Friday, January 5, 2018

Jom kenali flora ROSEL di Laman 1A : Laman ROSEL- BUNGA TELANG - POKOK TASBIH

Salam THRM : Jom kenali Laman ROSEL-BUNGA TELANG-POKOK TASBIH





Info-flora : ROSEL

Nama biasa : Rosel
Nama saintifik : Hibiscus sabdarifa

Nama lain : Asam susur , Asam paya
B. Inggeris :  Roselle
Famili : Malvaceae .
Asal-usul : Afrika barat , India

Buah Rosel
Pokok Rosel diLaman THRM
Laman Rosel THRM


Intro- flora


·        Ia merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika.
·         Di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor,

  • Pembiakan melalui biji benih.

Info-flora :

·        Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3 meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun.
·        Mempunyai banyak kegunaan tetapi bahagian penyalut  atau kaliks buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.
·        Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi.
·        Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid dan antosianin.
·         Antosianin adalah pigmen yang memberi warna kemerahan kepada roselle.
·        Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil se cara berterusan.

Info-nutrien Rozel :
Bagi setiap rosel kering,  bagi setiap 100 g , ia mengandungi vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram ; Asid malik 3.31%
·        Dari hasil kajian ,dikatakan juga , bagi setiap 1009 roselle segar :
Protein 1.145 g; Lemak 2.61 g ; Serat –fiber 12g;
Vitamin :  2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1,0.06mg, vitamin B2,  Tiamin 0.117 mg;Niasin 3.765.
Mineral : Kalsium 1,263 g;Fosfor 273.2 mg; Zat besi 8,98 mg; Potasium
Protein 1.145 g;Lemak 2.61 g;Serat 12g
Gula : Fruktosa 0.82%;Sukrosa 0.24%;
Pigmen – antioksiden : Karoten 0.029%; Gossypetin Anthocyanin dan Flavonoid.
Juga mengandung 18 asid amino yang diperlukan tubuh;
Kegunaan:
·        Penyalut bunga atau kaliks roselle boleh diproses untuk dijadikan produk minuman seperti  kordial, dan produk makanan  dalam bentuk pati, jem, halwa, puri dan serbuk.
·        Juga dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan , kosmetik  dan penjagaan diri.
·        Kini telah berkembang  secara komersial dalam industri makanan seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.
Info-khasiat :
Pengambilan rosel biasanya dalam bentuk tonik , jus atau cordial dapat mengatasi beberapa masaalah kesihatan  berkaitan dengan system tubuh kita, termasuklah :
Sistem Pencernaan
·        Membantu melancarkan proses pencernaan
·        Mengawalatur kandungan  gula darah (glukosa) , menghindari kencing manis ( diabetes) , tekanan darah (hipertensi) kolestrol ( obesity- penyakit kardio-vaskular) dan  asid uric ( gout).
·        Mengawal  berat badan - mengatasi  masaalah obesiti
·        Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati 
·        Mengurangi panas dalam (metabolisme tinggi)
·        Bersifat detoksifikasi, membuang racun ( dalam hati-liver)
·        Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh    

# Bertindak sebagai  anti-kanser
·        Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan  untuk mengawal sel-sel kanser dari merebak.
Sistem Pernafasan- respirasi
o   Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
o   Mengubati asma dan alergi.
o   Bersifat  anti - kejang saluran pernafasan
Sistem Peredaran  Darah
·        Melancar peredaran darah.
·        Mengatasi penyakit jantung ( kardiovaskular) dan masaalah darah tinggi.

Sistem Integumen – Kulit
o   Mengubati luka luar dan dalam.
o   Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
Sistem Otot- tulang
·        Mengatasi masaalah kejang otot ( Cramp )
·        Dapat mengurangi risiko osteoporosis
Sistem saraf
·        Menyihatkan mata
·        Mengubati pening kepala/migraine
·        Mengubati sakit tenggorokan-respirasi  dan sawan.
·        Mengatasi masalah stress/tekanan.
·        Menghilangkan sakit sakit di badan.
·        Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak ( mengandungi Omega-3 dan DHA)
·        Mengubati insomnia ( sukar nak tidur)
·        Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
Sistem Imun- pertahanan tubuh
o   Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
o   Membunuh bakteria penyakit TBC
Sistem Perkumuhan- urinari
·        Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang
·        Sebagai  diuretic dan kawalan suhu badan (penurunan suhu )


Cara buat Jem dan jus rosel ( Bahas Inggeris)


Cara membuat Teh Rosel


Rosel dituai utk dijual - hasil THRM 
Home-made  Jus  dan Jem Rosel
(Hasil Air Tangan sendiri yaaa)
            
















Rosel - Berkhasiat untuk kesihatan





















                                                      


































SANTAPAN ROHANI JUMAAT - ISTIGHFAR - PENGHULU iSTIGHFAR - DOA ISTIGHFAR


Sayugia kita hamba Allah yg lemah dan daif  ini  secara istiqamah  beristighfar.memohon ampun kepada Allah ..



Penghulu Istighfar - Bacaan Nasyid oleh  UNIC





Istighfar Interaktif



Qasidah Istighfar

Astaghfirullah- Hijaz     

                   Kuasa Istighfar oleh Ustazah Nurhafizah

Thursday, January 4, 2018

Salam JUMAAT pertama dalam tahun 2018 - 05.01.2018- 17 Rabiul Akhir 1439

Salam Jumaat Pertama 2018..Alhamdulillah..di atsa segala nikmat dan anugerah yang dikurniakan. Thank You Allah.
Moga  tahun ini  berterusan memberi  kecemerlangan dalam kehidupan..seharian bagi semua pembaca blog ini...

THANK  YOU
to All..

THANK YOU 
to
ALLAH.










Wednesday, January 3, 2018

Salam THRM - Pandangan aerial THRM secara menyeluruh -04.01.2018




Salam Ukhrah THRM...


Berlabel Taman , THRM
Pandangan Aerial THRM  yang lebih menyeluruh  menggunakan dron.-  tqvm to Ustazah Ramlah & hubby di atas usaha murni ini. Jazakillahu llah khair Ustazah Lah & Hubby.


Alhamdulillah
Dalam temppoh dua tahun ini

Bermula teroka: sejak November 2015 sehingga kini ...Januari 2018

Pelancaran dan Hari Terbuka secar resmi pada 1hb April 2018.

In Sya Allah.



Pic asal Aerial View THRM - penempatan di kawasn perumahan seksyen 3/Bandar Baru Bangi 






 Wakaf tempat pertemuan Qariah di taman






 Diantara  Sofskap dan Hardskap yang ada di Lanskap 10 Laman THRM ini.



Laman Riadah - Refleksologi - di mana aktiviti riadah Senamrobik ( Rabu ) dan Waitangkung (jumaat) dijalankan..





Tuesday, January 2, 2018

Salam Pengenalan THRM: 1A - Laman ROSEL- BUNGA TELANG- P. TASBIH

Salam Pengenalan THRM buat semua pembaca blog ini. Tqvm kerana  sudi melewati blog saya ini.

Penulisan - perbincangan berfokus kepada Flora-flora yang terdapat di Laman ini.
Berpandukan kepada  Senarai yang dilampirkan di sini, perbincangan berkisar kepada Flora - flora  dan kepentingan  ,juga  kegunaannya secara alami dan pastinya dikaitkan dengan kehidupan seharian.

# Petua - petua / Tips juga diselitkan juga sebagai panduan.

# Mudah-mudahan munafaat yaa...➽







1A

Laman ROSEL - BUNGA TELANG - P. TASBIH


Batas khas: 



Bunga Telang
Clitoria ternatea

 Fabaceae/ Leguminosae

Kacang Botol / K kelisa / **Kacang Sirek
Winged Bean
Four angled bean, Princess Bean, Goa Bean
Psophocarpus tetragonolobus)

Kacang panjang -menggurutu
Vigna sinensis


Kacang Panjang biasa*









Rosel , Hibiscus sabdarifa

Bunga telang di Pokok Moringa Laman


Laman Rosel




Pokok Melati ( Wangian) terdapat di sudut Laman .


Pokok Tasbih , Canna lily


# Pokok DELIMA - Rujuk Laman Buah-buahan



Sunday, December 31, 2017

Salam THRM - Plan Taman Herba Rekreasi Al-MADANI - THRM- 10 Laman + 2L


Salam THRM - Mulai bulan ni akan diperkenalkan Flora  di 10 + 2  Laman di THRM.


# Plan laman mengikut lokasi -aerial view melalaui satelit  menggunakan dron (Anak Pn Rina)



Petunjuk Plan:

Senarai 10 Laman Utama THRM :

1A. Laman ROSEL - BUNGA TELANG -P. TASBIH
2B. Laman WAKAF- ORNAMENTAL- MANDIAN- AROMATERAPI
3C. Laman RIADAH REFLEKSOLOGI
4D. Laman   HERBA
5E.  Laman EDIBEL SAYURAN-ULAMAN
6F.  Laman SITRUS - Famili Limau
7G. Laman  ML - LK - Projek Limau Kasturi
8H. Laman  ZINGIBERACEAE- Famili Halia-Kunyit -Temu- Kantan + Dil\\\\\\\\\\\\\\
9.I   Laman HERBA RUMPAI
10J. Laman  MM - KT BUAH- BUAHAN - Projek Kelulut

* ML : Madani Ladies ; MM : Madani Men

1A : Laman ROSEL - BUNGA TELANG -P.TASBIH
.

2B : Laman WAKAF - ORNAMENTAL- MANDIAN- AROMATERAPI




3C: Laman RIADAH - REFLEKSOLOGI













4D : Laman  HERBA













5E.  Laman  EDIBEL SAYURAN-ULAMAN



6F.  Laman SITRUS - Famili LIMAU














7G. Laman ML- LK - Limau Kasturi













8H. Laman  ZINGIBERACEAE- Famili Halia-Kunyit -Temu- Kantan +  Dil




9I. Laman HERBA RUMPAI












10J. Laman MM-KT - BUAH-BUAHAN



Update  6.01.2018 -Ahad : Insyaallah. 2 laman tambahan ni adalah seperti berikut:

11K - Laman  ARACEAE ( Famili Keladi)

12L - Laman EPIFIT - PAKU PAKIS