Saturday, May 14, 2016

13 Mei 2016 - jumaat - 6 syaaban - Sambutan HARI JURURAWAT ANTARABANGSA - WORLD NURSING DAY


Hari Jururawat Antarabangsa

Jururawat lebih dikenali dengan panggilan MISI...

Sempena menyambut Hari Jururawat Antarabangsa ..ku nostalgia kepada Mak Uda  dan Mak Usu ku. Mereka Ibu-ibu saudaraku yang pernah  berbakti sebagai Jururawat.

Mak Uda bertugas  sebagai jururawat di Hospital Tibi.
Mak Usu bertugas sebagai bidan menyambut kelahiran insan.

Aku bangga dengan mereka. Kini semuanya tinggal kenangan.

Aku pernah menjadi FLORENCE NIGHTINGLE segera bila seorang pelajar tiba-tiba  menggeletar  mungkin akibat entahlah mungkin MALARIA...tak mungkin DENGGI...masa tu aku dirawat sebagi pesakit Demam Denggi.. Disember 2010..5 tahun yg lalu..

Hari Jururawat Sedunia: 10 fakta tentang jururawat

Hari Jururawat Sedunia: 10 fakta tentang jururawat
Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat). - Gambar fail
MEREKA sering menjadi mangsa kemarahan dan rasa tidak senang pesakit, walhal merekalah individu yang bersengkang mata demi menjaga pesakit di hospital.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sering dipandang ringan walaupun peranan mereka cukup penting.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, mari kita lihat serba sedikit fakta tentang jururawat.

1. Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat)

2. Aksesori kepala atau nurse cap diinspirasikan daripada aksesori biarawati yang dikenakan untuk menjaga rambut agar tidak berselerak.

3. Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India, dan ditubuhkan pada 250 sebelum masihi.

4. Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani di dunia. Dia bukan sahaja seorang jururawat tetapi juga seorang bidan dan telah membantu kelahiran 1,300 bayi.

Daripada jumlah itu, hanya dua kelahiran sahaja tidak berjaya.

5. Florence Nightingale, salah seorang ikon kejururawatan moden, sebenarnya hanya bertugas sebagai jururawat selama tiga tahun.

6. Tarikh 12 Mei yang dipilih sebagai Hari Jururawat juga adalah tarikh kelahiran Nightingale.

7. Nightingale paling dikenali kerana khidmatnya merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Krimea dari tahun 1853 hingga 1856.

8. Antara masalah kesihatan yang kerap dialami oleh jururawat adalah sakit tulang belakang (back injury).
9. Satu pertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika adalah lelaki.

10. Kira-kira 41% daripada jumlah jururawat lelaki bertugas sebagai nurse anesthetists, yang bertanggungjawab dalam pengurusan anesthesia.

Ia dianggap sebagai cabang kejururawatan dengan pendapatan paling tinggi.









Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Jururawat Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Nurses Day) ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" (Bahasa Inggeris: Nurses Day).[1] Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.
Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.
Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.[2]

Isi kandungan


Sambutan di UK

Pada 12 Mei setiap tahun, satu upacara akan diadakan di Westminster Abbey, London. Ketika upacara, satu lampu simbolik akan dibawa dari Nurses' Chapel di Abbey dan diserahkan dari seorang jururawat ke jururawat yang lain, sehingga ia sampai ke tangan Dekan yang akan meletakkannya di altar tinggi. Upacara ini menyatakan secara simbolik penyerahan ilmu dari seorang jururawat ke jururawat yang lain. Di gereja St. Margaret di East Wellow, Hampshire di mana letaknya pusara Florence Nightingale, satu upacara khusus diadakan pada hari Ahad selepas hari kelahirannya.[3]

Minggu kejururawatan

Amerika Syarikat dan Canada menyambut Minggu Kejururawatan Kebangsaan dari 9 hingg 15 Mei setiap tahun. Ia pertama kali dimulakan di Amerika Syarikat oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1974. 8 Mei telah dijadikan Hari Jururawat Pelatih Kebangsaan pada tahun 1998. Pada tahun 2003, hari rabu di dalam Minggu Jururawat Kebangsaan di antara 6 hingga 12 Mei, diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Sekolah Kebangsaan.[4]

Tema

Tema MJA untuk Hari Jururawat Antarabangsa:[5]

  • 1988 - Keibuan yang selamat
  • 1989 - Kesihatan Sekolah
  • 1990 - Jururawat dan Persekitaran
  • 1991 - Kesihatan Mental - Jururawat sedang bertugas
  • 1992 - Penuaan yang sihat
  • 1993 - Kualiti, kos dan kejururawatan
  • 1994 - Keluarga yang sihat untuk negara yang sihat
  • 1995 - Kesihatan wanita - Jururawat merintisnya
  • 1996 - Kesihatan yang baik menerusi kajian kejururawatan
  • 1997 - Golongan muda yang sihat = masa depan yang lebih cerah
  • 1998 - Berganding bahu untuk kesihatan komuniti
  • 1999 - Menyambut kejururawatan masa lalu, menjana masa depan
  • 2000 - Jururawat - Sentiasa di sisi anda
  • 2001 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Bersatu menentang kekerasan
  • 2002 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Menyayangi keluarga
  • 2003 - Jururawat: Menentang stigma AIDS, bekerja untuk semua
  • 2004 - Jururawat: Bekerja dengan yang miskin; menentang kemiskinan
  • 2005 - Jururawat untuk keselamatan pesakit: Mensasarkan pada ubat palsu dan pengubatan substandard
  • 2006 - Perjawatan yang selamat dapat menyelamatkan nyawa
  • 2007 - Persekitaran amalan positif: Tempat kerja berkualiti = Penjagaan pesakit berkualiti
  • 2008 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului penjagaan kesihatan utama
  • 2009 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului inovasi penjagaan
  • 2010 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului penjagaan kronik.
  • 2011 - Merapatkan jurang: Menambah akses dan ekuiti

Monday, May 9, 2016

10 Mei 2016 - 3 Syaaban - Terapi Patukan Ular Tedung - Pokok EKOR Ular


Terapi Patukan Ular tedung

Pokok Ekor Ular Merupakan Penawar Bisa Ular Tedung.
Berikut merupakan sedikit perkongsian tentang kebaikan pokok ekor ular yang mampu menjadi penawar kepada bisa ular tedung. Petua ini telah dikongsi oleh seseorang di laman sosial facebook. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Khasiat Pokok Ekor Ular Penawar Bisa Patukan Ular
Salam semua, kira-kira lima tahun lepas ketika saya bertugas di Kilang Plastik Teknik Nilai saya pernah membantu untuk menghantar seorang warga Nepal bernama Encik Safee ke GH Seremban kerana dipatuk ular tedung semasa sedang mengangkat palet dalam kilang kira-kira jam sembilan pagi. Saya hantar beliau ke GH serta berjumpa doktor pada jam lebih kurang lima petang. Hairan doktor kenapa Safee tidak mati dan nampak tidak cedera dengan serius setelah lapan jam terkena patukan ular tedung berbisa.
Apabila saya siasat, rupanya Safee merupakan bekas tentera gerilla di Nepal dan mempunyai ilmu dalam kelangsungan hidup di dalam hutan ( jungle survival ). Sebaik sahaja beliau dipatuk si tedung, Safee telah berlari ke dalam semak dan memakan pangkal pokok ekor ular ( rujuk pada gambar ).
Jangan lupa bantu kami sebarkan tentang kelebihan pokok ekor ular ini dengan sharekan di wall-wall fb anda atau klik pada simbol g+1.
Pokok Ekor Ular
Copy phase.

kOLEKSI lAGU -LAGU ibusempena Hari Ibu

Kenangan mengusik Jiwa setiap kalinya  Hari Ibu hadir.. Aku pasti tidak lupa unuk menalifon khas untuk ibu tercinta..just tu say " SELAMAT HAR IBU.. I LOVE U.."... Kini sudah 20 tahun berlalu ..Tarikh 04 0G0S pergi ibuku buat selamanya..



Khas semua  yang bergelar IBU...

puisi - lAGU-LAGU uNTUK IBU - MAMA- UMI - MUMM- MOM - MOTHER

PUISI RINDU UNTUK IBU ....







mawar puteh buat mama


syURGA DI TEALAPAK kAI IBU


lAGU iBU OLEH p. rAMLEE





8 MEI 2016 - 1 SYAABAN 1437 - AHAD - SELAMAT HARI IBU - HAPPY MOTHER'S DAY

SELAMAT HARI IBU - HAPPY MOTHER'S DAY



arikh sambutan hari ibu 2016 di Malaysia dan hukum 12:04 Redaksi Admin Share the post "Tarikh sambutan hari ibu 2016 di Malaysia dan hukum" Tarikh Hari Ibu 2016 Malaysia Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya di Malaysia hari ibu akan disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei dan untuk tahun ini adalah pada 8 Mei 2016 Kenapa Perlu Sambut Hari Ibu? Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan serta mengembirakan ibu atau bapa Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut DokumenSambutan yang sederhana dan tidak membazir DokumenSambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah DokumenSebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya Ada Sesetengah Pendapat Mengatakan Sambutan Hari Ibu Adalah Haram Bagi Orang Islam Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian DokumenGreek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka DokumenRoman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars Kesimpulan Selebihnya, penulis memang tidak layak untuk menghuraikan mengenai hukum sambutan Hari Ibu Terpulang kepada anda hendak sambut atau tidak. Jika mahu meraikannya hendaklah berlandaskan dengan Ilmu dan jangan main ikut sahaja apa orang lain buat Sebagai panduan mengenai perkara ini sila layari atau klik pada judul pautanTunjuk Link Bolehkah Menggembirakan Ibubapa dengan hari ibu atau hari bapa

Pautan Sumber Asal » mysumber.com


Hari Ibu

Hari IbuDari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Hari Ibu
Kartu pos yang diterbitkan oleh Northern Pacific Railway untuk Hari Ibu di Amerika Serikat pada tahun 1915
Dirayakan oleh Hampir seluruh dunia
Makna Menghargai peran seorang ibu
Tanggal Variatif; menurut negara
Berhubungan dengan Hari Ayah, Hari Orangtua, Hari Anak
Hari Ibu adalah hari peringatan atau perayaan terhadap peran seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, maupun lingkungan sosialnya.
Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan membebastugaskankan ibu dari tugas domestik yang sehari-hari dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, merawat anak, dan urusan rumah tangga lainnya.
Di Indonesia hari ibu dirayakan pada tanggal 22 Desember dan ditetapkan sebagai perayaan nasional.
Sementara di Amerika dan lebih dari 75 negara lain, seperti Australia, Kanada, Jerman, Italia, Jepang, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Hong Kong, Hari Ibu atau Mother's Day (dalam bahasa Inggris) dirayakan pada hari Minggu di pekan kedua bulan Mei. Di beberapa negara Eropa dan Timur Tengah, Hari Perempuan Internasional atau International Women's Day diperingati setiap tanggal 8 Maret.

Daftar isi


Sejarah

Hari ibu di Amerika Serikat dirayakan pertama kali pada tahun 1908, ketika Anna Jarvis mengadakan peringatan atas kematian ibunya di Grafton, West Virginia.[1]

Pada tahun 1908, Kongres Amerika Serikat menolak proposal untuk menjadikan Hari Ibu sebagai hari libur nasional.[2] Pada tahun 1911, seluruh negara bagian di Amerika Serikat menjadikan Hari Ibu sebagai hari libur.[2] Pada tahun 1914, Woodrow Wilson menandatangani deklarasi untuk menjadikan Hari Ibu sebagai hari libur nasional.[3]




lAGU kHAS UNTU IBU.


Wednesday, May 4, 2016

5 MEI 2016 - khamis - 27 REJAB 1437 - ISRAK Dan MIKRAJ hari ini..



      Selamat Menyambut Israk Mikraj 2016



Bulan Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam islam, setiap umat Islam pasti menantikan bulan ini setiap tahun dimana pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar biasa yang mengemparkan serta menakjubkan fikiran , iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.
Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat cuma memakan masa 1/3 malam.
Banyak peristiwa yang dialami dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.

Sehubungan itu, Umat Islam perlu yakin dan percaya bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku tanpa pengetahuan Nabi Muhammad SAW dan pengembaraan ini berlaku ketika baginda dalam keadaan sedar dan tidak ditidurkan.








Terapi Kanser : Pokok Rerama - penemuan terkini


Pokok Rerama Daun Hijau
Pokok rerama berdaun hijau
Nama saintifik pokok rerama atau rama-rama ini adalah Mariposa Christia Vespertillonis. Ianya popular dengan gelaran Butterfly Wing. Habitat asal adalah di rantau Asia. Ianya berketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.

Daun pokok rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.


Spesis pokok rerama berdaun hijau inilah yang bernilai tinggi dalam perubatan.


Berikut pula adalah pelbagai jenis dan warna daun pokok rerama.
Pokok Rerama Daun Ungu (purple)
Pokok rerama berdaun ungu
Pokok Rerama Daun Hijau Berbelang
Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda  
Pokok Rerama Daun Merah
Pokok rerama berdaun merah
Pokok Rerama Daun Belang Ungu
Pokok rerama berdaun hijau belang ungu
Pokok Bunga Daun Rerama Ungu
Pokok bunga rerama hiasan

Khasiat Daun Pokok Rerama

Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi 'active ingredient' yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan. - sumber

Untuk maklumat serta informasi yang lebih terperinci tentang khasiat daun pokok rerama ini anda boleh layarinya di : http://www.daunreramarama.com/


Pokok Rerama Berdaun Hijau
Pokok rerama berdaun hijau ini hanya boleh didapati dalam hutan tetapi kini ianya telah ditanam secara komersial kerana stok secara semulajadinya yang semakin berkurangan. 


Kini... Fahamlah aku bahawa pokok daun rerama ini ada pelbagai jenis dan spesis. Rupa-rupanya yang berharga dan digunakan untuk perubatan adalah daun pokok rerama berdaun hijau sahaja.

Pokok Bunga Hiasan

Spesis pokok rerama yang aku tanam ini rupanya hanyalah spesis pokok bunga hiasan sahaja dan daun keringnya tidak punya nilai pun.

Spesis pokok bunga daun rerama ini juga tidak berbatang atau tumbuh meninggi seperti spesis pokok rerama perubatan. Ianya lebih menjurus kepada spesis keladi dengan satu batang tiga daun. Daunnya pula hanya berkembang di siang hari dan kuncup sepanjang malam.

Pokok bunga daun rerama ini sangat cantik dijadikan pokok bunga hiasan di dalam pasu di rumah. Bukan sahaja daunnya yang memikat hati, bunganya juga cantik dan mempersonakan!


Pokok Bunga Daun Rerama Hiasan
Pokok bunga daun rerama kepunyaanku
Bunga Pokok Rerama Hiasan
Close up: Bunga pokok reramaku

Pokok bunga daun rerama tidak sukar dijaga. Paling penting, ianya tidak boleh terkena sinaran matahari secara terus kerana tidak tahan panas tetapi tetap perlukan cahaya yang cukup.

Selain itu, pokok bunga daun rerama ini perlukan siraman yang kerap dan jangan gunakan baja yang kuat atau banyak kerana daunnya mudah melecur.

Semoga informasi ini dapat memberi sedikit ilmu buat bersama. Terima kasih bersama BinMuhammad... :)

Saturday, April 30, 2016

kONSERVASI - TAMAN LAUT KHAZANAH NEGARA


TAMAN LAUT Malaysia


Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia.
Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya.
Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan di Johor empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.[1]
Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia. Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya. Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan di Johor empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan. Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut. Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan. Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman Laut,JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa. Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Pengurusan

Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.
Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan.

Pembiakan Ikan


Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman Laut,JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa.
Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Senarai taman lauT





  1. Taman Laut Pulau Payar
  2. Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu
  3. Taman Laut Pulau Kuraman
  4. Taman Laut Pulau Rusukan Besar
  5. Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan
  6. Taman Laut Pulau Tinggi
  7. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
  8. Taman Laut Pulau Tioman
  9. Taman Laut Pulau Perhentian






tAMAN lAUT mALAYSIA