Fuziah Sulaiman blog

Tuesday, June 7, 2016

Sebagai Satu renungan - Kelebihan ISTIGHFAR - Penghulu istighfar


Sepanjang hayat  memang dok amalkan terutama ketika berdepan dengan pelajar-pelajarku yang bermasalah. Nostalgia jugak...Hari ini juga banyak pahala sebab do sebut istighfar berkali-kali  menahan kesabaran atas berbagai kerenah semasa PDP.












Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR,

“Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya:

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3)

Justeru pasti lafaz yang tinggi kepentingannya sehingga sering dianjurkan Allah swt di dalam kitabNya ini memiliki banyak rahsia dan kelebihannya. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan mengamalkan istighfar di dalam kehidupan seharian kita.

#1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt

Kita adalah seorang hamba yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan jauh sekali dari kesempurnaan. Kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu menyebabkan kita sering jatuh tersungkur di lembah maksiat.
Namun janganlah pernah berputus asa dalam mengharapkan keampunan daripada Allah swt dan teruslah beristighfar. Kerana Allah swt telah berjanji seperti di dalam sabda baginda Rasulullah saw:
Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”
Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi

#2 – Dimakbulkan Permintaan & Hajat

Orang yang sentiasa ikhlas memohon keampunan daripada Allah swt pasti sentiasa dibersihkan dari dosa-dosanya. Apabila seseorang hamba itu bersih dari dosa maka munajatnya mudah diperkenankan oleh Allah swt kerana dekatnya dia di sisi Allah swt. Adalah tidak mustahil bagi Allah swt untuk memakbulkan segala permintaannya dengan sifat Allah Yang Maha Pemurah itu.

Imam Ahmad Ibnu Hambal mengisahkan kelebihan istighfar yang diamalkan oleh seorang pembuat roti. Sepanjang malam si pembuat roti akan membuat roti sambil beristighfar tanpa henti dan ini telah didengari oleh Imam Ahmad yang menumpang tidur di rumahnya.

Doa dimakbulkan jika yakin dan rajin beristighfar kepada Allah. [Azrin]
Lalu ditanyakan kepadanya apakah kelebihan yang diperolehinya melalui amalan istighfar yang bersungguh-sungguh itu. Dijawab si pembuat roti bahawa Allah swt telah mengkabulkan segala permintaannya selama ini setiap kali dia berdoa kecuali permintaannya untuk bertemu dengan Imam Ahmad Ibnu Hambal.

(Si pembuat roti tidak mengenali Imam Ahmad yang dipelawanya untuk menumpang tidur di rumahnya sendiri ketika itu). Imam Ahmad sangat terkejut bagaimana Allah swt telah merencanakan perjalanannya sehingga dia berteduh di rumah si pembuat roti. Ternyata juga ini semua untuk memperkenankan hajat si pembuat roti iaitu ingin bertemu dengannya.

Melalui kisah ini dapat dikongsikan bahawa antara kelebihan amalan istighfar ialah diperkenankan segala permintaan dan dimakbulkan hajat oleh Allah swt pada hamba-hambaNya yang sentiasa memohon keampunan dariNya.

#3 – Bertambah Kekuatan

“Tiada daya dan kudrat melainkan hanya dengan Allah swt,” itulah fitrah kejadian manusia.

 Segala kekuatan hanya milik Sang Pencipta. Betapa setiap ujian dan cabaran dalam hidup yang ada pasang surutnya membuatkan kita lelah.
Mahu tidak mahu segala keperitan itu perlu dihadapi juga. Tapi dari manakah segala kekuatan dapat diperolehi kembali setelah diri dirasakan telah lunyai diasak dugaan? Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)

Dekatnya seorang hamba kepada Sang Pencipta, dekat lagi Sang Penciptanya kepada hamba itu. Dia tidak akan meninggalkan hamba-hambaNya yang begitu tekun mendekatiNya dengan sentiasa mengharapkan keampunanNya. Dan Tuhannya juga berjanji untuk menambah kekuatan hambaNya agar menang dalam menghadapi segala cabaran hidup di atas dunia ini.

#4 – Mudah Mendapat Zuriat

Para ulama’ menyarankan kepada setiap pasangan yang berhajat pada zuriat untuk memperbanyakkan amalan istighfar.

Antara kisah yang boleh dikongsi di sini adalah dari Imam al Qurtubi yang diriwayatkan oleh Ibnu Shabih tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat telah menemui Hasan al-Basri kerana hal ini.
Lelaki itu kemudiannya telah dinasihatkan oleh Hasan untuk mengamalkan istighfar
. Setelah beberapa ketika mengamalkan istighfar, lelaki itu kembali kepada Hasan untuk memaklumkan kehamilan isterinya.
Memperoleh zuriat merupakan kebahagiaan paling bermakna dalam hidup. [Asknie]

Kelebihan istighfar dalam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat juga telah dikongsi oleh Syeikh Aidh al Qarni di dalam ceramahnya. Syeikh Aidh al Qarni menceritakan bagaimana seorang wanita yang disahkan mandul oleh doktor dan pakar perubatan telah dikurniakan dengan anak setelah mengamalkan saranan seorang ulama’ untuk memperbanyakkan istighfar.

Menurut penceramah terkenal Ustazah Siti Nor Bahyah, Allah swt sentiasa mengasihi dan merahmati mereka yang beristighfar. Kasih sayang Allah swt kepada mereka memungkinkan pengurniaan cahaya mata dari Allah swt. Kerana itu beliau sangat menggesa agar pasangan yang inginkan cahaya mata untuk terus mengamalkan istighfar.

Nasihat yang sama kini turut diberikan oleh seorang penulis buku Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak.

Istighfar merupakan salah satu amalan yang disenaraikan oleh ustaz kepada soalan yang ditanyakan kepadanya tentang bagaimana untuk dikurniakan anak.

#5 – Menyembuhkan Penyakit

Seorang da’i yang hanya dikenali sebagai Ustaz Danu telah berkongsi tentang pengalamannya selama 15 tahun yang meneliti bahawa terdapatnya hubungkait suatu penyakit dengan kebiasaan maksiat dan dosa yang dilakukan oleh seorang pesakit.

Menerusi pemerhatian inilah dia akhirnya menyimpulkan bahawa istighfar merupakan salah satu jalan kepada kesembuhan penyakit. Semua yang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk menghadapi ujian penyakit yang dialami akan diusulkan agar memperbanyakkan istighfar.

 Imam Qatadah pernah berkata:
“Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.”
Kitab Ihya’ Ulumuddin: 1/410
Rahsia amalan istighfar sebagai jalan penyembuhan juga telah saya alami sendiri.

Sejak kecil lagi saya menghidapi suatu penyakit. Penyakit ini telah memberi kesukaran dan kesulitan kepada saya dalam menjalankan aktiviti harian.
Saya pernah berjumpa ramai doktor dan berikhtiar dengan ramai ustaz, namun ternyata Allah swt belum mengizinkan kesembuhan ke atas saya. Sehinggalah saya dinasihati oleh seseorang untuk memohon keampunan dari Allah swt.

Dengan izin Allah, dengan istighfar dapat menyembuhkan penyakit. [jibonbld]
Jangan minta apa-apa untuk dunia dan jangan minta apa-apa untuk akhirat; jangan minta apa-apa dari Allah swt melainkan keampunan sahaja, begitu sekali ditekankan kepada saya. S
Selama tiga hari saya hanya minta ampun tanpa memikirkan apa-apa selain itu, bahkan berdoa untuk kesembuhan kesakitan itu juga saya tidak.

Segala puji hanya bagi Allah swt, tanpa disangka penyakit yang dihadapi selama bertahun-tahun itu sembuh selepas hanya tiga hari. Sejak itu saya sangat yakin dengan amalan istighfar dan sesiapa sahaja akan saya nasihatkan agar perbanyakkan istighfar sebagai kunci mendapatkan kesembuhan.

#6 – Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah

Dikisahkan tentang seorang hamba Allah yang telah bertengkar dengan isterinya mulai saat dia tiba di rumah sehingga menjelang Subuh. Teruknya keadaan mereka suami isteri bertengkar sehingga si isteri membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pulang kepada orang tuanya.

Kecewa kerana gagal memujuk si isteri, hamba Allah ini telah pergi ke masjid dalam keadaan marah dan beremosi ketika isterinya sibuk mengemas pakaian. Selepas solat Subuh berjemaah, hamba Allah ini memilih untuk beristighfar selama sejam bagi menenangkan dirinya dari terus pulang ke rumah.
Utamakan keluarga dan tenteramkanlah hati kerana Allah swt. [ashrafali]

Usai beristighfar dia kembali ke rumah namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat si isteri sedang menanti dengan wajah yang manis dan ceria. Lebih menghairankan apabila si isteri juga meminta maaf atas keterlanjuran dan pertelingkahan yang berlaku sepanjang malam itu.
Hamba Allah ini lalu bertanya si isteri apa yang berlaku sehingga si isteri boleh berubah. Si isteri menjawab bahawa dia juga tidak tahu namun sejak sejam yang lalu hatinya tiba-tiba merasa tenang dan jiwanya jadi tenteram. Si isteri juga jadi sedar pada kesilapannya. Hamba Allah ini lantas teringat bahawa pada sejam itulah dia sedang khusyuk beristighfar. Hamba Allah ini sangat bersyukur atas bantuan Allah swt dalam mendamaikan hati mereka berdua.

Mungkin ada kesilapan, dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar atau tidak kepada Allah swt sehingga kita diuji dengan pasangan dan keluarga kita. Anak-anak jadi degil dan liar, entah ke mana perginya. Kembalilah kepada Allah swt atas teguran ini, berhentilah dengan dosa dan banyakkan memohon ampun. InsyaAllah akan dikembalikan keamanan di dalam keluarga kita.

#7 – Dijauhkan dari Azab & Bala


Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (Surah Al-Anfal: 33)

Mintalah ampun pada setiap masa kerana sungguh kita tidak tahu ketika bila Allah swt mengurniakan keampunan kepada kita. Jangan berhenti mengharapkan keampunan Allah swt kerana kita tidak tahu lafaz yang mana diangkat Allah swt sebagai asbab menyelamatkan kita dan keluarga kita dari azab dan bala di dunia dan di akhirat.

Seorang pemotong daging telah ditanya oleh seorang ulama’ tentang amalan apakah yang sering dilakukannya sehingga kubur ayahnya begitu lapang dan bercahaya

. Amalan apakah yang menyebabkan ayahnya tidak diazab di alam barzakh sedangkan penghuni kubur yang lain berada dalam dukacita.

Ternyata jawab si pemotong daging bahawa dia tidak pernah berhenti memohon keampunan Allah swt untuk ayahnya dan amalan inilah yang menyelamatkan ayahnya di sana.

#8 – Ditambah Nikmat & Kekayaan

Dr Azizan Osman, seorang jutawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman amat menegaskan amalan istighfar kepada para pelajarnya selain amalan sedekah.

Selayaknya Allah swt memberikan ganjaran kepada hambaNya yang soleh. [Erik]

Seorang peniaga minyak wangi yang berjaya pula pernah menasihati saya untuk mengamalkan sekurang-kurangnya 70 kali istighfar sebelum memulakan sesi perniagaan.

Nasihat ini ada benarnya dan terbukti kerana antara janji Allah swt ganjaran buat mereka yang memohon keampunan kepadaNya adalah kekayaan dalam bentuk harta, rezeki dan anak-anak. Firman Allah swt:

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Surah Nuh: 10)
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (Surah Nuh: 11)
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 12)

Selain itu, Allah swt juga berjanji bahawa mereka yang beristighfar akan diberi nikmat yang tidak putus-putus seperti di dalam firmanNya:

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud: 3)

#9 – Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga

Kesayangan Rasulullah saw, Saidatina Aisyah ra pernah berkata:
“Beruntunglah orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.” Riwayat Bukhari
Mengapa beruntung? Keampunan Allah swt akan memadam segala rekod jahat di dalam catatan amal seorang hamba. Malah kejahatan akan diganti dengan kebajikan seperti firman Allah:

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Furqan: 70)

Maka pahala akan bertambah dan dosa akan berkurang. Ini akan memberatkan timbangan di akhirat kelak. Selain pahala dan kebajikan yang banyak, Allah swt juga menjanjikan syurga kepada mereka yang memohon keampunanNya seperti firman Allah:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

(Surah Ali-Imran: 135)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah Ali-Imran: 136)

#10 – Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan

Perkongsian ini dari seorang ulama’, Ibnu Taimiyyah Rahimahullah. Menurut pengalaman beliau:
“Sungguh, kadang-kadang terlintas di hatiku suatu persoalan yang sulit untuk aku fahami, maka aku beristighfar kepada Allah, sehingga dadaku menjadi lapang dan persoalan itu terpecahkan. Terkadang aku berada di pasar, masjid atau sekolah, hal itu tidak menghalangiku untuk mengucapkan istighfar, hingga aku memperoleh yang aku inginkan.”
Keyakinan para ulama’ dalam melazimi istighfar telah memberi manfaat kepada mereka untuk memahami dan mendalami persoalan ilmu sehingga menjadi pakar dalam bidang mereka. Istighfar juga memudahkan segala urusan dan menyelesaikan masalah sehingga mereka dapat mengatur masa dalam kesibukan mereka belajar, mengajar, bekerja dan menulis kitab. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah saw juga bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

#11 – Menggembirakan Allah & Dicintai Allah

Pasti matlamat utama istighfar adalah untuk mendapatkan redha daripada Allah swt. Mudahan redha Allah swt membuatkan kita beroleh ehsan dariNya ketika hari Kiamat tiba dan ketika kita dalam perhitungan antara Neraka dan Syurga. Redha Allah swt akan diperolehi apabila kita menggembirakan Allah swt dan istighfar adalah jalannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah saw juga bersabda:
“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya bagaikan orang yang tidak berdosa.”
Riwayat Ibnu Majah
Kekasih adalah orang yang dicintai. Kekasih adalah orang yang sentiasa dirindui dalam ingatan. Seorang yang bercinta akan sanggup melakukan apa sahaja agar yang dicinta selamat dan gembira sentiasa.
Kemanisan apakah yang lebih hebat dari kemanisan bercinta? Kekasih manakah yang lebih hebat dalam bercinta jika bukan Allah swt? Maka beruntunglah orang yang dicintai Allah swt. FirmanNya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah: 222)

Rumusan

Dengan begitu banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar, maka rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat. Berhentilah berdolak-dalih dengan pelbagai alasan untuk kembali kepada Tuhan sedangkan istighfar boleh dilakukan di mana sahaja dengan lafaz yang paling mudah. Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.
Kongsikan Tazkirah Ini






Penghulu Istighfar - UNIC





Posted by fuziah at 9:03 PM No comments:

Satu Perkongsian - Genta Rasa - PMJ - Biarlah Iman terus Bicara


 Biarlah Iman terus Bicara



tenangAdakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu.

Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur.

Di mana dan ke mana hendak dibawa hati?

Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.

Hanya kita…hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri.

Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?

Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman.

Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.

Bukankah kalimah ‘istirja’” setiap kali ujian menimpa itu datang dengan peringatan bahawa kita ini milik Allah dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan?



Nestapa dan derita itu sesungguhnya panggilan cinta daripada Allah untuk hambaNya.

Datang dengan satu ‘pujukan’ agar jangan pernah melupakanNya.
 Jika kita tega melupakanNya, bakal berlaku derita yang jauh lebih parah.

Nestapa kehilangan cinta Allah jauh lebih dasyat berbanding kehilangan kasih manusia dan nikmat dunia.
Justeru, agar kita tidak lupa, Tuhan memanggil kita. Tuhan memanggil kita untuk kembali kepadaNya.

Bisikan ke hati, “isteri yang kau cintai, bukan cinta hakiki. Suami yang kau sayangi, bukan cinta sejati. Apatah lagi, rumah, kenderaan dan wang ringgit mu, semua itu bukan teman sejati mu. “
Amat berbahaya jika kita bergantung bahagia dan berjaya pada semua itu.

Cinta Allah sahaja yang kukuh, cinta selainnya rapuh.


Sekian lama pada semua itu cinta kita berpaut … sedangkan itu semua umpama dahan yang reput. Tidak akan mampu setia sebaik sahaja jenazah kita di hantar ke kubur. Walau sesuci mana, walau seteguh mana, cinta makhluk akan binasa.

Kalau ada cinta sejati… cinta itu milik Adam dan Hawa, tetapi mereka berdua juga terpisah.
Jika ada cinta yang tidak ada dusta, itulah cinta Khadijah dan Rasulullah SAW tetapi cinta itu juga diuji dengan kematian.

Agar jangan ada cinta yang lebih agung melebihi cinta Allah di hati Rasulullah SAW. Justeru baginda dididik Allah dengan kematian demi kematian setiap orang yang disayangi dan cintainya sejak dalam kandungan ibunya lagi.

Benarlah seperti yang diucapkan sendiri oleh Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling berjasa kepadaku dengan ikatan persahabatan dan dukungan hartanya adalah Abu Bakar.

 Seandainya aku boleh mengangkat seorang Khalil (kekasih terdekat) selain Rabb-ku niscaya akan aku jadikan Abu Bakar sebagai Khalil-ku. Namun, cukuplah -antara aku dengan Abu Bakar- ikatan persaudaraan dan saling mencintai karena Islam. Dan tidak boleh ada satu pun pintu yang tersisa di [dinding] masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”

Begitu cintanya Siti Aisyah kepada Rasulullah SAW, namun ketika menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki,  Nabi saw tidak dapat membelanya. Kebenaran ketika itu masih ‘ghaib”.
Daripada suami kesayangannya itu, Aisyah hanya mendengar kata-kata: “Hai, Aisyah! Aku telah mendengar tentang apa yang dikatakan orang tentang dirimu. Jika engkau tidak bersalah maka Allah pasti akan membebaskan dirimu. Jika engkau telah melakukan dosa maka mintalah ampunan kepada Allah!“.

Pada ketika tidak adaseorang pun manusia dapat membantunya. Hanya Allah mengetahui hakikat kebenarannya. Hanya dengan sabar dan solat, Siti Aisyah bermunajat. Setelah sekian lama terhimpit dan tersepit oleh fitnah, akhirnya datanglah bantuan Allah yang membersih dirinya daripada fitnah.
Ayat cinta daripada Allah pun turun untuk membela kekasihNya. Lalu datanglah Rasulullah menemui Aisyah dan berkata, “Hai Aisyah, Allah telah menyucikanmu dengan firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat Balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” (QS. An-Nuur:11)

Hanya Allah, hanya Allah… teman bicara hati kita tatkala hujan ujian melanda. Ajaibnya, iman itu mampu meluntur dan melebur segala kesedihan.

 Seorang wanita bernama Khansa’ begitu terkenal dengan ratapannya. Tangis dan sendunya ketika kematian saudara lelakinya Sakhar menjadi begitu dikenang semasa zaman jahiliah.
Dari mulutnya terlontarlah syair-syair yang begitu indah tetapi sangat menyedihkan tatkala dia meluahkan kesedihan. Bukan sahaja syair tetapi matanya mengalirkan air mata yang mengharukan sesiapa sahaja yang melihat dan mendengarnya. Dia begitu sinonim dengan ratapan dan kesedihan akibat kematian orang yang tersayang.

Hidayah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw turut singgah di hati wanita yang rawan ini. Kemanisan iman dan Islam mula bertapak di hatinya. Dan dia turut mengorbankan masa, tenaga dan nyawanya untuk menyalakan sumbu iman yang dibakar oleh musuh-musuh Allah.
Khansa’ terpilih untuk turut serta dalam perang Qadisiah yakni peperangan untuk membebaskan negara Parsi pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al Khattab.

Bersama Khansa’ ikut empat orang puteranya. Keempat-empatnya terpilih menjadi mujahid untuk bertempur dengan tentera Parsi. Khansa’ sebagai ibu telah memberi kata-kata peransang dan semangat untuk anak-anaknya.
Diantara kata-katanya:” Wahai anak-anakku! Sesungguhnya kita memeluk agama Islam dengan suka rela dan hijrah dengan kemahuan kita sendiri. Demi Allah tidak ada Tuhan selain dariNya. Sesungguhnya kamu adalah anak dari satu ibu. Aku tidak pernah berkhianat kepada bapamu, tidak merusakan kemuliaanmu dan tidak menyimpang keturunanmu.”
Khansa’ menyambung lagi, “sesunggguhnya kamu mengetahui apa yang telah disediakan Allah untuk kaum muslimin, yaitu pahala yang mencukupi kerana berjihad menentang musuh Allah. Ketahuilah olehmu, bahawa kampung yang kekal lebih baik dari kampung dunia yang fana’. Tuhan telah berfirman:”Hai orang beriman! Sabarlah kamu dan tetaplah dalam kesabaran dan teguhkanlah (pendirianmu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu memperolehi kemenangan.”
Pada hari esoknnya keempat-empat putera Khansa’ menuju medan pertempuran, dengan semangat dan penuh keberranian hasil dorongan dan nasihat ibunya. Mereka bertempur dengan musuh sehingga menemui syahid seorang demi seorang. Berita kesyahidan keempat-empat puteranya itu disampaikan kepada Khansa’.

Apakah Khansa’ akan menangis, meratap atau memukul dadanya sepertimana yang dibuatnya semasa dia berada dalam jahiliah? Oh, tidak. Khansa’ sebaliknya menerima berita itu dengan tenang dan sabar seraya mengucapkan:”Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kemuliaan kepadaku dengan syahidnya mereka, aku mengharap kurnia dari Ilahi untuk mengumpulkan aku bersama mereka di tempat rahmat dan nikmat Allah.”

Apakah yang merubah sikap Khansa’? Sehingga perubahan itu bagaikan langit dan bumi?
 Ya, itulah bicara iman di dalam hatinya. Bicara iman yang menimbulkan sejuta ketenangan.

Diriwayatkan oleh Muslim, pada suatu hari datang seorang lelaki yang menjadi tetamu Rasulullah saw. Untuk melayaninya dengan baik, Rasulullah saw menghidangkannya susu yang diperah daripada seekor kambing.

 Kemudian lelaki itu minum sampai habis. Rasulullah menambah susu yang diperah daripada kambing yang kedua. Lelaki itu minum lagi sampai habis. Kemudian dihidangkan lagi susu daripada kamping yang ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh.

Pada malam itu lelaki tersebut menerima dakwah Rasulullah dengan hati yang terbuka lalu memeluk Islam. Pada pagi esoknya dengan iman yang telah meresap di hatinya lelaki tersebut menjadi tetamu Rasulullah saw sekali lagi. Dan sekali lagi Rasulullah menghidangkannya dengan susu kambing. Setelah habis susu itu diminum, Rasulullah saw menghidangkan lagi susu yang diperah daripada kambing yang kedua.
Kali ini lelaki itu tidak mampu lagi meminum kerana terasa sudah kenyang dan memadai. Pada ketika itulah Rasulullah saw mengucapkan kata-katanya yang begitu popular sehingga hari ini:

"Sesungguhnya orang yang beriman itu minum dengan satu perut, sedangkan orang kafir minum dengan tujuh perut.”


Mengapa sikap lelaki itu berubah bagaikan langit dengan bumi? Itulah bicara iman yang meresap kedalam jiwanya. Iman itu akar kepada segala kesederhanaan dan kecukupan.

Diberitakan, Umar Al Khattab pernah berkata tentang Umair bin Wahab (yakni ketika Umair datang ke Madinah dengan tujuan untuk membunuh Rasulullah SAW) :  “Babi lebih aku sukai daripada Umair bin Wahab.”
Namun, setelah Umair insaf dan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Rasulullah SAW, Umar Ibnl Khattab sangat gembira, seraya berkata:“…tapi saat ini aku lebih suka Umair daripada anak-anakku sendiri.”
Begitulah peribadi Umar, yang meletakkan cinta dan bencinya hanya kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada cinta kepada orang Ansar kecuali orang mukmin dan tiada yang membenci mereka kecuali orang munafik. Siapa yang kasih kepada sahabat Ansar, maka akan dikasihi Allah, dan siapa yang membenci mereka dibenci Allah.”
Mengapa Umar bertukar bahasa? Semuanya, kerana bertukarnya rasa. Bila iman berbicara di dalam hati, segala yang terluah oleh lidah menjadi manis, mesra dan merdu-merdu belaka. Dan rasa itulah yang sangat kita dambakan saat ini… semoga iman kita terus berbicara. Kerana bicaranya adalah ketenangan!
Posted by fuziah at 8:44 PM No comments:

Satu Rujukan Ulangkaji - Cara Sembahyang bagi PEREMPUAN


Cara sembahyang bagi perempuan (gambar)


  •  Menghadap qiblat. 

Pastikan kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak dalam keadaan tidak tergopoh-gapah. (Jika tidak ada perkara yang memudaratkan) . 

Selepas itu niat bagi sembahyang akan hendak dilakukan.



  • Lalu mengangkat kedua belah tangan (sunat hai’at) serta membaca “ALLAHU AKBAR”.

  • Selepas mengangkat takbiratul ihram kedua belah tangan disedakapkan sedikit dari atas pusat dari menghala sedikit kekiri. (Perempuan hendaklah memastikan keletiak (armpit) ditutop dengan rapat) [sunat hai’at]


(Tangan bagi perempuan hendaklah disembunyikan)

*Gambar tangan di atas hanyalah sebagai panduan


  • Baca do’a iftitah sehabis takbiratul ihram
(Sunat Hai’at)

  • Selepas itu membaca ta’awwudz (auudzu billaahi minays syaithannirrajiim) sebelum membaca Surah Al-Fatihah. Membaca amin selepas membaca Surah Al-Fatihah (sunat hai’at)
  • Membaca surah Al-Qur’an pada dua raka’at yang permulaan sehabis membaca Surah Al-Fatihah (sunat hai’at)



  • Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (Sunat hai’at) 



  • Membaca tasbih ketika ruku’ dan sujud (sunat hai’at)
  • Membaca “Sami’allahu liman hamidah” ketika bangkit dari ruku’. (sunat hai’at)



  • Membaca “Rabbanaa lawakal hamdu…..” ketika i’tidal. (sunat hai’at)



  • Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at)


Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at)
Membaca tasbih ketika sujud (sunat hai’at)



  • Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at) 
  •  Lalu membaca bacaan semasa duduk di antara dua sujud.

Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at)

Membaca tasbih ketika sujud (sunat hai’at)















Ulangi semula semua perkara di atas kecuali niat & doa iftitah kerana kedua-duanya hanya dilakukan sekali iaitu semasa permulaan sembahyang.


Meletakkan telapak tangan diatas paha waktu duduk bertasyahud awal dan akhir, dengan membentangkan yang kiri dan mengenggamkan yang kanan kecuali jari telunjuk
  • Membaca tasyahhud awal [sunat ab’adl]
  • Membaca selawat pada tasyahhud awal [sunat ab’adl]


Meletakkan telapak tangan diatas paha waktu duduk bertasyahud awal dan akhir, dengan membentangkan yang kiri dan menggengamkan yang kanan kecuali jari telunjuk.
Duduk tawarruk (bersimpuh) pada waktu duduk tasyahud akhir (tahiyat akhir) [sunat hai’at]
Membaca selawat atas keluarga Nabi saw pada tasyahhud akhir [sunat ab’adl]
Membaca salam yang kedua [sunat hai’at]
Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri masing2 waktu membaca kedua-dua salam. [sunat hai’at]



Peringatan: Duduk iftirasy dalam semua duduk solat seperti gambar2 di atas. (sunat hai’at)
Sunat ab‘adl ialah setiap perkara yang dimestikan sujud sahwi pada akhir sembahyang jika meninggalkannya.
Sunat hai’at pula, setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sujud sahwi.
Untuk mengetahui rukun2 sembahyang, sila tekan disini


Perkara yang mesti diketahui:
  1. Merapatkan satu anggota kepada anggota lainnya.
  2. Meletakkan perutnya pada dada, dua pahanya ketika ruku’ dan sujud.
  3. Merendahkan suaranya/bacaannya di hadapan lelaki lain, yakni bukan muhrimnya.
  4. Bila menderita sesuatu bertepuk tangan, yakni tangan yang kanan dipukulkan pada punggung telapak tangan kiri.
  5. Auratnya dalam solat seluruh tubuhnya, kecuali muka dan dua belah telapak tangan.
“In the West, I saw Islam but saw no Muslims
In the East, I saw Muslims but saw no Islam”
Posted by fuziah at 7:36 PM No comments:

R ehat & Rawat HATI MU ( MUDA BUKAN SEKALI) - Pahrol Mohd Juoi

GENTA RASA - Kuatkan Fikir , Tingkatkan Zikir

HATI berehat dengan SOLAT.





A

Seperti jasad lahir yang perlu makanan, hati juga perlukan makanan. 

 Makanan hati ialah zikrullah (ingat Allah). 


  • Tanpa zikrullah, hati akan kelaparan.
  •  Jasad yang tidak mendapat makanan, akan menjadi lemah, maka begitu juga hati apabila tidak berzikir, ia akan lemah. 
  •  Hati yang lemah tidak akan mampu menerima kebenaran dan melakukan kebaikan. 
  • Akal mungkin mengakui, tetapi masih tidak dapat bertindak, kerana hati terlalu lemah.
  •  Ada pengetahuan, tetapi kurang kemahuan.


Jika terus dibiarkan tanpa zikir, hati akan sakit. “Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka?.” (Muhammad: 29). Dan  jika berterusan dibiarkan, lama kelamaan hati itu akan mati.


  • Apabila hati mati, terkuncilah ia daripada mendapat kebenaran secara total. 

 Pada  ketika itulah berlakulah seperti yang dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya:
” Allah Telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup . dan bagi mereka siksaan yang besar.” (al-Baqarah: 7).

Nauzubillah, kita tidak inginkan hati yang mati. Kerana hati yang mati lebih berbahaya daripada jasad yang mati.  

Kita inginkan hati yang terus mendapat cahaya daripada Allah. Biarlah cahaya ilmu dan iman terus berada di dalam hati kerana itulah bekalan yang paling penting untuk mendapat keselamatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
 Firman Allah: “Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? ….”(az-Zumar: 22)

Untuk itu hati mestilah sentiasa mendapat kerehatan dan rawatan.
 Jangan dibiarkan hati menjadi terlalu letih dengan urusan dunia, tanpa mendapat kekuatannya semula. Dengan apa hati berehat? 

Hati berehat dengan solat.

Demikianlah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila ada perkara berat yang mengujinya.  Baginda akan bersabda kepada Bilal: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Ahmad). “Bangun ya Bilal, rehatkan kami dengan solat”.

Ya, dengan solat hati berehat, dengan solat hati kembali kuat.

Justeru hukama berkata, .......

Apabila kamu merasa hidup kamu tidak baik, maka ketahuilah sesungguhnya kerana solat kamu masih belum baik”.Dalam solat, hati yang penat akan tersambung dan terhubung kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuat.

Pada ketika itulah hati belajar ‘melepaskan’ segala kekusutan yang membelenggunya
 Pada Allah jualah diadukan segala keresahan, kerunsingan dan kelemahan diri.

 Solat ialah talian hayat bagi hati yang kelesuan dan kekeliruan apabila dihentam pelbagai ujian.

Let go, let God – belajar melepaskan dan menyerahkan segala urusan kepada Allah.

 Pada ketika itulah hati yang sendat dengan pelbagai masalah itu melepaskan segalanya kepada Allah yang Maha Perkasa.
Ia akan kembali lapang dan tenang.

 Umpama setitik air yang dilepaskan kembali ke tasik yang luas dan dalam.

Maka begitulah hati yang kembali kepada Allah. Ia kembali kepada asalnya. Ia kembali kepada fitrahnya.

Hidup ini penat, mari berehat dengan solat.
Solat adalah satu tempoh berehat buat seluruh anggota badan, terutamanya hati.

Hati ialah ‘anggota’ manusia yang paling penat kerana dialah yang menjadi penggerak kepada segala perlakuan dan tindakan samada yang zahir atau yang batin.
 Dialah pemerintah yang paling banyak kerjanya dalam masa sehari, seminggu, sebulan, setahun, malah sampai seluruh hayat.

Hati yang bersifat maknawi itu sama seperti jantung yang tidak pernah ‘bercuti’ daripada mengepam oksijan dan darah ke seluruh tubuh.

Jika kita perlu memberi kerehatan pada kaki, yang penat berjalan, pada mata yang penat melihat, pada akal yang penat berfikir,  maka begitulah kita perlu memberi kerehatan pada hati yang penat dalam merasai, mempertimbangkan dan membuat keputusan dalam setiap bidang kehidupan.

 Hatilah yang menjadi sasaran dan tumpuan kepada segala masalah dan cabaran dalam hidup. Sekejap resah, sekejap tenang, sekejap sedih, sekejap gembira. Silih berganti, tidak henti-henti.

 Perubahannya yang ligat, bagai kuah yang sedang mendidih.

Pergolakan hati yang laju itu perlu direhatkan.  Bagaimana? Sekali lagi, dengan solat.

Orang yang solat umpama orang yang sedang berehat. Kerana di dalam solat dia mengadu, merayu, ‘berbual-bual mesra’ dengan Tuhannya.

 Bayangkan seorang anak yang duduk dipangkuan ibunya, ketika dia meluahkan segala isi hati, keinginan, kesusahan, kecelaruan dalam hidupnya…

Maka ketika itulah ibu yang penyayang akan meluahkan kata-kata simpati, peransang, dorongan dan belaian yang sangat melegakan hati sianak.



Posted by fuziah at 7:19 PM No comments:

8 Jun 2016 - RABU - 3 Ramadhan 1437 - Perihal Ramadhan - Indahnya Kita berpuasa


Salam Ramadhan semua. Hari ini sudah Hari ke 3  kita berpuasa



Indah'nya Ramadhan "Bulan Penuh Rahmat dan Ampunan "

21 Juli 2011 pukul 19:07
.Indah'nya Ramadhan "Bulan Penuh Rahmat dan Ampunan "
*.•♥* ♥•.¸.•*¨) '".♥•*♥•*¨*•♥•*¨*•*•♥.'" (¸.*•´.•♥ * ♥•.*

♥:.بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ :.♥

ALLOH Azza Wa Jalla . Berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(QS.Al-Baqarah :183)

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari,Muslim, Nasa'i,Ahmad-Baihaqi )

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(HR Imam Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HRBukhari,Muslim, Nasa'i,Ahmad, Ibn Khuzaimah,Ibn Hibban - Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :  yang maksudnya:
'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :Maksudnya:'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.' (HR Bukhari)


Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan.Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)


Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda
:'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.

2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata,
'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah Azza Wa Jalla pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:
Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih
dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.'
(Riwayat Al Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' (Sahih Bukhari)

*.•♥♥• Mutiara Hikmah By:Admin "Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya" •♥♥•.*

Semoga paparan ini dapat membuka minda kita ....
Merebut peluang ke'emasan yang ada dibulan Ramadhan kali ini....
Embun suci di pagi hari, hati yg bersih ‘kan lahir kembali. ...
Bulan ramadhan t’lah menanti, bersihkan diri menghadap Ilahi....
Seiring terbenam Mentari di akhir Sya’ban ...
Tibalah kini bulan Ramadhan "Bulan Penuh berkah ....
Pesan ini sebagai ganti jabat tangan ....
Tuk memohonkan maaf dari kekhilafan ....

Ya ALLOH ……

Perkayalah kami Semua ini dengan keILMUan ...
Hiasi hati kami dengan keSABARan ...
Muliakan wajah kami dengan keTAQWAan ...
Perindalah fisik kami dengan keSEHATan ...
Serta terimalah amal ibadah kami dengan kelipat gandaan ....
Karena hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam ....

Marihlah sambut Bulan Ramadhan ini dengan Hati yang Khusyu ...
Semoga Bulan Ramadhan ini bisa Menambah KeIMANan & KeTAQWAan kita kepada-Nya. ...

" Tiada kemenangan tanpa Dzikrullah ....
" Tiada amal tanpa keIKHLASan ...
" Tiada AMPUNAN tanpa MAAF dari sesama Insan ...

,,,,,,,, Marhaban Ya Ramadhan ,,,,,,,,
......Mohon maaf lahir dan bathin…...

* Marhaban yaa Ramadhan *
" Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan "Bulan Penuh Rahmat dan Ampunan "


(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸AAMIIN¸.•`( ¯`v´¯)(¯`v´ ¯)
`•.¸.•`.`•.¸.•`_SUBHANALLOH_`•.¸.•`.`•.¸.•`
(¯`v´¯).•♥•.¸.•*¨).••♥•♥••.(¸. •´.•♥•.(¯`v´¯)
`•.¸.•`_¶**¶_____________¶**¶_ __`•.¸.•`
___________*¶*___*¶*_____*¶*__ __*¶*
__________*¶*_______*¶*¶*_____ ___*¶
_________*¶*__________*_______ ____*¶*
_________*¶*__________________ ____*¶*
_________*¶*______
Posted by fuziah at 6:43 PM No comments:

Sunday, June 5, 2016

5 jun 2016 - AHAD 29 S1437 Syaaban Taman Rekreasi Herba Madani

Hari ini saya dengan penuh semangat dan azam dapat melngkapkan menanam pokok-pokok yang di beli di Floria PutraJaya ....

1.Pokok Asam Jawa ( manis)
2. Asam Gelugur
3. Kayu Manis
4. Gajus
5. Tenggek Burung
6. Salam
7. Mambu

8.  Ciku
9. Jambu Batu (Merah)
10.Abiu
11. Delima
12. Durian Belanda (3)












Posted by fuziah at 6:19 AM No comments:

FLORIA PUTRAJAYA berlabuh sudah - 27 Mei hingga 4 Jun

Saya tidak pernah  ketinggalan untuk  pergi  ke Floria Putrajaya.




















Posted by fuziah at 6:07 AM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

MENTOR JUTAWAN - Irfan Khairi

  • Motivasi Internet Jutawan

About Me

fuziah
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  August (1)
      • Nostalgia
  • ►  2019 (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
  • ►  2018 (156)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (45)
    • ►  March (7)
    • ►  February (25)
    • ►  January (54)
  • ►  2017 (52)
    • ►  December (10)
    • ►  September (10)
    • ►  June (3)
    • ►  May (15)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (11)
  • ►  2016 (207)
    • ►  December (6)
    • ►  November (4)
    • ►  October (14)
    • ►  September (22)
    • ►  August (5)
    • ►  July (9)
    • ►  June (15)
    • ►  May (19)
    • ►  April (51)
    • ►  March (33)
    • ►  February (26)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (484)
    • ►  December (21)
    • ►  November (58)
    • ►  October (58)
    • ►  September (160)
    • ►  August (187)
  • ►  2012 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2011 (16)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
  • ►  2010 (13)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2009 (50)
    • ►  December (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  March (9)
    • ►  February (18)
  • ►  2008 (28)
    • ►  December (21)
    • ►  November (7)
Simple theme. Powered by Blogger.