Sunday, November 27, 2011

Awal Muharram 1433 - Maal Hijarah 2011

Semalam 1 Muharram 1433-Ahad 26
Hari ini Ahad 2 Muharram 1433
Esok , Isnin 3 Muharram

Semalam 1 Muharram , Sabtu , 27 November....Salam Maal Hijrah buat kita semua...jika seboleh mungkin
Buka Buku baru..Tutup Buku lama..kerana hidup mesti diteruskan .

Buat Pasukan Harimau Muda Malausia ...( M2 : Bahrain 3 ) ..suspense dibuatnya ...tak apae terus berjuang..Ngaumm..ngaumm terus..tak cukup meow..meow...jangan berputus asa...perbaiki mana-mana kelemahan yg ada. Kami rakyat Malaysia tetap di belakang anda...


Buat kita semua ...bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara alam ini...kerana ada yang telah tiba saatnya untuk pergi menghadap Illahi...kerana tepat pukul 9.00 am semalam ..sedang kita meraikan maal Hijrah..ada hamba Allah yang dijemput pergi ...meninggalkan yang dikasehi buat selama-lamanya..

Alfatehah buat ibu jiranku yang pulang ke rahmatullah semalam..Bersabarlah dan reda..

Saya terus pergi menziarah..hak yg dah pergi... keinsafan buat yg menziarahi ..
(Kena buat keputusan..memenuhi undangan Walimatul urus atau menziarahi... yg pergi kita tak jumpa lagi)

Betapa insaf melihat tubuh kaku dimandikan -dikapankan peringkat dgn peringkat dgn begitu kasih dan berhemah ...betapa begitu bersyukur masih dikapankan dan didoakan kesejahteraan di sana disaksikan anak-cucu-cicit-handai taulan..dan dibawa penuh berhemah dan kasih sayang menuju ke liang lahad... itulah impian kita kan...disempurnakan jasad kita dgn penuh berhemah dan kasih sayang....dan mengharapkan begitu penerimaan kita di Alam Barzakh...disambut penuh berhemah dan kasih sayang Allah ...Amin buat kita yang masih berada di Alam Dunia fana ini.. Alam Realiti Kehidupan ..bukan Alam Fantasi....Wallahualam.

Seboleh mungkin...kita semua telah mula membuat persiapan secukupnya sebagai bekalan ke Alam sana... semoga kita semua akan ditempatkan di kalangan ahli syurga bersama para anbiya di Alam Akhirat...Amin. Ya Rabbul'alamin...Insyaallah.

Perlu diingatkan dan renungan ..termasuk utk diri sendiri sendiri juga..Segala yang ada di Alam Dunia akan ditinggalkan...hanya yang TIGA ini sebagai bekalan :

Satu: Amal yang baik termasuk sedekah jariah...paling minimum senyum juga satu sedekah..
Kedua : Ilmu yang senantiasa dimanafaatkan oleh orag lain
Ketiga : Anak yang soleh-solehah

Maka sedapat dan sedaya mungkin berusaha ke arah mana-mana yang dianugerah..dan senantiasa bersyukur dengan semua ANUGERAH yang diberikan Allah..kerana Allak tak beri kita semua...pasti ada kekurangan dan kelemahan kita..tak boleh nak ego dengan Allah..betulkan..betul.

Terdengar dari corong Radio IKIM berkaitan dengan KOMPAS KEHIDUPAN.... untuk muhasabah diri selalu kita mesti berpegang kepda ungkapan -ungkapan ini :

IMAN itu terletak di hati..senantiasa curiga pada diri kita..apakah aku seorang munafik..adakah aku telah menjadi Muslim sejati ..senantiasa buAat "quantum rating' setiap masa..

Maka amalan-amalan yang dimalkan untuk menjadi "Orang beriman"....Kekalkan dan amalkan hidayah-hidayah ini dalam kehidupan..

1 .Hidayah AkAL
2. Hidayah ISLAM
3. Hidayah TAUFIK

Sedaya mungkin cuba kita capai Hidayah TAUFIK.. ..telah mendapat keberkatan dan paling penting ....senantiasa dalam perlindungan dan reda Allah..

Adakah HARI INI lebih BAIK dari SEMALAM... Adakah ESOK Masih Ada....???

Adakah masih ada esok untuk diberi ruang untuk membersihkan diri..untuk menjadi Insan Muslim yang lebih Beriman ???.... Insyaallah..teruskan perjuangan ke titisan nyawa yang terakhir...

Akhir sekali Hari ini...2 Muharram..28 November , Hari Cuti ...saya mendapat satu email..agak menarik dan "catchy" untuk kita hayati dan kongsi bersama...bertajuk :

" Cahaya kebijaksanaan ziquo ziqzack'.....

Senario : Perbualan di antara anak dan ayah... di mana anaknya bertanya soalan ini...

" Kenapa apabila orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa..? "


Abah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Abah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Abah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo...Ook...

Abah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili..alamak rase pedas...

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

~♥~Islam Itu Indah dan mudah~♥~

~♥~Beramallah kamu seakan2 kamu akan meninggal dunia esok dengan itu akan lahirlah keikhlasan dan keinsafanmu semasa beramal~♥~
insyaallah, marah tu hanyalah ujian.. sabar, sebab sunnah rasulullah bila dia marah dia hanya sabar dan hanya sahabat yg tahu dia marah yakni dgn hanya bermuka merah padam sahaja


Esok.. Selasa ..29 Nov. Realiti kehidupan..bertugas pergi kebilik kebal dengan Ketua pengawas diSMK Tinggi Kajang...Jaga SPM paper Chemistry...di SMK Jalan Reko...

Esok lagi - Lusa..30 Nov.Penutup tirai buat bulan November... --Kertas Biologi saya...Best of luck to All my students di bawah bimbingan saya..and of course to all students Satu Malaysia..

Tulat : 1hb Disember...pembuka tirai buat Disember ....tinggal 1bulan lagi ke TAHUN BARU 2012...Weh...

Itulah dinamakan HAYAT...senantiasa Menghitung Hari...terutama bila sampai Giliran kita ya...Itulah destinasi kehidupan kita sebenarnya. Betulkan...betul.

Salam Maal Hijrah buat semua yang sudi membaca blog saya ini.

Cg Fuziah Sulaiman. SMKJ3 BBB.

copy dan share~ :)

Thursday, November 10, 2011

Kenapa Allah temukan dengan orang yang salah


Kenapa ALLAH temukan dengan orang yang salah...


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Monday, November 7, 2011

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru

Tajuk agak catchy : "Tutup Buku Lama , Buka Buku Baru "

(Wanita Hari Ini ...bersama artis-artis glamour : NORA, EMA dan AKMAR..)-Isnin07112011

Perubahan positif : dari tidak bertudung ke bertudung...lebih muslimah kut..Alhamdulillah..

Juga kita digalakkan berpegang kepada ungkapan madah....

" Jadikan hari ini lebih baik dari semalam"

" Let Bygones , be Bygones "....

Jadilah Orang Baru...Jadilah insan yang lebih baik...

Jadilah umat yang senantiasa bersyukur dengan semua anugerah dan nikmat yang diberikan selama hidup ini...termasuk oksigen dan bumi yang diberi percuma oleh Allah..

Khas untuk semua yang membaca blog ini termasuk saya sendiri...

Hidup ini terlalu berharga untuk disia-siakan...masa itu emas berkoyan..tiada ternilai sebenarnya...

" Buat baik berpada-pada ...buat jahat jangan sekali "

"Jika takut dilambung ombak, jangan bermain ditepi pantai.."

" Once bitten, twice shy"..

Semua ungkapan ini kearah satu..

"Tutup buku Lama...Buka Buku Baru"..supaya mencapai keadaan yang membawa situasi yang

LEBIH SIHAT, LEBIH CERIA dan LEBIH BAHAGIA. Amin.


Coretan khas Al-Haj: Cg Fuziah Sulaiman.

Tuesday, October 11, 2011

Terapi JUS unuk KESIHATAN

Terapi Jus Untuk Kesihatan

A bit catchy tentang tajuk ni kan....Anyway..sahaja nak kongsi ilmu berkaitan dengan tajuk melalui

Buah-buahan berkhasiat untuk dijadikan minuman jus...Di antaranya termasuklah;

  • AVOKADO
  • LOBAK MERAH
  • BETIK
  • MANGGA
  • TEMBIKAI
  • PISANG
  • EPAL
  • OREN
  • TOMATO
  • JAMBU BATU
  • DAUN SELERI
  • BUAH R LIMAU NIPIS
  • HALIA

AVOKADO mengandungi..
  • 70% air , 20% lemak organik dan 10% mineral.
  • Mineral: kalsium, fosforus, zat besi, kalium dan natrium.
  • Banyak vitamin A, B6 (niasin) dan Vit.C
  • Keistimewaan: mengandungi lemak organik 20-30 kali ganda lebih banyak daripada buah-buahan lain.
  • Sesuai untuk penyakit gout yang kronik.
LOBAK MERAH mengandungi...
  • vitamin A,B,C,D, E dan K serta
  • mineral: zat besi, kalsium, sulfur, klrin dan fosforus
  • LM sumber utama karotin yang berubah di dalam usus menjadi vitamin A bersama Vit.B12.

BETIK mengandungi ..
  • gula, protein, lemak, vitaminC, asid organik, protease,enzim,alkali betik dan karpein.
  • KARPEIN adalah sejenis alkali yang terkandung di dalam betik yang berkhasiat utk mengurangkan serangan serangan jantung, antiameba, dan ubat bagi memudahkan sistem pembuangan air kencing-urin (diuretik)
  • juga membantu melancarkan pencernaan dan membunuh parasit di dalam badan.

Saturday, October 8, 2011

ROKOK dAN KESIHATAN

BETULKAH PEROKOK juga ada HAK ?


Ya! .. HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA
SEBATANG
ROKOK.

Dengan membayar 50 sen untk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:

  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen !

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
  • 20 kali lebih risiko kanser paruparu
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih pada saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT !

Tak Nak ! MEROKOK.

Petikan daripada Akhbar KOSMO: Khamis 6 Oktbober 2011.


Hakikat...kenyataan ini mungkin benar...pada keluarga saya sendiri...

Kebanyakan KANSER punca kematian...mungkin satu kebetulan..

ataupun secara kebetulan memang dalam famili mempunyai genetik radikal bebas yang dominan...

Grandma..kanser kelenjar/gusi - menggemari sirih + rokok daun
Grandpa...kanser perut (katanya)
Uncle Pak Anjang - Kanser -...merokok
Father ...pneumonia...kanser peperu ...not sure...disihir -jarum emas??..merokok
My cousin perempuan...leukemia..???
Adiknya -perempuan ...persendian ...??...masaalah SAka..??
Uncle Pak Ngah .. Kanser Peparu.??..kerana tak merokok..

Another dominan gen in my famili is LELAH = ASMA

Aunties - Cousins and ....

Me Myself ...Diri sendiri

Pernah kena Pneumonia.. Asmatic bronchitis .. Denggi too low platelet count (1 minggu masuk wad)... masa hangat H1N1..masuk wad 1 minggu dan kuarantin ..gara-gara kena attack pneumonia ...high risk H1N1...

Anyway , I am a normal human being....right..

Apa yang tak rasa ...Migraine teruk ..Gastrik..Senggugut....prone to flu...demam..batuk..

Petua lagi ...Amalkan mengunyah bunga cengkih untuk hilangkan batuk berpanjangan.

Amalkan mengunyah biji-biji buah jenis beri - aprikot, epal, anggor..peach...kerana dikatakan kaya dengan antioksidan untuk mencegah KANSER.


Kena bersyukur amat masa kini ..tiada high blood and diabetes... tapi tak taulah akan dtg...

kalau semua penyakit ini datang serentak ...kena rasa semua.. biarlah jangan ya...Wallahualam..

Moga senantiasa di bawah lindungan Allah... dan yang pasti kena seimbangkan hidup ini dengan

Santapan JIWA ROHANI = kehendak fizikal...Makan yang sihat..tidur yang cukup.. ..seboleh mungkin mengikut sunnah Rasulullah... melalui buku Dr MAT - DR MOHAMMAD ALI TOHA

" 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH ".


Apapun..kita .kena senantiasa berbaik sangka sesama kita dan apatah lagi kepada Allah...


" Yang Baik datang dari Allah ... yang Buruk datang dari kita sendiri "

Dan percayalah...bahawa

" There is always a sliver lining among the clouds "

Langit tidak selalu cerah..

Bumi mana tak timpa hujan...Lautan mana yang tak bergelombang..

Air Laut ..ada pasang-surutnya

ADAT ALAM...untuk buat renungan dan muhasabah diri..

Ada Hikmah di sebalik semua kejadian...Wallahuallam.

Amin... yarabbul A'lamin.


Ewa aa..bermadah pulaak kita...saje nak hiburkan hati supaya lebih ceria..

supaya lebih banyak endorfins dikeluarkan..supaya awet sok mo...Ha..ha..ha..

Kata Dr MAT...jangan ketawa over..nanti kena serangan sakit jantung...pulak..



Wassallam. Adios. Jumpa lagi.

Friday, October 7, 2011

Info Khasiat HERBA - Kanser - Buah Pinggang / Tekanan darah ting

KHASIAT HERBA : MENCEGAH lebih BAIK daripada MERAWAT.

Khasiat PASLI

KANSER = BARAH adalah penyakit berbahaya..

(286)Salah satu cara untuk mencegah adalah...

  • dengan memakan PASLI yang masih segar..
  • .sebab Pasli mengandungi miristin, asid folat , vitamin A dan C.

Oleh itu, pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko kanser=barah.

(282) BUAH PINGGANG...adalah organ penting yang berperanan dalam proses perkumuhan.

Jagalah kesihatan buah pinggang dengan menyediakan ramuan yang terdiri dengan ...

1 genggam PASLI yang direbus dengan 1.5 liter air hingga mendidih.

  • Minum 1 cawan = 150ml campuran itu setiap hari.
  • Kemudian simpan bakinya di dalam peti sejuk dan ulangi setiap hari.
  • Ramuan ini bukan hanya dapat memelihara buah pinggang bahkan mengubati gangguan pada buah pinggang seperti jangkitan buah pinggang dan batu karang di dalam buah pinggang.

TEKANAN DARAH TINGGI....dapat menyebabkan gangguan dalam fungsi ginjal dan jantung.
Jika mengidap darh tinggi amalkan rawatan ini...

  • Rebus 75gm DAUN SADERI dalam 200 ml ai selama 10 min.
  • Apabila suam-suam kuku tapis,, dan tambah 400 ml MADU ASLI secara perlahan sambil dikacau.
  • Minum campuran itu 3 kali sehari sebanyak 2 sudu besar setiap kali makan.
  • Amalkan setiap hari..

(292) TEKANAN DARAH TINGGI....dapat menyebabkan gangguan dalam fungsi ginjal dan jantung.
Jika mengidap darh tinggi amalkan rawatan ini...

  • Rebus 75 gm DAUN SADERI dalam 200 ml air selama 10 min.
  • Apabila suam-suam kuku tapis,, dan tambah 400 ml MADU ASLI secara perlahan sambil dikacau.
  • Minum campuran itu 3 kali sehari sebanyak 2 sudu besar setiap kali makan.
  • Amalkan setiap hari..


(297)KANSER = BARAH penyakit yang serius.
Bagi pesakit barah...usah putus asa dan yakinlah dengan rahmat Allah yang luar biasa.

Antara cara bagi mempercepatkan penyembuhan barah adalah...

  • meminum sekurang-kurangnya 30 ml/kg berat badan air
  • berjemur di bawah sinaran matahari selama sejam sehari antara pukul 7 .00- 9.00 pagi
  • memakan makanan yang segar dan bebas daripada bahan kimia.
  • biasakan diri meminum 14 gelas teh hijau /hari dan
  • tingkatkaan rasa berserah diri kepada Allah...
  • Dengan demikian , Allah memilih perkara terbaik bagi kita.


(298) TEH HIJAU...

  • kaya dengan antioksida EGCC.
  • Antioksida tersebut dapat mengikat rdaikal bebas yang mempengaruhi pembahagian sel-sel barah.
  • Sel-sel barah berkemampuan membahagi dengan cepat, dengan kualiti dan kitar hayat yang lebih pendek daripada sel normal. Antioksida mencegah pembahgian progresif sel-sel barah.


(299) BAWANG PUTIH

  • ...kaya dengan antibiotik, anti-kolesterol antiradang dan enzim yang melawan BARAH.
  • Cara menyediakan yang betul adalah dengan...

Menghiris atau Menumbuknya.
Biarkan selama 10 minit lalu masukkan ke dalam masakan
.


(306) TEH

  • adalah minuman kesihatan yang baik...kerana ia mengandungi antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas.
  • kandungan radikal bebas dalam teh hijau lebih tinggi daripada teh htam.

Juga TEH mengandungi TANNIN yang menghalang penyerapan zat besi.

jadi JANGAN minum teh sesudah makan SATE.kerana penyerapan zat besi akan terhalang.

(289) TEH HIJAU ...

  • mengandungi antioksida KATEKIN yang bermanafaat meneutralkan radikal bebas.
  • Ia juga dipercayai dapat membantu pembakaran kalori dan menurunkan kadar kolesterol di dalam darah.
  • Badan terasa segar apabila minum 2 gelas teh hijau sehari.


.. Lebih baik Minum air kosong!

(307 -337) MINYAK ZAITUN - barah payudara -rahim

Wanita digalakkan meminum minyak zaitun secara rutin, risiko barah payudara -rahim.

  • Gunakan ia bagi memasak tetapi dengan api yang kecil. Ini kerana api besar merosakkan strukturnya lantas menghapuskan manfaatnya.







Thursday, October 6, 2011

Perubatan Pintar= Smart Medicine

Info - Perubatan tradisional - berkaitan dengan MADU

287:

Pelbagai kajian menunjukkan BAWANG PUTIH mengandungi antibiotik yang ampuh.

  • Diantaranya ia bermanaffat bagi mengubati penyakit jangkitan saluran pencernaan dan radang kerongkong.
Bagi menyembuhkan radang kerongkong = sorethroat
  • Campurkan 1 ulas bawang putih yang ditumbuk dengan 1 sudu besar MADU.
  • Minum campuran itu, 3 kali sehari.

Utk merawat ULSER MULUT

- Ia boleh berlaku mungkin disebabkan stres melampau, kekurangan vitamin C , kurang menjaga kebersihan mulut.

Caranya:

  • Dapatkan 5 helai daun CENGKIH+ 5 helai daun SIRIH.
  • Masukkan kedua-duanya ke dalam 2 gelas air.
  • Rebus air , tinggal separuh gelas, dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  • Apabila seju, tapis dan tambah 2 sudu kecil MADU ASLI.
  • Campurkan kedua-duanya.
  • Miumlah 3 kali setiap kali selepas makan.

290 Merawat PERUT KEMBUNG :

- berlaku mungkin kerana gangguan asid HCl yang berlebihan, kekurangan enzim pencernaan atau gangguan fungsi hati.

Caranya:
  • Dapatkan 2 sudu kecil serbuk KAYU MANIS + 4 sudu besar MADU.
  • Campurkan kedua-duanya.
  • Minum 3 kali selepas makan.
284 Rasa Mual= Rasa nak muntah

- elak ambil ANTACID

Cara mengatasinya: secawan air panas.

  • Campurkan 1/2 biji PALA + 3 lembar daun PUDINA segar.
  • Tumbuk hingga halus dan tuangkan secawan air panas.
  • Biakan selama 10 minit.
    Tapis campuran + 1 sudu besar MADU sebagai pemanis.
    Minumlah semasa perut kosong.
285

Khasiat BUAH PALA:

  • Bahan yang dapat memanskan badan
  • Dapat mengatasi insomnia atau sukar tidur.
  • Ia menyegarkan.
  • Minumlah pati buah pala secara teraatur dan rasailah selepas seminggu meminumnya.
  • Tidur menjadi lebih nyenyak dan diri terasa bertenaga.

281
Merawat Cacingan pada kanak-kanak :
  • 3 cubit HALIA , dihiris nipis. + 3 gelas air.
  • Rebus sehingga separuh gelas. Sejuk dan tapis.
  • Tambah 2 sudu MADU dan kacau rata.
  • Minum campuran separuh gelas, 3 kali sehari. sehingga cacing keluar.
275
Merawat JERAWAT dan GUSI BERDARAH

  • BELIMBING mengandungi flavanoid, kalsium dan kalium.
Caranya:
  • Rendam belimbing di dalam MADU selama 3 -4 hari.
  • Makanlah 3 -4 biji sehari.
Adios. Salam sihat sejahtera...