasuk daging ayam, minuman keras jenis Lihing, halia, garam dan serbuk perasa. Oleh kerana makanan ini mengandungi minuman keras, maka ianya haram dimakan oleh yang beragama Islam. Sup Manuk Lihing selalunya dimakan bersama nasi ataupun boleh dimakan begitu sahaja. Menurut kepercayaan kaum Kadazan-Dusun, makanan ini baik untuk wanita yang baru melahirkan anak. Makanan ini dihidangkan pada hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan atau semasa sambutan Pesta Menuai yang diadakan di Sabah pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
3. Pinasakan
Gambar daripada ummuhatul.blogspot.com
Pinasakan Sada (ejaan lama: Pinaasakan) atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah. Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit dan garam. Ianya juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.
Pinasakan enak dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama Ambuyat, sejenis makanan tradisional yang juga terkenal di Sabah. Di Sabah, makanan ini boleh didapati di restoran atau gerai makanan yang menyediakan makanan tradisional kaum bumiputera Sabah. Terdapat juga beberapa hotel terkemuka (seperti Hotel Le-Meridien, Kota Kinabalu) di Sabah yang mula menghidangkan Pinasakan untuk diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Sabah.
Untuk maklumat lebih lanjut, lihat bahagian:
4. Noonsom
Noonsom merupakan makanan tradisional Kadazan-Dusun yang dibuat dalam bentuk jeruk. Makanan ini boleh didapati di dalam beberapa jenis dan antara Noonsom yang terkenal ialah Noonsom Bambangan, Noonsom Sada dan Noonsom Tuhau.
Noonsom Bambangan
Gambar daripada blogsanasini.blogspot.com
Noonsom Bambangan merupakan sejenis Noonsom yang mana bahan utamanya adalah buah Bambangan. Buah Bambangan atau nama saintifiknya Mangifera Pajang , merupakan sejenis mangga hutan yang terbesar di dunia dan banyak didapati di Pulau Borneo terutamanya di Sabah. Buah Bambangan tersebut akan dipotong kepada saiz kecil dan dicampur dengan biji buah Bambangan yang telah diparut serta cuka sebelum disimpan di dalam bekas (atau tajau kecil). Ianya akan dibiarkan selama seminggu sebelum dihidangkan untuk dimakan. Ianya sedap dimakan begitu sahaja seperti buah-buahan yang lain atau dimakan bersama nasi sebagai lauk.
Noonsom Sada (Ikan)
Gambar daripada she1012012.blogspot.com
Noonsom Sada atau Noonsom Ikan merupakan sejenis Noonsom yang mengandungi ikan sebagai bahan utamanya. Ikan yang digunakan selalunya ikan air tawar dari sungai yang dibersihkan dahulu dan dicampur bersama isi buah Pangi, nasi dan garam. Bahan-bahan tersebut kemudiannya akan dimasukkan kepada bekas atau tajau kecil dan dibiarkan antara 10 ke 12 hari. Selepas tempoh tersebut, makanan ini boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi.
Noonsom Tuhau
Noonsom Tuhau merupakan sejenis makanan Noonsom yang mengandungi Tuhau sebagai bahan utamanya. Tuhau (atau nama saintifiknya, E. Coccinea) merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh subur di Kepulauan Borneo. Bahagian dalam pada batang Tuhau akan dibersihkan dan dihiris sebelum dicampur bersama cuka atau perahan jus limau, garam dan cili merah. Ianya akan dibiarkan selama beberapa minit sebelum boleh dimakan sebagai lauk.
5. Hinava (atau Hinata)
Gambar daripada prettyweirdlife.blogspot.com
6. Butod
Gambar daripada sabahanz.blogspot.com
Butod merupakan sejenis ulat yang boleh didapati di dalam batang pokok Rumbia yang sedang reput. Ianya juga dikenali sebagai ulat Sagu (Bahasa Melayu) dan ulat Mulung (di Sarawak). Ulat ini menjadi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah dan sering dihidangkan semasa hari-hari istimewa seperti Pesta Menuai atau Pesta Makanan. Butod boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu supaya ranggup dimakan. Ulat ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Bagi yang beragama Islam, ianya haram dimakan kerana Butod merupakan salah satu spesis ulat.
7. Tutumakon
Gambar atas adalah Butod manakala bawah adalah Tutumakon.
Gambar daripada blog-makanandisabah.blogspot.com
Tutumakon merupakan sejenis cacing laut yang juga merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Dikenali sebagai makanan eksotik, Tutumakon selalu dihidangkan semasa hari-hari istimewa seperti sambutan Pesta Menuai atau semasa Food Festival yang sering diadakan di Sabah. Cara pemakanannya adalah dengan memakannya begitu sahaja. Status halalnya pula tidak dapat dipastikan kerana belum ada sebarang kenyataan yang berkaitan.
8. Bosou (atau Tonsom)
Gambar daripada tamparulisabah.wordpress.com
9. Nasi Linopot (Nasi Daun Tarap)
Gambar daripada jelly-etta.blogspot.com
Kaji sana, kaji sini, akhirnya siap juga entri ini. Ada kah lagi yang saya lupa masukkan dalam list? Kalau ada, komen seja di bawah. Bagi gambar sekali ahh (secara free! :P). Sama-sama kita awesome kan entri ini. Jom support local blogger. Bule bah kan? Thanks~
Makan ulat Sagu
Makanan tradisional Sabah
No comments:
Post a Comment