Memupuk amalan pemakanan yang sihat. Bagaimana ya...
Ramai beranggapan bahawa pemakanan yang sihat perlu belanja yang lebih.Salah tu.. yang penting, makanan yang disediakan perlulah daripada sumber yang baik(halal), segar dan bersih, walaupun harganya murah.
10 kaedah yang boleh dijadikan amalan keluarga untuk pemakanan sihat, iaitu:
1. Mulakan hari anda dengan sarapan. Sarapan membekalkan tenaga untuk aktiviti pagi dan
membolehkan otak berfikir dengan aktif dan cerdas. Memadai mengambil makanan yang
ringan-ringan seperti roti, sandwic atau bijirin.
2. Hidangkan susu dan jus buah bersama teh atau kopi. Susu berkhasiat baik untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga wargamas. Punya banyak kalsium untuk kesihatan tulang.
3. Pastikan anda sekeluarga makan secara tetap, iaitu sarapan, makan tengah hari dan
makan malam. Meninggalkan salah satu hidangan akan menyebabkan anda berasa terlalu
lapar dan terdorong untuk makan banyak.
4. Sebaik mungkin anda sekeluarga makan dimeja makan. Tidak menonton tv sambil
makan.
5. Minum air masak ketika makan tengah hari dan makan malam. Usah mempunyai tabiat
makan berselang air. Kajian menunjukkan air mencairkan enzim pencernaan dan
mengganggu pelancaran proses pencernaan makanan.
6. Elak menyediakan minuman manis bagi membendung mengambil gula yang berlebihan. yang boleh mendatangkan kemudaratan kemudian hari.
7. Elak selalu mengambil makanan segera, gula-gula dan snek kerana ia mengandungi
banyak lemak , garam dan gula tetapi rendah khasiat.
8. Jangan kerap ke restoran makanan segera. Sekali sekala untuk ubah selera.
9. Menyediakan buah-buahan dan ulam-ulaman sebagai sajian pembuka selera
dan pencuci mulut adalah amalan yang terbaik. Amalan mengambil buah-buahan sebelum
makan hidangan utama adalah digalakkan , kerana kandungan zat buahan mudah diserap
semasa kita lapar dan kandungan serat dalam buah-buahan akan membuat kita rasa lebih
cepat kenyang dan mengurangkan kita mengambil nasi. Elok untuk mereka ingin
mengamalkan iet, ingin mengurangkan berat badan.
10. Jadikan satu budaya ketika menyediakan makanan di dapur. Utamakan kebersihan dan
tentunya sentiasa pilih makanan yang segar dan berkhasiat sahaja.
Salam sihat- sejahtera dari CG Fuziah.
" Cara kita makan, menggambarkan personaliti kita.."
No comments:
Post a Comment