Thursday, September 10, 2015

Perihal Sekolah Pendidikan Khas

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS - utk cacat penglihatan..cacat pendengaran..Masaalah pembelajaran

Nostalgia juga semasa mengambil DIPLOMA PENDIDIKAN...ambil subjek Kaunselling dan Pendidikan Pemulihan...memang agak mencabar  dalam menghadapi pelajar2 sedemikian ..satu  pengalaman yang menarik yaa..

sekolahone MalaySia..!!







Sekolah Pendidikan Khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Pendidikan Khas[sunting | sunting sumber]

Takrif Sekolah Khas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
  1. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Prasekolah[sunting | sunting sumber]

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
  1. berumur 6+ hingga 14+ tahun
  1. disahkan oleh pengamal perubatan
  1. dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran Rendah[sunting | sunting sumber]

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
  1. berumur 6+ hingga 14+ tahun
  1. disahkan oleh pengamal perubatan
  1. dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pelajaran Menengah[sunting | sunting sumber]

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
  1. Berumur 13+ hingga 19+ tahun
  1. disahkan oleh pengamal perubatan
  1. dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasional[sunting | sunting sumber]

i) Sekolah Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
  1. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
  1. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
  1. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada
rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

No comments: