Saya pernah pergi menghayati Panorama KELIP-KELIP di KAMPUNG KUANTAN di KUALA SELANGOR anjuran PPD HULU LANGAT untuk semua kami Guru BIOLOGI...BESST>>AWESOME>>MAGNIFICIENT...SUBHANALLAH...tak boleh nak gambarkan keindahan ..menikmati panorama kelip-kelip menyusuri sungai yang dipelopori pokok Bakau BEREMBAN ....menikmati kiri kanan berkelip-kelip solah-olah berada di Taman Bintang Berkelip-kelip....dengan SENYAP dan GELAP.... sebab INSEKTA famili COLEOPTERA ini sangat sensitif terhadap cahaya dan kebisingan...
Kelip-kelip
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelip-kelip | |
---|---|
Kelip-kelip Photuris lucicrescens[1] | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Artropoda |
Kelas: | Serangga |
Order: | Coleoptera |
Suborder: | Polyphaga |
Infraorder: | Elateriformia |
Superfamili: | Elateroidea |
Famili: | Lampyridae Latreille, 1817 |
Subfamilies | |
Cyphonocerinae Lampyrinae Luciolinae Ototetrinae (dipertikai) Photurinae dan lihat bawah Genus incertae sedis: Oculogryphus Pterotus LeConte, 1859 |
Rujukan
- Cirrus Digital Firefly Photuris lucicrescens
- Branham, M. A., and J. W. Wenzel. 2003. The origin of photic behavior and the evolution of sexual communication in fireflies (Coleoptera: Lampyridae). Cladistics 19: 1-22.http://www3.interscience.wiley.com/journal/118842393/abstract?CRETRY=1&SRETRY=0
- Lewis, S. M., and C. K. Cratsley. 2008. Flash signal evolution, mate choice, and predation in fireflies. Annual Review of Entomology 53:293-321. http://arjournals.annualreviews.org/doi/abs/10.1146/annurev.ento.53.103106.093346
- Stous, Hollend. 1997. A review of predation in Photuris, and its effects on the evolution of flash signaling in other New World fireflies. http://www.colostate.edu/Depts/Entomology/courses/en507/papers_1997/stous.html
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kelip-kelip |
Kategori:
Kelip-Kelip Kg. Kuantan
Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang
banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban
Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah
satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh
seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini.
Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala
Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan
sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip Kelip dan Pohon Berembang
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis
'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di
Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada
ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip
ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga
ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat.
Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang
bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan
mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk
tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip
ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau
yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca
yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada
Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang
juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran
dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di
dalam sungai.
Kampung Kuantan
Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh
pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km
dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.
Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang
inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh
daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran,
terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati
yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai
spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk
persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah
padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang
terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian
makanan lautnya yang lazat.
Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama
45 minit. Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej
perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di
persekitaran Kuala Selangor.
Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM50.00 (4 orang) untuk satu perjalanan . Walaubagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.
Kemudahan Awam
Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak
kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat
juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama
anak-anak.Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh
memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan
Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan
pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.
Tempahan & Pertanyaan
Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-
Majlis Daerah Kuala Selangor Jalan Semarak 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
E-mail : pelancongan@mdks.gov.my
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101
Kadar Bayaran
Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)
RM 50.00 |
No comments:
Post a Comment