Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari guru buat insan bernama GURU - SIFU - TEACHER...
termasuk diri saya sendiri..sejak tahun 1984 hingga kini..CG BIO-SAINS..dah nak bersara ...2013
walaupun asalnya saya seorang veterinar...ambil kursus Diploma Animal Health & Production di ITM (1973).. tapi tak menyesal jadi cg ...kerana mendapat kepuasan sesungguhnya melihat kejayaan anak didik...

Mula mengajar di SMK Sg Pelek Sepang ..24 April 1984 - 1985.. dapat bertukar ke SMK Yu Hua Kajang hingga 1994... dan bermula episod saya sebagai perintis SMKJ3 BBB hingga sekarang....Lebih daripada 26 tahun ..seusia TV3..

Kalau nak cerita pengalaman...boleh buat sebuah buku..mungkin satu hari ..akan terbit sebuah buku berjudul.." Memoir seorang GURU ...Cg FUZIAH " .., Tunggu bersara dulu kut... Insyaallah..

Semalam.. sekolah kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah...nanti gambar-gambar ... saya letak difacebook ya... sederhana tapi meriah.. yang penting..semua pihak terutama pelajar bersungguh-sungguh dan ikhlas meraikan kami ..warga Guru..rasa amat dihargai.. Terima Kasih ya..

Tema hari Guru : Guru Penjana Transformasi pendidikan Negara..

dan paling best dapat berita baik- buah tangan dpd PM... dinaikkan taraf Guru ke
1Guru Biasa
2Guru Kanan
3 Guru Cemerlang-
4 Guru Pendita

Anyway.. Selamat Hari Guru ... buat semua Guru di Malaysia

Wassallam. Cg Fuziah.

No comments: