Monday, September 12, 2011

Tip Sihat Gaya Rasulullah

Hari ini..12 September 2011...Hari Isnin...15 Syawal 1432

ke Pusat Sumber SMKJ3 ...melepas rindu terhadap PSS ..dan rindu untuk menulis...


...tatkala mengemaskini bahan-bahan buku di REDSPOT terjumpa buku ini...
tertarik dengan tajuk :

"365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH " oleh Dr. Mohammad Ali Toha (Dr. MAT)
[email: docmat59@yahoo.com. ]


PTS MILLENIA SDN BHD.

(www.pts.com.my)

...Ingin berkongsi ilmu berkaitan isi kandungan secara seimbas lalu...moga kalian yang membaca blog saya ini mendapat munafaatnya..

Tertarik dengan mukadimah buku ini...

" Setiap manusia dambakan kesihatan.
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana, badan yang sihat,emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni....dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari."

Penyembuhan Pintar =PP =(Smart Healing)...
.....merangkumi Petua Pintar HIMMAH..

H : Halal
I : Islami ( 3 elemen PP : Islam-Iman- Ihsan)
M: Munafaat
M: Murah
A : Aman = Selamat
H : Holistik


Cara Kerja Penyembuhan Pintar

Langkah- langkah menuju kearah kesihatan Islami adalah seperti berikut:

1. Membentuk tanggapan iaitu:

a. mengubati penyakit hati
b. Menyakini aspek-aspek penting kesihatan islami yang meliputi:

  • Allah adalah tuhan sekelian alam,
  • Allah melebihi segala sesuatu,
  • Allah mencipta dan mengatur perjalanan sistem,
  • Quran sebagai panduan hidup,
  • Manusia adalah khalifah atau wakil Tuhan di muka bumi,
  • Penyakit, rasa sakit dan kesihatan dalam kekuasaan Allah,
  • Allah mendatangkan penyakit dan menghilangkannya,
  • Allah memberikan rezeki termasuk kesihatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
  • Nabi menonjolkan cara hidup sihat dan memerintahkan kita supaya berubat apabila sakit,
  • Memupuk semangat nafs al-muthmainnah supaya selamat dunia dan akhirat.

Kita juga perlu memiliki paradigma berikut:

c. Menjadi sihat itu mudah,
d. Menjadi sihat itu murah,
e. Semua perbuatan harian kita menyihatkan,
f. Penyakit dapat dicegah,
g.Penyembuhan tidak semestinya memerlukan tindakan luaran malah ubat seringkali tidak diperlukan.
h.Kita dapat mengubati diri sendiri menurut cara yang mudah dan murah.


Kaedah penyembuhan pintar termasuklah :

  • Menjaga pemakanan
  • Mengoptimumkan ibadah
  • Berdoa
  • Menufaatkan ubat yang diambil daripada ramuan nabi
  • Menambah baik persekitaran
  • Menyusun langkah bagi menyembuhkan pesakit
  • Menyusun langkah bagi meningkatkan kualiti hidup termasuklah program pencegahan dan penyembuhan penuaan sebelum masa dan penyakit degeneratif,
  • meyempurnakan kesejahteraan hidup dalam konteks yang lebih luas bagi mencapai kebahagiaan sejati.
Menurut Dr MAT ,kaedah ini telah terbukti dapat menyembuhkan penyakit termasuklah ulser, angin ahmar (strok), hepatitis, lelah (asma), darah tinggi dan lain-lain penyakit kronik ( mungkin kanser juga...)

365 Kapsul Pintar Nabi ( Kapsul KPN)...

1 Punca kebakhilan...
adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia.

Akibatnya: Mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur =insomnia. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit peparu.

2. Marah ...
adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan.

Akibatnya: Menyebabkan tangan menggeletar wajah memerah dan jantung berdegup kencang.

Perasaan marah...membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kpd risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.

Baru 2...ada lagi 363 Kapsul KPN ini ..

Jika berminat nak tahu yang lain... boleh dapatkan buku tersebut. Harga : RM 10.90.

Tak laratlah nak tulis semua...saya sendiri akan berusaha untuk dapatkan buku ini... cukup hanya sebagai mukadimah ya...ok..lagipun Hak cipta terpelihara bagi Dr. MAT...betul tak..betul...


Ok.. setakat ini sahaja ya... jumpa lagi..sekadar melepaskan rindu..


Cg Fuziah Sulaiman.

Monday, May 16, 2011

Hari AIDS sedunia...2011

Hari AIDS Sedunia..

Kesian mereka yang ditakdirkan hidup dengan virus HIV ini... yang paling kesian bayi- kanak-kanak yang terjebak dengan penyakit ini..

Kita yang bernasib baik terhindar daripada penyakit ini...perlu berasa amat bersyukur kerana kita bukan mangsa AIDS...

Nanti ingin nostalgia balik berkaitan dengan sejarah AIDS di Malaysia.. one day.. and the latest statistics..

Kepada Mereka yang malang ini..hadapilah ujian ini setabah mungkin..ada hikmah disebalik apa yang berlaku....memang...Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Adios. Wassalam. Cg Fuziah.


SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari guru buat insan bernama GURU - SIFU - TEACHER...
termasuk diri saya sendiri..sejak tahun 1984 hingga kini..CG BIO-SAINS..dah nak bersara ...2013
walaupun asalnya saya seorang veterinar...ambil kursus Diploma Animal Health & Production di ITM (1973).. tapi tak menyesal jadi cg ...kerana mendapat kepuasan sesungguhnya melihat kejayaan anak didik...

Mula mengajar di SMK Sg Pelek Sepang ..24 April 1984 - 1985.. dapat bertukar ke SMK Yu Hua Kajang hingga 1994... dan bermula episod saya sebagai perintis SMKJ3 BBB hingga sekarang....Lebih daripada 26 tahun ..seusia TV3..

Kalau nak cerita pengalaman...boleh buat sebuah buku..mungkin satu hari ..akan terbit sebuah buku berjudul.." Memoir seorang GURU ...Cg FUZIAH " .., Tunggu bersara dulu kut... Insyaallah..

Semalam.. sekolah kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah...nanti gambar-gambar ... saya letak difacebook ya... sederhana tapi meriah.. yang penting..semua pihak terutama pelajar bersungguh-sungguh dan ikhlas meraikan kami ..warga Guru..rasa amat dihargai.. Terima Kasih ya..

Tema hari Guru : Guru Penjana Transformasi pendidikan Negara..

dan paling best dapat berita baik- buah tangan dpd PM... dinaikkan taraf Guru ke
1Guru Biasa
2Guru Kanan
3 Guru Cemerlang-
4 Guru Pendita

Anyway.. Selamat Hari Guru ... buat semua Guru di Malaysia

Wassallam. Cg Fuziah.

Sunday, May 8, 2011

La' Tahzan ...Jangan bersedih

La' Tahzan ..Jangan Bersedih

Karya Fenomenal ..Dr 'Aidh al-Qarni

..Dikatakan buku terlaris di Timur Tengah


Katanya...Buku ini untuk semua orang, yakni siapa saje yang ingin hidup bahagia!


Kutanamkan didalamnya mutiara, hingga tiba saatnya ini dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan..

Kerana kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India..

Milik Allah-lah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona.


- Nukilan 'Aidh al-Qarni.


Terima kasih kepada sahabatku Mastura Abdullah kerana sudi meminjamkan buku ini...ia amat berharga buat diriku..yang sering dilanda kesedihan..Ujian Allah sepanjang hayatku...Tqvm.

Jumpa lagi. Wasallam.





Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu buat semua wanita bergelar ibu termasuklah diriku...punya empat permata hati...

Sepanjang hari ini ..dari subuh ke malam..ku lalui...

Bermula dengan Coretan pagi ..tentang Jasa ibu dari radio IKIM..radio favourite
.. lagu Mawar Putih buat Mama.. dendangan Sharifah Aini ...bagaikan trademark.. selain dari lagu Ayah & Ibu dari Sudirman Hj Arshad ..

Ku hayati lagu Allaryarham P. Ramlee... tersasar ke U-tube untuk semua lagu IBU..nama pun Hari IBU...tetapi banyak lagu ...Lagu Kasihnya Ibu dendangan Sharifah Aini amat menusuk kalbu kan...

..Kasihnya Ibu..membawa ke syurga..Kasihh ayahnya berkorban nyawa..


Bukan apa... saje hiburkan hati sendiri..sempena Hari Ibu..sambil mengenang Ibu yang telah pergi 5 tahun yg lepas ....termasuk mak-mak saudara yang telah menyusul... dan giliranku..entah bila ya..

Itu kan lumrah hidup... Kematian itu adalah pasti... sempat juga menjengah kisah di alam kubur...sungguh menginsafkan... Subhanallah...

Amin. Yarabula'lamin. Wasallam. Jumpa lagi ya..




Tuesday, April 26, 2011

A Come Back...2011

Well..a come back..after a long time..rindu nak menulis semula.. so much to share..so much things happen dalam tempoh terdekat...

Masih seperti dulu... menunggu masa untuk menghadapi era baru ...Era BERSARA.. 2013.. Nanti sembang-sembang lagi ya..

Adios.CG FUZIAH.

Thursday, June 10, 2010

JUN yg telah Muncul

Jun yang telah muncul.. ..banyak perkara berlaku semasa bulan Mei.. tak dapat nak catatkan..
Peperiksaan Pertengahan tahun dah lepas.. kini sekolah cuti untuk pengggal ke2 ..
12 jun hingga ke 19 Jun -- 2 minggu...boleh tumpu sepenuhnya memeriksa .... kertas
f3 sains - 45 + 43 ; f4 Bio (4B).- 36 ; f5 Bio (5D) - 40 = 164 pelajar..Saya Yg Menurut perintah...

Wasallam. Nanti tulis lagi..