Saturday, March 28, 2009
MUTIARA & WASIAT....Buat Renungan Kita Bersama
" KECANTIKAN bukan terletak pada pakaian yang dipakai ...tetapi ia bergantung kepada
keelokan akhlak dan budi pekerti."
Wasiat Imam Syafie r.a....
Orang yan berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini di dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.
"Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin, engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami imu".
Perdalamkan segala masaalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.
" Keelokan orang yang berilmu ialah MULIA DIRI dan .....
KECANTIKAN ILMU pula ialah warak dan berlemah lembut. "
" Sesiapa yang merasa MARAH tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan ...
Sesiapa yang merasa REDHA terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya.
KEREDAHAAN manusia sukar untuk engkau capai ...dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka.
Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.
CATATAN DIARI:
Hari ini HARI JADIku .. 29 hb Mac = 2 RabiulAkhir ( Tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw.. 16 Mac = 12 Rabiul Awal) ... sempena persamaan bulan kelahiran ....moga mendapat keberkatan dalam meniti segala onak duri - ranjau kehidupan..
Terima kasih kepadamu ALLAH .... kerana masih memberi kesempatan kepada ku . .....hambamu yang kerdil ini untuk terus menikmati ... menghirup udara segar di BUMI miliknya..
Bagaimana ?? Semalam ialah " EARTH DAY " 28.03.09 .. anda respons untuk bergelap di antara pukul 8.30 dan 9.30 malam semalam ...
" DO TAKE CARE and LOVE THE NATURE... SAVE EARTH .'
Wednesday, March 18, 2009
Mutiara kata & Wasiat
1. DUNIA hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi...kerana
itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan
itu rosak.
2. Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Alla SWT telah memanjangkan usia dan
memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.
3. MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa
cacing tanah ( dan bakteria pereput).
Wasiat Lokman al-Hakim
1. DUNIA ini bagaikan lautan yang dalam, yang mana sudah ramai mereka yang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu , jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air
yang menyirami tanaman.
Hadith mengenai perbandingan antara dunia dan akhirat : Rasulullah SAW bersabda :
" Celupkan jarimu ke laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah
dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat."
2. Berkawanlah dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar
kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan
tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan
kebaikan kepada mereka , kamu turut merasai nikmat itu.
3. Sekiranya engkau orang yang soleh , jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi
pekerti dan keras kepala , kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut
menjadi mangsanya.
4. Tanda-tanda orang yang pendengki itu ada tiga, iatu :
- Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
- Memuji-muji kawannya berada bersama mereka.
- Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.
Sekian. Salam Ukhrawi dar CG Fuziah.
Monday, March 16, 2009
Info Motivasi -PERASA : Rakan Sekerja
Saturday, March 14, 2009
Wednesday, March 11, 2009
Info- fakta menarik : Organ manusia-Kulit,Mata
PERIHAL KULIT
Tahukah anda..
Sel kulit diperbarui setiap 30 saat!
Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia yang terdiri daripada 32 saraf.
- Ia mempunyai sifat yang sangat fleksibel berdasarkan pertumbuhan dan pergerakan manusia
- Ia bertindak sebagai pelindung yang sangat kuat.
Pada setiap 30 saat , sel kulit manusia akan melalui proses pembaharuan secara semulajadi (melalui proses disebut Mitosis )
- Di bawah permukaan kulit manusia (Dermis), terdapat 90% air, berfungsi memberi nutrien dan mengekalkan kelembapan
- Di bahagian luar kuli (Epidermis ) terdapat 10% air.
Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan ..mempastikan tetap kekal 37C !..
PERIHAL MATA
Tahukah anda..
Mendedahkan mata kepada cahaya matahari secar langsung tanpa sebarang pelindung yang sesuai boleh menyebabkan banyak kesan buruk.
Diantaranya adalah seperti:
- keroskan fotokimia kepada penerima cahaya ( reseptor kon) dalam mata
- menyebabkan lapisan sensitif (retina) terbakar
- kerosakan saraf (optik) terbakar dan
- kanta bertukar menjadi kabur
Kesan tersebut bukan sahaja disebabkan cahaya nampak, tetapi oleh cahaya tak nampak spt ultra ungu (UV) dan infra merah (IR).
- Cahaya UV boleh menyebabkan penyakit spt katarak
- Cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan tisu pada kanta mata
Kesan kerosakan mata biasanya akan dialami beberapa jam selepas pebendahan dan tahap kerosakan adalah bergantung kepada selama mana ia terdedah.
Friday, March 6, 2009
Info - Herba : Pokok Pudina dan kegunaannya.
- Terdapat 600 varieti herba daii jenis mint ini diseluruh dunia, yang dikenali melalui berlainan aromanya.
- Mentha rotundifolia dari famili tumbuhan Labiatae
- Juga dikenali sebagai pineaple mint atau mint nenas kerana aromanya bau buah nenas.
- Pokoknya berbatang agak lembut, oleh itu ia boleh tumbuh menjalar dan juga menegak dengn ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 kaki!
- Daunnya bersaiz kecil , bujur panjang dan bulat dihujung bergerigi ditepi, berwarna hijau.
- Tekstur daunnya pula sedikit berkedut dipermukaannya.
- Jika dipotong atau diramas daunnya, ia akan mengeluarkan bau yang unik tetapi menarik.
Jom tanam !..
- Mudah ditanam menggunakan kaedah belahan rumpun.
Info tanam 1 : Pecah rumpunnya kepada beberapa rumpun kecil. Tanam setiap rumpun dalam medium tanaman yg baru.
- Siram agar medium tanamannya lembap sentiasa dan letakkan ditempat teduh.
Info tanam 2: Boleh dibiakkan menngunakan kaedah keratan batang yang matang.
- Medium tanaman yang sesuai untuk penanaman dalam pasu :
Tanah peroi : Baja organik : Pasir sungai (3 : 2 : 1)
Penjagaan:
- Siram 2 kali sehari , pagi dan petang jika dalam pasu.
- Siram bila perlu saja bila tanam di atas tanah.
- Kekalkan medium tanamannya lemmbab sentiasa agar pokok dapat hidup subur.
Catatan:
- Pokok ini hidup subur ditempat bercahaya, tetapi elakkan cahaya yang terlalu terik utk pertumbuhan yang baik.
- Untuk pembajaannya disyorkan menggunakan baja organik spt najis ayam, najis arnab .
- Elakkan penggunaan baja kimia , kerana di makan secara menjath sebagai ulam.
- Juga sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan.
Kegunaannya;
- Penyedap rasa dalam masakan spt Laksa Asam Utara dan Asam pedas.
- Ramuan dalam masakan India muslim spt kari , kuzi kambing dsb.
- Ramuan dalam pembuatan ubat gigi, gula-gula getah (chewing gum) dsb.
- Sering dimakan segai ulam.
Khasiatnya:
- Membuang atau mengeluarkan angin
- Meredakan mulas perut
- Melegakan pening kepala
- Mengekalkan awet muda
- Menghapus bau mulut dan bau badan
Cara pengambilannya.
- Sebagai ulam mentah
- Direbus dan diminum airnya setiap hari.
Sumber:Utusan Malaysia : Pesona Laman bersama Che B- 051007.
Salam Ukhwah. CG Fuziah.
Tuesday, March 3, 2009
Info-ecology: About Global warming
- Conserve water
Turn off the water when you are not using it. While brushing your teeth, or washing
your car, turn off the water until you actually need it for rinsing.
- Drive Less and Drive Smart
Less driving means fewer emissions. Walking or biking are great forms of exercise.
- Plant a Tree
Plant a tree today, start digging. During photosyntehsis, trees and other plants absorb
carbon dioxide and give off oxygen.
- Lead an Energy-Efficient Lifestyle
Save electricity and reduce global warming by tuning off lights when you leave a room,
and using only as much light as you need.
- Reduce, Reuse , Recycle
Do your part to reduce waste by choosing reusable products instead of disposables. And
whenever you can, recycle paper , plastic, newspaper, glass and alumunium
cans.
- Encourage others to conserve
Share information abour recycling and energy conservation with your friends,
neighbours and co-workers.
Adios for now. CG Prihatin.
Info - Ecology : Save the Earth
- Extreme weather events such as floods, droughts and tropical storms will become more frequent and dangerous.
- Sea level could rise by 18 to 59cm , flooding, the low-lying island states inhabited by millions of people.
- Large areas of rainforest could be lost due to significant reduction in rainfall.
- Salt from rising sea levels may contaminate freshwater supplies. Up to three biliion more people could suffer increated water storages by 2008.
- Geographical migration can result in the increase of diseases such as malaria and dengue fever.
- Plant and animal species which unable to adapt quickly will be threathened by extinction.
Adios for now.
Sunday, March 1, 2009
Info-Pemakanan sihat: Makanan Anti-Kolestrol 2
1. Kacang Soya
- Ia merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susu kacang soya, yang mengandungi 48% protein, lesithin, vitamin dan zat galian.
- Ia dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis.
- Ia memang kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecahkan lemak.
- Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDH) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. Kuaci
- Ia mempunyai kandungan zat besi.
- Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti biji labu (putih) atau bunga matahari (belang hitam-putih), untuk menambahkan zat besi serta kurangkan kolestrol.
3. Buah kering
- Terdapat pelbagai jenis buah kering, dan limau kering yang paling banyak mempunyai flavanoid.
- Ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL; mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
- Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, tomato, brokoli, bawang serta buah delima.
4. Epal
- Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari ,adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
- Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukan lebihan lemak dalam badan.
5. Ikan tuna
- Ia termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, yang juga terdapat dalam ikan salmon dan kembong.
- Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. Kacang tanah
- Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.
- Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol HDL, dan dapat menghindari daripada serangan sakit jantung.
7. Mangga
- Vitamin C banyak dalam mangga. Sumber Vitamin C yg lain ialah belimbing , kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.
- Vitamin C boleh mencegah pembentukan kolestrol LDL secara berlebihan dalam tubuh.
8. Kismis
- Ia mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol dalam darah.
- Dikatakan sesiapa mengamalkan diet dengan 400 kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%!
9. Oat
- Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
- Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.
10. Jambu batu
- Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
- Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindakbalas kepada tubuh.
- Jumlah yg disyorkan ialah 400g sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
- Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
Sumber: hidup- sihat.blogspot.com
Dpd Buletin pengguna:Nov.2008.
Adious. CG Fuziah.