Saturday, February 28, 2009

Info-Pemakanan sihat: Makanan Anti-Kolestrol 1

Penyakit Jantung ... begitu sinonim dengan amalan memakanan makanan berkolestrol..
tapi syukurlah.. terdapat beberapa jenis makanan yang dikategorikan sebagai anti-kolestrol.

Makanan Antikolestrol ini termasuklah :

1.Kacang Soya
2. Kuaci
3.Buah kering
4.Epal
5.Ikan tuna
6.Kacang tanah
7.Mangga
8. Kismis
9.Oat
10. Jambu Batu


Keterangan lebih lanjut akan diberikan kemudian. Ok.

Adious.Sifu Fuziah.

Thursday, February 26, 2009

Info -Pemakanan: Makanan Anti-kolestrol

Tahukah anda ...


Terdapat beberapa jenis makanan anti-kolestrl yang boleh dimakan untu mengurangkan kolestrol dalam badan.


1. Kacang Soya


  • Ia merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susu kacang soya yang mengandungi 48% protein, lesithin, vitamin dan zat galian.

  • Ia juga dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis.

  • Ia kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak.

  • Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan Kadar lemak baik.

2. Kuaci



  • Ia kaya dengan kandungan zat besi.

  • Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.

Wednesday, February 25, 2009

Info- makanan khasiat: Pisang

Tahukah anda bahawa .....

Pisang Penawar Pelbagai Penyakit

Keistimewaan Pisang...

  • Ia mengandungi 3 jenis gula semulajadi : sukrosa, fruktosa dan glukosa
  • Ia memberi tenaga kepada manusia dengan kadar yang segera dan berterusan.
  • Menurut kajian bahawa 2 biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit.
  • Ia juga sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit , maka amat sesuai sebagai pencuci mulut dalam pemakanan seharian .

1. Mengatasi tekanan atau stress.

Buah pisang mengandungi tryphtophan ( sejenis asid amino), yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia , yanag menyebabkan rasa tenang dan ceria.

2. Mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah kerana mengandungi Vit.B6

3. Mengatasi masalah anemia kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

4. Menstabilkan tekanan darah yang tinggi, kerana mengandungi potassium yang tinggi

5. Membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar kerana kandungan fiber yang tinggi.

6. Boleh mengurangkan keletihan melalui minuman pisang campur susu dan madu.

7. Mempunyai kesan antasid semulajadi/ rasa panas pada jantung dalam badan.

8. Membantu memelihara kadar gula darah bagi mengelak demam pagi.

9. Ia mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yg dapat menenangkan saraf.

10.Kelembutannya mencegah terjadinya ulser dan bertindak sebagai peneutral berlebihan asid dan mengurangkan kepedihan dgn bertindak menyalut lapisan dinding perut .

11. Kulitnya boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit spt jerawat, kudis , kurap dsb .Tampalkan sebelah dalam kulit pisang ke tempat yang ingin dirawat dengan plasterbiasa. Juga boleh hilangkan bekas gigitan nyamuk..

12. Dapat mengatasi masaalah Seasonal Affective Disorder (SAD), simpton yang terjadi akibat daripada kurang pendedahannya kepada cahaya matahari, melalui tryptophan.

Ingatan : Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis , kerana kandungan gula yang tinggi. Terdapat 25 g gula bag setiap 126 g pisang (19.85%).

Adious. Sifu Fuziah.

Info kesihatan : Pemakanan

Memupuk amalan pemakanan yang sihat. Bagaimana ya...

Ramai beranggapan bahawa pemakanan yang sihat perlu belanja yang lebih.Salah tu.. yang penting, makanan yang disediakan perlulah daripada sumber yang baik(halal), segar dan bersih, walaupun harganya murah.

10 kaedah yang boleh dijadikan amalan keluarga untuk pemakanan sihat, iaitu:

1. Mulakan hari anda dengan sarapan. Sarapan membekalkan tenaga untuk aktiviti pagi dan
membolehkan otak berfikir dengan aktif dan cerdas. Memadai mengambil makanan yang
ringan-ringan seperti roti, sandwic atau bijirin.

2. Hidangkan susu dan jus buah bersama teh atau kopi. Susu berkhasiat baik untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga wargamas. Punya banyak kalsium untuk kesihatan tulang.

3. Pastikan anda sekeluarga makan secara tetap, iaitu sarapan, makan tengah hari dan
makan malam. Meninggalkan salah satu hidangan akan menyebabkan anda berasa terlalu
lapar dan terdorong untuk makan banyak.

4. Sebaik mungkin anda sekeluarga makan dimeja makan. Tidak menonton tv sambil
makan.

5. Minum air masak ketika makan tengah hari dan makan malam. Usah mempunyai tabiat
makan berselang air. Kajian menunjukkan air mencairkan enzim pencernaan dan
mengganggu pelancaran proses pencernaan makanan.

6. Elak menyediakan minuman manis bagi membendung mengambil gula yang berlebihan. yang boleh mendatangkan kemudaratan kemudian hari.

7. Elak selalu mengambil makanan segera, gula-gula dan snek kerana ia mengandungi
banyak lemak , garam dan gula tetapi rendah khasiat.

8. Jangan kerap ke restoran makanan segera. Sekali sekala untuk ubah selera.

9. Menyediakan buah-buahan dan ulam-ulaman sebagai sajian pembuka selera
dan pencuci mulut adalah amalan yang terbaik. Amalan mengambil buah-buahan sebelum
makan hidangan utama adalah digalakkan , kerana kandungan zat buahan mudah diserap
semasa kita lapar dan kandungan serat dalam buah-buahan akan membuat kita rasa lebih
cepat kenyang dan mengurangkan kita mengambil nasi. Elok untuk mereka ingin
mengamalkan iet, ingin mengurangkan berat badan.

10. Jadikan satu budaya ketika menyediakan makanan di dapur. Utamakan kebersihan dan
tentunya sentiasa pilih makanan yang segar dan berkhasiat sahaja.


Salam sihat- sejahtera dari CG Fuziah.

" Cara kita makan, menggambarkan personaliti kita.."

Tuesday, February 24, 2009

Info -Kesihatan : Khasiat AIR

Memahami khasiat Air

Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah..
  • diet makanan yang seimbang
  • senaman yang kerap
  • rehat yang secukupnya
  • sentiasa gembira , ceria dan
  • kerap ketawa

dan juga ..

Pengambilan air 6 hingga 8 gelas besar sehari = 1-2 liter /hari!

Kenapa tubuh memerlukan 'bekalan' air baru setiap hari ?

  • 55 - 75% berat badan adalah air.
  • Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.

6 Sebab tubuh perlu air.

1. Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan

2. Ia membantu penyahtinjaan (defaekasi) bahan buangan dari usus besar serta perkumuhan dari buah pinggang.

3. Ia membantu menyelaraskan suhu badan optimum, 37 C.

4. Ia melancarkan pergerakan sendi dan membran pada sistem rangka.

5. Ia sebagai medium pengangkutan dalam edaran darah. 92% air terdapat dalam plasma darah

(bahagian cecair darah).

6. Ia dalah komponen penting dalam rembesan tubuh dan cecair penghadaman. (Air liur dihasilkan 1.7 liter setiap hari oleh kelenjar liur !)

Lagi info tentang keperluan air..

  • Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh kita kehilangan 1.7 liter setiap hari.
  • Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat, lebih banyak air diperlukan untuk menyelaraskan suhu badan dan menjadikan kita berasa lebih selesa.
  • Ketika waktu sejuk, lembapan tambahan (wap air) hilang melalui pernafasan.
  • Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, kita memerlukan tambahan 1-3 gelas air.
  • Sistem haba berpusat (hipotalamus di otak) sensitif , memberi kesan kekeringan, jadi kita perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.

Tahukah anda.. fakta menarik..

Air dikatakan sebagai penahan selera (berdiet) secara semulajadi!

Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan. Ini kerana otak tidak dapat membezakan antara rasa lapar atau rasa dahaga.

Jadi apabila anda fikir anda berasa lapar , kemungkinan sebenarnya memerlukan air.

Jadi amalkan minum segelas besar air sebelum makan.. kerana itu yang mungkin tubuh anda perlukan bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.

Adakah anda dalam keadaan penyahhidratan (dehydration) = kurang air dalam badan?

Beberapa simpton / tanda badan anda dahagakan' air adalah:

  • Rasa Pening : otak manusia mengandungi 75% air. Air berfungsi utk membuang toksin dari tubuh. Walaupun sedikit kurang air akan menyebabkan pening.
  • Letih/lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dn tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh sedang bergelut untuk keluarkan toksin.
  • Sembelit - Air melawaskan proses pergerakan makanan ( peristalsis) serta penyingkiran najis , jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyinkirannya.
  • Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Maka perlu cukup air secukupnya.
  • Mulut berbau - tak cukup air akan menggalakkan pembiakan bakteria pada sisa-sa makanan yg tidak dibersihkan..
  • Mulut kering - Air sebagai bahan pelincir mulut .. jadi kurang air akan menjejaskan pengeluaran air liur.

Penyahhidratan yang teruk boleh juga mengakibatkan ...

  • Ketegangan otot- berlaku kerana kurang oksigen sampai keotot melalui salur darah (plasma darah).
  • Kulit - hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan, ia akan terlepas serta merta.
  • Mata - cengkung dan kulit sekeliling mata lembah

Maka Jadikanlah pengambilan air yang kerap sebagai suatu habit atau tabiat..

  • Minum sekerap mungkin sepanjang hari.
  • Mungkin akan kerap ke tandas.. tapi lama-kelamaan tubuh akan biasa.. memerlukan masa untuk penyesuaian.
  • Mungkin anda akan berasa berat badan berkurangan, memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur biasa dengnan keadaan tersebut.

Salam sihat sejahtera dari CG prihatin.

' KESIHATAN merupakan salah satu aset yang maha penting dalam Kehidupan Kita.'

Info-kelestarian alam : Kitar semula -PENGKOMPOSAN

Pembuka bicara..

Salah satu dari pola hidup hijau yang dapat kita lakukan adalah...

Mengurus sampah organik harian kita..
Dengan membuatnya menjadi Baja Kompos (baja organik)

Kebaikannya:
  • Baja kompos dapat mengurangkan penggunaan baja tak organik (baja kimia)
  • Pembuatan baja kompos tidak rumit
  • Tidak memerlukan tempat yang luas ,dan
  • Tidak memerlukan banyak peralatan dan perbelanjaan
  • Baja kompos berguna untuk memperbaiki struktur tanah.
  • Boleh dibuat dengan pelbagai cara dan amat berguna untuk pelbagai jenis tanaman.

Berikut adalah Resipi SJK (C) CHI HWA, SANDAKAN , SABAH

bertajuk : Ke arah Pelestarian Alam Sekeliling : PENGKOMPOSAN

PERALATAN:

  • Cangkul
  • Air
  • Acuan kayu berukuran 4 kaki x 4 kaki x 8 inci ataupun "Wiremesh" yang berukuran 2.5m

KAEDAH PENGKOMPOSAN , 5 langkah berikut :

1. Masukkan sampah dari sisa bahan makanan, rumput atau daun kering ke dalam acuan kayu/ "wiremesh"

2. Masukkan 1% najis ternakan ( najis ayam, najis arnab, najis kambing, najis lembu yang kering) dan air ,kemudian tutup dengan lapisan rumput ataupun daun luruh.

3. Kemudian mampatkan adunan tersebut dengan memijak.

Catatan: Najis ternakan mengandungi bakteria pengurai ; 60% air diperlukan.

4. Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga 3 kaki tinggi.

Balut adunan dengan kanvas atau beg plastik.

5. Balik-balikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan.

Baja kompos akan terhasil selepas 3- 4 bulan.

Faedah Aktiviti Pengkomposan ini juga..

  • Satu aktiviti senaman
  • Satu aktiviti rekreasi
  • Mewujudkan rasa kepuasan dan bangga kerana dapat mengurangan kegunaan sumber melalui aktiviti kitar - semula
  • Mengurangkan masalah /jejak ekologi.

(Sumber bahan artikel dari : Makalah ERA HIJAU , Keluaran No. 4-2007.)

Objektif yang paling penting dari aktiviti kelesterian alam ini adalah :

..Yang paling penting dapat meningkatkan taraf kebersihan dan keceriaan persekitaran..

bagi memenuhi moto : 'Melestarikan Alam Tanggungjawab kita Bersama'

Salam eko- dari CG PRIHATIN.

'Do CARE and LOVE our NATURE'

" Save the FLORA..Save the FAUNA..

Save the ECOSYSTEM..Save the EARTH".

Monday, February 23, 2009

PERIHAL KITAR SEMULA.: Telefon Bimbit Terpakai

Jom Kitar Semula..

Telefon Bimbit Terpakai (TBT) !!


Muqadimah

Program Kitar Semula Telefon Bimbit Terpakai merupakan usaha yang diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar :
  • untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pelupusan selamat Telefon Bimbit Terpakai (TBT)

Secara objektifnya, program ini adalah bertujuan untuk memastikan pelupusan TBT ini dapat diuruskan dengan betul dan tidak dibuang sewenangnya-wenang ke tapak pelupusab sampah.

Tahukah anda..

Bateri telefon bimbit yang terpakai mengandungi bahan logam berat seperti KADMIUM , NIKEL dan LITIUM.

Kesan negatif pada Alam..

Sekiranya bahan -bahan tersebut tidak dilupuskan dengan sempurna , secara kumulutifnya ianya boleh mengakibatkan pencemaran terhadap tanah-tanih serta air bawah tanah yang juga akan menjejaskan tahap kesihatan manusia.

Apakah komponen Telefon bimbit yang perlu dikitar semula?

(i) Keseluruhan komponen telefon bombit

(ii) Bateri telefon bimbit

(iii) Aksesori telefon bimbit terpakai seperti:

  • Pengecas bateri
  • Antenna
  • Bluetooth
  • Handsfree
  • Plastic casing
  • Keypad

Dimanakah Tong Kitar Semula Telefon Bombit ditempatkan ?

Pihak Jabatan Alam Sekitar telah menyediakan tong-tong kitar semula TBT ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Pejabat Jabatan Alam sekitar (JAS) Negeri dan cawangan
  • Sebahagian besar pejabat-pejabat Kerajaan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya
  • Pejabat, Kedai-kedai dan Pusat Servis pembuat Telefon Bimbit.
  • Pejabat dan kedai-kedai pembekal perkhidmatan telefon bimbit di sekitar Lembah Klang dan Putra Jaya.
  • Pusat membeli- belah terpilih.

Sekian. Salam eko- dari CG prihatin.