Monday, March 1, 2010

PETUA dari ALAM - MAyonis/Mayonnaise

PETUA dari ALAM - MAYONIS=Mayonnaise

Selamat tinggal FEBRUARI dan Selamat datang MAC

Sebagai Pembuka tirai bulan MAC saya susuli dengan ....

Khasiat Mayonis rawat KECANTIKAN dan membuang kotoran

Info: Bahan asas mayonis terdiri dari telur dan perasa berasaskan minyak
menawarkan kelebihan sendiri untuk kesihatan dan kecantikan.


1. Kegunaan kesan panahan matahari

Info: Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan
anda akan dapat rasa kesan kelegaan.
  • Mayonis juga mengandungi CUKA yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.
  • Mayonis yang disimpan dalam peti sejuk apabila di sapu pada kulit ,mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

2.Melembabkan bahagian siku , lutut dan tumit kaki

  • Sapu mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku , lutut dan tumit kaki.
  • Biarkan selama 10 minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.

3. Sebagai Pelembab kulit

  • Sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. selepas itu bilas bahagian berkenaan.

4.Perapi rambut

  • Lumur mayonis pada rambut hingga kekulit kepala sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dibilas.

Info: Sebagai pelembab dan membuat rambut sihat bersinar.

5. Rawatan kuku

  • Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama 10 minit.
  • Cuci dan keringkan kuku.
  • Amalkan selalu. Kuku akan jadi kuat dan sihat, selain nampak natural.
Mayonis dan Kesan Kotoran

1. Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu.
  • Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada krayon.
  • Biarkan selama 10 minit. Lap menggunakan kain pelembap.
2.Hilangkan kesan tar pada kereta
  • Sapu mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit.
  • Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.

Catatan diari : Bulan Mac bagi kehidupan saya .. banyak peristiwa dan kenangan:

3Mac: HariLahir Ayah kpd Anak-anak saya

22 Mac: Hari pulangnya kerahmatullah ibu mertua saya

29Mac : HariLahir Saya / Hari Persaraan saya (nanti)

31Mac: Hari Ulangtahun Perkahwinan/ Hari Pernikahan

Menurut Datuk DrFadullah Kamsah- Mereka yang dilahirkan pada bulan Mac..sangat istimewa..harap betul. ( Saya dah hilang Info- Ciri-ciri Personaliti mengikut Bulan..Kalau jumpa.. akan saya paparkan ..untuk mengenal diri- siapa anda..]

Cara kebetulan: Tahun lepas .. bagi saya menyambut Hari Lahir terasa amat istimewa.. ikut bulan Islam 16 Rabiulawal.. bulan yang sama dgn kelahiran Nabi Muhammad (S.A.w) - 12 RabiulAwal... Rasa best pulak dapat lahir pada bulan yang sama.. bukan apa.. harap dapat mencontohi banyak sifat Rasulullah..Amanah..Jujur..Penyayang..Pengasih..dan sangat BERIMAN kpd Allah...Insyaallah.

Yg sangat sama.. suka dan sayang pada KUCING..itu ketara sama.

Tahun ini ..Rasa jauh pulak.. bulan Rabiul Akhir kut ..tak tetap ya..kalau ikut bulan kalender Masehi-MAC.

Yang jelas..apa pun dalan perjalanan hidup ini.. saya suka berpandukan cara hidup Rasulullah.. BerSederhana dan Mudah Memaafkan orang . Harap sangat boleh..krn saya ini agak keras hati- degil sikit..mungkin sebab itu dapat mengharungi segala pancaroba hidupi ni sejak zaman kanak-kanak hingga ke kini dengan tabah..harap betul .. dan terus betul..Alhamdulillah.

Ok. Wassallam. Jumpa lagi.

No comments: