Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah..
- diet makanan yang seimbang
- senaman yang kerap
- rehat yang secukupnya
- sentiasa gembira , ceria dan
- kerap ketawa
dan juga ..
Pengambilan air 6 hingga 8 gelas besar sehari = 1-2 liter /hari!
Kenapa tubuh memerlukan 'bekalan' air baru setiap hari ?
- 55 - 75% berat badan adalah air.
- Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.
6 Sebab tubuh perlu air.
1. Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan
2. Ia membantu penyahtinjaan (defaekasi) bahan buangan dari usus besar serta perkumuhan dari buah pinggang.
3. Ia membantu menyelaraskan suhu badan optimum, 37 C.
4. Ia melancarkan pergerakan sendi dan membran pada sistem rangka.
5. Ia sebagai medium pengangkutan dalam edaran darah. 92% air terdapat dalam plasma darah
(bahagian cecair darah).
6. Ia dalah komponen penting dalam rembesan tubuh dan cecair penghadaman. (Air liur dihasilkan 1.7 liter setiap hari oleh kelenjar liur !)
Lagi info tentang keperluan air..
- Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh kita kehilangan 1.7 liter setiap hari.
- Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat, lebih banyak air diperlukan untuk menyelaraskan suhu badan dan menjadikan kita berasa lebih selesa.
- Ketika waktu sejuk, lembapan tambahan (wap air) hilang melalui pernafasan.
- Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, kita memerlukan tambahan 1-3 gelas air.
- Sistem haba berpusat (hipotalamus di otak) sensitif , memberi kesan kekeringan, jadi kita perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.
Tahukah anda.. fakta menarik..
Air dikatakan sebagai penahan selera (berdiet) secara semulajadi!
Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan. Ini kerana otak tidak dapat membezakan antara rasa lapar atau rasa dahaga.
Jadi apabila anda fikir anda berasa lapar , kemungkinan sebenarnya memerlukan air.
Jadi amalkan minum segelas besar air sebelum makan.. kerana itu yang mungkin tubuh anda perlukan bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.
Adakah anda dalam keadaan penyahhidratan (dehydration) = kurang air dalam badan?
Beberapa simpton / tanda badan anda dahagakan' air adalah:
- Rasa Pening : otak manusia mengandungi 75% air. Air berfungsi utk membuang toksin dari tubuh. Walaupun sedikit kurang air akan menyebabkan pening.
- Letih/lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dn tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh sedang bergelut untuk keluarkan toksin.
- Sembelit - Air melawaskan proses pergerakan makanan ( peristalsis) serta penyingkiran najis , jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyinkirannya.
- Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Maka perlu cukup air secukupnya.
- Mulut berbau - tak cukup air akan menggalakkan pembiakan bakteria pada sisa-sa makanan yg tidak dibersihkan..
- Mulut kering - Air sebagai bahan pelincir mulut .. jadi kurang air akan menjejaskan pengeluaran air liur.
Penyahhidratan yang teruk boleh juga mengakibatkan ...
- Ketegangan otot- berlaku kerana kurang oksigen sampai keotot melalui salur darah (plasma darah).
- Kulit - hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan, ia akan terlepas serta merta.
- Mata - cengkung dan kulit sekeliling mata lembah
Maka Jadikanlah pengambilan air yang kerap sebagai suatu habit atau tabiat..
- Minum sekerap mungkin sepanjang hari.
- Mungkin akan kerap ke tandas.. tapi lama-kelamaan tubuh akan biasa.. memerlukan masa untuk penyesuaian.
- Mungkin anda akan berasa berat badan berkurangan, memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur biasa dengnan keadaan tersebut.
Salam sihat sejahtera dari CG prihatin.
' KESIHATAN merupakan salah satu aset yang maha penting dalam Kehidupan Kita.'
No comments:
Post a Comment