Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Potret nyanyian kumpulan Akim & The Majistret telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.
Manakala Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.
Manakala bagi anugerah persembahan vokal terbaik , penyanyi Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dan Anugerah persembahan terbaik pula sekali lagi dimenangi oleh Akim & The Majistret menerusi lagu Potret.
No comments:
Post a Comment