Wednesday, March 30, 2016

Perihal POKOK PISANG ( Musa spp )

 Perihal PISANG

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihat Pisang, Nepal‎.
Pisang
Buah pisang
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
(tiada peringkat): Commelinids
Order: Zingiberales
Famili: Musaceae
Genus: Musa

Daun pisang yang siap dibungkus untuk diedarkan kepada penjual nasi lemak dan kuih-muih.


Isi kandungan


Penamaan kultivar

Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan Musa balbisiana diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid M. acuminata dengan M. balbisiana ini dikenal sebagai M. ×paradisiaca.
Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama kelompok kultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana Musa untuk pembahasan lebih mendalam.
Contoh:[1][2]

Penanaman

Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam. Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu kultur. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.

Pembalutan tandan pisang

Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut selepas jantung pisang dipotong apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung Pisang berangan kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya akan pahit. Masukkan plastik pembalut untuk melindungi tandan pisang dari serangan perosak dan penyakit. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Burung, Tupai dan sebagainya. Kebanyakan petani Malaysia menggunakan plastik nipis berwarna biru untuk membalut tandan pisang. Antara faktor yang boleh dijelaskan ialah:
  • Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
  • Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
  • Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang, mudah dilihat (separa lutsinar), dan banyak dijual di kedai pertanian.

Khasiat

Membekalkan tenaga

Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. [3] Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

Kegunaan

Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni dan malah untuk tenunan pakaian. [4] Serat pisang yang digunakan dikenali sebagai serat Abaka.[5] Di Okinawa, Jepun, baju yang dihasilkan dari serat pokok pisang dikenali sebagai Bashofu[6] dan kesenian menghasilkannya pula dikenai sebagai Kijōka-bashōfu.
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.
Kulit pisang yang terhasil sebagai bahan sampingan dari pembuatan makanan lain seperti kerepek, juga boleh diproses melalui proses penapaian untuk penghasilan alkohol dan cuka makan.[7]

Penuaian

Pokok pisang yang telah menghasilkan buah akan dipotong atau ditebang bagi mengambil tandan pisang dan memberikan anak pokok pisang yang baru tumbuh. Dalam amalan ladang komersil hanya 2-3 anak pokok sahaja yang akan dibiarkan membesar untuk mendapatkan buah pisang yang berkualiti. Batang pisang digunakan sebagai makanan ternakan haiwan dengan meracik-racuk dan boleh digunakan sebagai bahan asas untuk baja kompos. Hampir 90% batang pisang yang ditebang di Malaysia dibiarkan begitu sahaja untuk pereputan selepas menebang pokok pisang.

Umbut batang pisang

Batang Pisang merupakan komponen utama dalam pokok pisang yang mempunyai beberapa lapisan kulit dan tumbuh menegak tanpa cabang. Batang pisang mengandungi air yang banyak dan ada ruang udara didalamnya. Di bahagian tengah batang pisang adalah bahagian tisu lembut berwarna putih yang dipanggil sebagai umbut pisang atau empulur pisang.
Umbut Pisang boleh diperolehi dengan memotong batang pisang (pilih jenis pisang yang sesuai seperti Pisang Nipah, Pisang Berangan, Pisang Awak) dan sebaginya untuk dijadilan umbut pisang. Bagi kegunaan sendiri batang pisang dtpotong sepanjang 1.0 - 1.5 meter dan dibuang bahagian kulit luar berwarna coklat kehitaman selapis demi selapis sehingga sampai kebahagian umbut pisang dibahagian tengah yang berwarna putih cerah. Di Surabaya, Indonesia umbut pisang dipotong sepanjang 1.5 - 2.0 meter dan dibawa ke pasar dengan kereta untuk dijual kepada penggemar makan umbut pisang. Memang mudah untuk mendapatkan bekalan umbut pisang berbanding dengan mendapatkan bekalan umbut batang kelapa, umbut batang nipah, umbut batang Nibung atau umbut rebung buloh. Belum banyak maklumat mengenai kandungan permakanan atau nutrisi yang terkandung dalam umbut batang pisang. Ia sesuai untuk dijadikan ulam.

Pisang dan kesihatan

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)[8]

Jenis pisang


Falsafah FLORA dalam Kehidupan - Belajar Falsafah Hidup Dari Pohon Pisang

BELAJAR FALSAFAH HIDUP DARI POHON PISANG
(Musa spp.)
Famili : Musaceae
Jadilah POKOK PISANG.

POKOK PISANG kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya: Kesetiaan dalam Perkahwinan.

*********************************************************************************

1
Sebatang pohon pisang tumbuh di atas tanah, ia hanyalah pohon seperti tumbuhan yang lain. Pohon ini hanya tumbuh mengikuti hukum alam ketentuan Tuhan. Sepintas ia hanyalah pohon biasa yang tak ada kelebihan yang menarik perhatian sebagaimana sekuntum bunga yang mengundang kupu-kupu yang cantik untuk hinggap menghisap sarinya. Namun, tidakkah kita perhatikan hal berikut ini?

Pohon pisang sebenarnya memiliki kehebatan yang dapat kita teladani. Pertama, pohon pisang itu dalam proses bertumbuh, jika ditebang sampai putus batangnya, maka ia akan tumbuh lagi persis dari pusat batangnya. Tak peduli berapa kali ia dibabat batangnya sampai putus sekalipun, ia tetap tumbuh dan tumbuh lagi sampai dewasa dan berbuah. Ini seharusnya memberi ilham kepada kita yang diberi akal yang cerdas sebagai manusia--makhluk yang paling sempurna--agar bisa meniru tabiat alami si pohon pisang tersebut.

Yang namanya kehidupan, pasti penuh cobaan/ujian, sering jatuh bangun, suka duka silih berganti, dan kadang gagal berkali-kali. Mengetahui fenomena ini, sudah seharusnyalah kita bisa mencontoh tabiat si pohon pisang ini. Sesering atau separah apapun kita terjatuh (baca: gagal), maka seperti si pohon pisang, kita harus bertumbuh lagi, bangkit dengan semangat yang lebih dahsyat. Tak peduli berapa kali kita ditebang oleh kegagalan lalu tumbang, maka sebanyak itu pula kita bangkit dan tumbuh lagi. Janganlah kita berhenti bertumbuh hanya karena sebuah kegagalan, tapi jadikan kegalan itu sebuah proses pemelajaran untuk meraih keberhasilan yang leibh dahsyat. Selama tubuh kita masih bernafas, selama itu pula sukses masih bisa kita raih. Seperti langit yang gelap gulita ditelan malam, pasti esok hari mentari akan bersinar lagi…, pasti!!!
Kedua, ternyata pohon pisang itu baru akan mati setelah ia berbuah, memberikan yang terbaik untuk kehidupan. Ini sungguh luar biasa…! Hal inilah yang seharusnya kita renungkan dalam-dalam. Kita sebagai manusia yang berakal dan sempurna, sudahkah kita renungkan…, apa yang sudah kita berikan untuk kehidupan ini? Apa yang sudah kita berikan untuk keluarga, lingkungan, masyarakat, bangsa, dan negara [sebelum kita meninggalkan dunia ini ?

Pohon pisang hidup untuk berbuah dan mati setelah meninggalkan manfaat. Jika kita bisa hidup seperti itu, tentu kita adalah pahlawan sejati. Namun kita sering lupa, banyak dari kita yang lupa diri dalam mengejar dunia, terlalu memikirkan diri sendiri, kesenangan dan kemakmuran diri sendiri, sampai-sampai kadang melupakan orang lain yang membutuhkan sesuatu yang bisa kita berikan. Banyak sekali orang lain di negeri kita tercinta ini yang nasibnya kurang beruntung dan membutuhkan uluran tangan kita. Bangsa ini pun merindukan bangkitnya manusia-manusia unggulan yang bisa membawa negeri ini menuju negeri yang aman, makmur, adil, dan sejahtera. Konon katanya negeri kita “gemah ripah loh jinawi”, seharusnya rakyatnya pun juga makmur berkelimpahan. Mungkin itu yang harus menjadi perjuangan kita bersama.

Dan pada kenyataannya hidup kita akan berakhir, itu adalah hal yang pasti dan tidak bisa ditawar-tawar lagi. Maka sesuatu yang berharga yang akan dan atau telah kita berikan untuk kehidupan inilah yang bisa memberikan kenangan nan indah penuh makna bagi generasi penerus kita, bukannya apa yang kita ambil dari kehidupan ini untuk menikmati masa hidup kita yang sementara. 

Sebagaimana harimau mati meninggalkan belang, rusa mati meninggalkan tanduk, dan gajah mati meninggalkan gading, maka kitalah yang menentukan apa yang akan kita tinggalkan. Apakah kita ingin nama kita akan tetap hidup dengan keharumannya walau kita sudah tiada, ataukah justru sebaliknya…, pilihan ada di tangan kita!

Pohon pisang saja mati setelah berbuah, bagaimana dengan kita sebagai manusia?



0110738.blog.unikom.ac.id/belajar-falsafah.2ld


















1. Jadilah BUAH JAGUNG  , jangan  jadi BUAH GAJUS

JAGUNG membungkus bijinya yang banyak, sedangkan Buah GAJUS  menunjukkan bijinya  yang cuma ada satu.

Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


3. Jadilah BUAH DURIAN, jangan BUAH KEDONDONG.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang  berduri tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis

30 Mac 2016 - Rabu -MHI TV3 Pertemuan dgn Mangsa Highland Towers - Nurhamidah - selepas 23 tahun

Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower, Hamidah Dengan Wira Mereka Diringi Tangisan Dan Suasana Pilu 






Kuala Lumpur: "Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Zaman Khan dan pegawai serta anggota bomba yang menyelamatkan kami," itulah luahan 'bayi ajaib' yang berjaya diselamatkan dalam tragedi runtuhan Highland Tower pada tahun 1993 lalu.

Nur Hamidah Nadjib, 24, yang ditemani ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, ke Sri Pentas dilihat tidak dapat mengawal emosi apabila ditemukan dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan pagi tadi.

Umi dan Hamidah telah berjaya diselamatkan selepas 3 jam terperangkap dalam tuntuhan berkenaan di mana ketika itu Hamidah masih bayi.

"Hanya ucapan terima kasih dan doa supaya semua mereka diberkati Allah SWT mampu diucapkan atas kebaikan mereka," katanya dipetik laporan Harian Metro.

BACA: Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba

BACA: Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini?

BACA: Nur Hamidah Cerita Detik Cemas Semasa Runtuhan yang Diceritakan Oleh Ibunya

Suasana Sri Pentas yang mulanya agak meriah bertukar menjadi sebak dan pilu apabila buat pertama kali selepas 23 tahun dua beranak itu dipertemukan dengan pihak yang menyelamatkan mereka.

Menurut Umi Rasyidah, mereka pernah cuba untuk mengesan wira-wira yang menyelamatkan mereka ini namun gagal sehinggalah mereka bertemu hari ini.

Pertemuan penuh emosi itu telah disiarkan secara langsung oleh TV9 pada jam 12 tengah hari tadi.

Selepas ini, Hamidah dan Umi dijadualkan akan bertemu dengan anggota dan pegawai bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang terbabit dalam operasi menyelamat 23 tahun lalu itu.



Sementara itu, Zaman berkata, dia bersyukur dan gembira dengan pertemuan berkenaan.

"Saya dah usaha untuk bertemu dengan mereka sejak dulu lagi..kini baru diizinkan Allah.

"Saya harap pertemuan ini akan jadi titik permulaan kepada hubungan yang sudah terjalin secara tidak langsung dalam tragedi 23 tahun lalu itu," katanya. - Siakapkeli.my

Wawancara khas Tan Sri Datuk Zaman Khan menyelamatkan Baby girl Hamidah





26 -27 MAC 2016 - Sabtu -Ahad - Bengkel Penulisan Novel Kreatif di ARAs PARTNER- HARYANI KAMILAN

Bengkel Penulisan  Novel Kreatif di ARAs PARTNER- HARYANI KAMILAN


















 27 03 2016 - Hari ke2




Tragedi The HIGHLAND TOWERS - 11 Disemberr 1993


Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini? 



Baru-baru ini, pihak Siakap Keli ada menyiarkan satu luahan hati seorang pegawai bomba yang ingin berjumpa semula dengan kanak-kanak yang diselamatkan olehnya, Nur Hamidah Najib, ketika tragedi Highland Tower pada 1993.

Baca : Saya Nak Sangat Jumpa Nur Hamidah - Pegawai Bomba

Difahamkan, ketika kejadian kanak-kanak berkenaan berumur 18 bulan dan sudah pasti berdasarkan tarikh kejadian itu kanak-kanak ini sudah berumur 24 tahun.

Disebabkan viral luahan hati tersebut, rakyat-rakyat Malaysia yang prihatin membantu secara tidak langsung menjejak dimanakah kedudukan Nur Hamidah.

Menerusi inbox Siakap Keli, seorang likers, Mohd Haizal berkata dia percaya salah satu akaun Facebook yang bernama Nur Hamidah merupakan milik adik Nur Hamidah yang diselamatkan oleh pegawai bomba tersebut.

Sebaik mendapat info tersebut, kami terus sahaja menyelusuri timeline Nur Hamidah dan mendapati ada satu status dan komen yang menjadi petanda bahawa Hamidah ini adalah Hamidah yang diselamatkan oleh pegawai bomba tersebut.

Nur Hamidah memuat naik beberapa keping gambar dokumentari tragedi Highland Tower 1993 dan diletakkan pada tarikh 11 Disember 1993. Berdasarkan tarikh komen-komen pada gambar-gambar tersebut, ia dimuat naik oleh Hamidah pada 12 Ogos 2012.

Bersama status itu Hamidah meletakkan kapsyen "tragedi bersejarah".





29 MAC 2016 - SELASA - 20 JamidulAkhir 1437 - Hari ini dalam Sejarah - Hari Jadi - Hari Lahir Ku .


SELAMAT HARI JADI - HARI LAHIRKu yang ke .....Biarlah Rahsia..



From FAmili - YANA -OYA- SYA- IRA
Set Hidangan  Nasi Ayam Grilled


Manjakan diri di MIDVALLEY
Birthday Gifts daripada  NEW YORK SOLUTION  Untuk Rawatan  Wajah  dan  YUN NAM Hair Care




 Rawatan Wajah- mengambil masa 3 jam- 1 jam consultation
2 jam rawatan ..20-20-20-20.... 11.00n- 1.30pm




Rawatan Rambut  - 2jam - Rawatan Herba - 2.00.-4.00pm











From Famili   OYA- JIJOI - ZIDAN
From Famili YANA - KHAIRIL - TEHA- AISHAH- KHALIF