Sunday, May 31, 2009

Perihal Hidup dan Kehidupan .....About LIFE..

Hari ini 1hb. Jun ..
...bulan yang mengubah kehidupan saya sebagai seorang insan bernama manusia, salah satu makhluk ciptaan Allah. Oleh itu,.. bulan ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman saya ...tentang falsafah kehidupan...tentang kehidupan itu sendiri...walaupun saya sangat sibuk dengan macam-macam perkara ... but i will do my best to write anything about LIFE... termasuk petikan dari Buku " 4000 ALAM MUTIARA KATA" terbitan daripada Associated Educational Distributors Sdn Bhd. - one of my favourites.


Saya mulakan dengan ....

Pendapat orang-orang bijaksana menyatakan bahawa cara-cara untuk hidup adalah:
  • Tentukan waktu untuk bekerja .. kerana itulah sumber kejayaan.
  • Tentukan waktu untuk membaca kerana itulah sumber kebijaksanaan.
  • Tentukan waktu untuk berfikir kerana itulah sumber kekuatan.
  • Tentukan waktu untuk bermain kerana itulah rahsia kemudaan abadi.
  • Tentukan waktu untuk ketawa kerana itulah muzik jiwa.
  • Tentukan waktu untuk beribadat kerana itulah mata air kejernihan jiwa.

Menurut pujangga dan ulama ternama , Pak HAMKA bahawa cahaya hidup itu adalah ...

  • Falsafah sebagai penjelasan hidup.
  • Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup.
  • Kesenian sebagai perhiasan hidup.
  • Tasauf - Tasawwur sebagai intisari hidup.
  • Ibadat sebagai pegangan hidup.

Semua itu untuk hidup kerana hidup yang tinggi dan panjang ialah hidup yang bernilai. Bahkan maut itu sendiri adalah pati hidp yang bernilai.

Pendapat saya :

Hargailah setiap detik kehidupan anda ... bermula kita bangun tidur ... ucapkanlah ... syukur alhamdulillah.. kerana aku masih diberi peluang hidup .. untuk menikmati dan menghirup udara milikNya lagi..... dan jalani kehidupan pada hari tersebut sebaik mungkin.. supaya HARI INI lebih baik dari SEMALAM.

Sekian . Wassalam. Jumpa lagi.

No comments: