Tuesday, September 8, 2009
H1N1...virus canggih tahun 2009
Saturday, July 25, 2009
InfoSIHAT- SPIRULINA
- terutama yang menghadapi masaalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol.
- Tumbuhan alga unisel ,yang berwarna hijau gelap, kaya dengan pigmen tumbuhan seperti klorofil, beta-karotena dan fikosianin: yang merangsang sistem imun dan manafaat menangani sesetengah penyakit degeneratif , yang biasa berkait dengan masaalah penuaan.
- Ia mempunyai banyak jenis asid amino dan kandungan protein yang tinggi, iaitu melebihi 60% yang membantu dalam melengkapkan keperluan protein harian.
- Ia rendah lemak dan kalori serta tanpa kolestrol.
- Ia mempunyai dinding sel yang lembut dan memudahkan untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh.Teutamanya dikalangan mreka yang mempunyai masaalah penghadaman dan gangguan usus seperti orang-orang tua.
- Ia membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan orang tua.
- Ia juga kaya dengan mineral zat besi, magnesium , zink dan beberapa lagi
Catatan saya:
Seingat saya ketika zaman remaja dulu , saya ada mengamalkan mengambil Spirulina ini untuk sihat dan jaga diet (nak sentiasa slim).Product dari Jepun.. selain daripada itu saya pernah juga ambil larutan CHLOROPHYL begitu saje...demi kesihatan..terima saje yang dicadangkan masa tu..Mentang-mentang saya amat meminati BIOLOGY .. apa saje tentang Nature , tak tolak...
Peringatan buat yang lupa: " BADAN yang SIHAT datang dari MINDA yang SIHAT "
Kini.. untuk kekal sihat saya amalkan mengambil 1 kapsul sofgel dari PROVITON setiap hari yang mengandungi :
Vit. A,D,E,B1,B2,B6,Acid Ascorbic(Vit.C), Asid Folik, Nikotamid,Biotin,Calsium, Copper, Inositol, Iodine, Iron, Lecithin, Lysine, Magnesium,Phosphorus,Pottasium, Zinc and GINSENG IDB (Ginseng Extract).
Juga secara tradisional saya mengambil satu sudu JUS TOK GURU setiap hari yang mengandungi:
- Ekstrak -ekstrak KURMA - KISMIS (Anggur Kering)-DELIMA- Minyak Habbatus Sauda- Minyak Zaitun -MADU ASLI (disebut dalam Al-Quran) - ZA'FARAN-Ginkyo biloba, Centella asiatica (Pegaga) , Passiflora ( Buah Markisa) - Perisa Strawberry.
Layari website ; http://www.tokguru.net
email:info@tokguru.net
Tel: 019-989 0010 ; 019-240 4010
of Course :
BADAN - MINDA-OTAK dan HATI yang sihat -----> Insan Manusia SIHAT & SEIMBANG
Wassalam. Jumpa lagi.
Monday, July 20, 2009
KEMaTIAN - Pesan Pak Hamka
Ingat kepada MATI ...
- menghapuskan angan-angan yang tak menentu
- menghilangkan was-was dan mengenang barang ..akan menghabiskan umur.
- menjadikan manusia sabar menerima bahagian yang sedikit
- tidak tamak akan harta benda lebih dari yang mesti, dan
- tidak menolak berapa yang diberi
- tidak terkejut dan tergamam jika harta itu habis.
- Ingat MATI .. mengajarkan taubat.
- Ingat MATI ...menghindarkan perbuatan hidup yang membawa khisit, khianat dan tamak haloba.
- Ingat MATI menghindarkan azab
- Ingat MATI menghindarkan takbur.
Pak Hamka bermadah lagi...
- KEMATIAN seorang RAJA yang sedang beradu di atas singgahsana, dijaga oleh ratusan dayang-dayang dan pengawal yang berjaga dipintu gerbang, sebenarnya saja rasanya, dengan KEMATIAN seorang PAPA , yang mati kejang di kaki lima.
- Kedua-duanya sama sampai diperkuburan.
- Mayat Raja akan hancur busuk dengan kain suteranya, begitu juga mayat sipapa dengan baju kumal yang melekat pada badannya. Sama-sama busuk, sama-sama hancur.
Oleh itu...
- Pak Hamka.
Dari saya ...Maka banyaklah bersedekah dan sentiasa hidup berbuat kebaikan dan berjasa pada orang lain dan kehidupan itu sendiri..hindari diri dari maksiat hati dan lidah apatah lagi maksiat perbuatan.. termasuk senantiasa berprasangka buruk dan jauhilah PHD.. Perasaan Hasad Dengki...
Seperti kata Pepatah Melayu ...
Mati HARIMAU meninggalkan BELANG..
Mati MANUSIA meninggalkan NAMA yang BAIK... disebut orang sepanjang masa..
.. seperti PAK HAMKA... senantiasa disebut-sebut dan dikenang di atas kebaikannya... ketokohannya.. keilmuannya... dan Penulisannya yang sangat menyentuh sanubari...
Hingga kini saya tidak dapat lupakan sentuhan tintanya .. novel-novel hebat beliau:
" Di Bawah Lindungan Ka'abah .. HARTINI ... 'Tenggelamnya Kapal Van De Verjk"..
Innalilla..hira jiun.. kpd saudara Islam yang telah mendahului kita.. Alfatiha buat
pelajar-pelajar kesayangan ku..
- JAUHARATUL DINI, RITA ROSLINA, RAZLAN AMIR.. NOOR IZMI.. pelajar perintis SMKJ3.. dan juga sahabat seperjuangan
- Pn. ZAWIAH ...guru perintis SMKJ3..
and .... A tribute to MICHAEL JACKSON.. MIKAIL.
dan bagi Yang Tinggal dan masih diberi peluang untuk menghirup udara segar diBumi ALLAH ini.... Perjuangan HIDUP perlu diteruskan jua.. Sentiasa Bersyukur , Redha dan Bertawakkal..
Amin.. RabulA'lamin.
Semoga HARI INI lebih baik dari SEMALAM.
Wassalam. Jumpa lagi.
Sunday, July 12, 2009
BUDI -MUTIARA KATA - PAK HAMKA
Syair Pak Hamka tentang BUDI....buat renungan kalian yang membaca
Pahlawan budi tak pernah temenggur,
Khidmat hidup sambung menyambung;
Kadang turun kadang membubung,
Sampai istirehat di liang kubur.
Jikalau dasar budimu culas,
Tidaklah berubah kerana pankat;
Bertambah tinggi jenjang ditingkat,
Perangai asal bertambah jelas.
- Keutamaan budi ialah menghilangkan segala perangai buruk, adat istiadat yang rendah, yang telah ditentukan oleh agama..mana yang mesti dibuang dan mana mesti dipakai. Serta biasakan bersikap terpuji dan mulia yang berkesan dalam pergaulan setiap hari serta rasailah nikmatnya.
- Membalas sikap buruk ;lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi..
Kemuliaan sejati yang dianggap bernilai oleh ALLAH, tidak lain daripada ...
- kemuliaan hati,
- kemuliaan budi,
- kemuliaan perangai dan
- ketaatan kepada Ilahi.
Sekian. Wassalam. Jumpa lagi.
Friday, July 3, 2009
BAHASA HATI - Mutiara Kata
Perihal BAHASA HATI ....
Pujangga Hamka bermadah ....
- Bahawasanya BAHASA yang diucapkan oleh manusia dengan lidahnya, sama ada disedari atau tidak . timbul dari LIDAHnya.
- BUDI adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinnya. Sifat batin itu dinamakan makna dan kalimat-kalimat yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan daripada makna yang terkandung dalam batin.
- Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budinya.
- Dalam Ilmu kesusteraan Arab , ilmu bahasa yang indah dinamai Ilmu-Adaab. Tegasnya Ilmu bahasa yang indah, kesusateraan yang bermutu merupakan sebahgian daripada budi pekerti yang luhur jua.
" Bahasa adalah salah satu unsur yang membezakan manusia dengan haiwan ".
" 26 buah huruf Rumi (Latin) tidak cukup untuk menggantikan 29 buah huruf Jawi (Arab) "
- BAHASA HATI dapat dinilai daripada kata-kata yang dituturkan.
Kata orang bijaksana : " LIDAH adalah duta hati kita sendiri ".
Berkata Sayidina Ali r.a., " Bahawasa perasaan yang disembunyikan oleh seseorang itu sering dibukakan oleh kata-kata yang terpancar dari lidahnya dan dibayangkan oleh garis-garis air mukanya"
- Oleh itu ramai ahli iwa mengatakan bahawa tiap-tiap orang itu mempunyai EMPAT MUKA , iaitu:
1. Muka yang dipandang oleh matanya sendiri
2. Muka yang dipandang oleh sahabatnya
3. Muka yang dipandang oleh musuhnya, dan
4. Muka yang sebenar
Ilmu jiwa manusia dapat memberikan kita panduan untuk mengenal BAHASA HATI seseorang. Dikatakan ada TIGA jenis peribadi manusia, yang hanya dikenali ketika melakukan tiga perkara:
1.Seorang yang lembut hati dikenali ketika berlaku kemarahan.
2. Hati yang berani dikenali sewaktu di dalam perjuangan.
3. Seorang saudara yang sebenar akan dikenali apabila berlaku keperluan/ dalam kesusahan.
- Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras, sebagaimana benih tidak subur di atas batu.
Kata-kata pendeta : Hati orang yang bodoh itu dalam mulutnya, tetapi mulut orang bijaksana di dalam hatinya".
- Orang yang bersih dan mulia hati akan seniasa melakukan perbuatan-perbuatan baik. Orang yang mulia hati mempunyai sifat peribadi yang tinggi. Disamping budi dan akhlak terpuji , ia juga bersifat jujur dan ikhlas , rendah hati, pengasih dan penyayang serta bersifat sabar.
- Orang yang berhati mulia , tidak akan menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya.
Pepatah Perancis menyebutkan: " Syak wasangka adalah racun persahabatan".
- Hati yang mulia tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati kepada sesiapun.
Wassallam. Jumpa lagi.
Saturday, June 6, 2009
HIDUP -KEHIDUPAN - Suatu teka teki
Memang kehidupan didunia ini, kadang-kadang dirasakan sebagai suatu TEKA TEKI.
- Kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang diharap tetapi menerima apa yang tidak diharapkan.
- Banyak perkara yang menyimpang daripada kebenaran berlaku kerana manusia sendiri suka dan rela menerima apa yang tidak benar.
- Ada orang-orang yang mengeluh sukar mendapat wang tetapi setelah mendapatnya mudah pula membazirkan wangnya.
- Kata orang bijaksana:
" Dunia adalah satu komidi kepada orang yang berfikir dan satu tragedi kepada orang yang merasa."
- Shakespeare mengibaratkan :
" Hidup ini laksana sebuah sandiwara, dunia sebagai pentas dan manusia dan manusia sebagai pelakonnya ".
- Untuk menjadi pelakon yang berjaya, seseorang itu mesti mampu membawakan watak yang dibeerikan dengan berkesan.
- Oleh itu untuk mencapai hidup yang sempurna dan bahagia seseorang itu perlu perlu memiliki sifat yang baik. Kata orang bijaksana :
" Hidup pokok berbuah, hidup manusia berfaedah"
- Seorang ahli falsafah pula menyatakan :
"Kengganan melakukankebaikan sama dengan melakukan kejahatan".
- Peribahasa kita mengingatkan :
" Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali."
PAKAIN HIDUP yang utama ialah budi pekerti yang baik.
- Peribahasa kita : " Bahasa menunjukkan Bangsa"
- Peribahasa juga mengatakan ": Sebab buah berkenalan pokoknya"
- Benar kata pepatah : "Hidup tidak kerana doa , mati tidak kerana kaul ."
Irama Hidup akan sumbang jika kita bersikap :
" Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing."
- Agar irama hidup dapat beralun mengikut nada yang harmoni dan indah , maka hidup kita hendaklah bersikap seperti kata peribahasa:
"Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing " dan
" Bagai telur sesangkar, pecah sebiji pecah semuanya"
Manusia perlu BERAGAMA.
- Dengan pimpinan Agama sahajalah peribadi manusia dapat diisi dengan nilai-nilai hidup yang baik dan sempurna.
- ISLAM adalah agama suci yang memimpin manusia kepada jalan hidup dan tujuan hidup yang sebenar..
- Islam mengatur rukun-rukun hidup manusia untuk kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
- Ia juga membentuk manusia ke arah berbudi pekerti mulia serta membersihkan jiwa manusia daripada segala kekotoran dan memimpin manusia kepada keutamaan berperibadi yang tinggi.
- Menurut ahli falsafah:
" Maksud ISLAM ialah memperbaiki masyarakat manusia supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan sesama manusia. Salah satu pekerjaan yang wajib dikerjakan dalam rangka beragama ialah ' Amar maaruf nahi mungkar' ertinya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah membuat keburukan".
- Sayugia kita dikehendaki menjalani hidup mengikut jalan dan arah yang sebaik-baiknya , iaitu yang mengikut jalan yang diredahai oleh Allah.
- Berbakiti kepada Allah, kepada manusia dan negara...
- Itulah jalan hidup menuju tingkat kehidupan yang sejahtera dan bahagia dan ...
..... Itulah IRAMA HIDUP yang INDAH.
Catatan saya:
Sepanjang hayat saya...amat banyak onak dan duri yang harus saya lalui dan tempuhi.. sebelum saya sampai ke tahap ini... walaupun sehingga kini Ujian kehidupan amat getir ..masih sedang ditempuhi....
Sebagai insan yang kerdil.. senjata yang paling penting.. adalah keteguhan Iman.. Berpendirian teguh ....Kecekalan hati.. sentiasa redha akan Ujiannya dan Bertawakal di atas segala ketentuannya. Saya selalu berpegang dengan kata-kata :
"Que sera-sera .. Let it be,it be ... Come What May.. the rest leave it to Allah .. He knows best.. and
" There is always a silver lining within the clouds... There is A Blessing in Disguise ..Ada Hikmah disebalik kesemua kejadian yang berlaku.. Kita sebagai hamba Allah sentiasalah bersyukur diatas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan.. dan tabah serta sabar di atas segala Ujannya. Jadilah ANAS yang terbaik.... Amin. Yarabul a'lamin.
Sekian .. Wassallam.. Izin berhenti buat seketika... banyak tugasan lain sedang menunggu.
Friday, June 5, 2009
Hidup- Kehidupan - Hidup berpendirian
- Orang yang tidak mempunyai pendirian hidup , diibaratkan seperti lalang bergerak mengikut angin.
- Seorang sarjana Muslim pernah berkata:
" Bersungguhlah tegak menguatkan pendiriannmu selama hidup. Ketahuilah bahawa kehidupan itu hanya berharga kerana keyakinan yang teguh dan tetap serta usaha yang bersungguh-sungguh."
- Dengan suatu pendirian yang betul kita perlu berusaha dengan tekun dan sabar.
- Lidah pendeta ada menyatakan :
" Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan"
- Sebuah peribahasa Barat pula menyebutkan :
" Rajin bekerja senang belanja"
- Serangkap syair kita mengenai rajin:
Rajin itu besar faedahnya,
Dengan dialah mulia jadinya,
Gunung yang tinggi dapat diruntuhnya,
Bahkan laut kering ditimbanya.
- Perjalanan hidup merupakan irama kehidupan yang sentiasa bergerak dan mencabar.
- Dalam menghadapi hidup , kita tidak harus berputus asa.
- Sepatah kata Mustafa Kamal "
" Tidak ada erti hidup kalau berputus asa dan tidak ada alasan untuk putus asa kalau masih hidup".
- Kegagalan adalah cubaan yang lumrah dalam kehidupan manusia. Oleh itu harus menjadikan cubaan itu sebagai cermin kehidupan ( " Mirror of Life"....cantik ungkapan ini.)
- Kata seorang pujangga Barat:
" Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin,basah dan lembab, tidak disukai oleh insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur".
- Confucius, ahli falsafah China yang termasyhur pernah menyatakan :
" Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. Orang yang mengelamun laksana bermimpi ; kita sering menikmati keindahan di dalam mimpi, tetapi setelah mata terbuka semua sinarnya hilang".
Catatan saya:
Sesungguhnya ... hidup ini bagaikan satu mimpi.. kadangkala kita bermimpi yang indah-indah .. sungguh gembira dan mengasyikkan... kadangkala kita mengalami mimpi buruk dan kadangkala mimpi ngeri ("nightmares" ) .... petanda kita kena senantiasa muhasabah diri... perlu "contercheck" dan imbangbalik .. whatever perkara yang kita dah tempoh sepanjang hidup kita selama ini... kalau boleh biarlah hidup kita banyak yang positif... hidup banyak berbakti dan membuat kebaikan sesama insan dan makhluk tuhan yang lain.. termasuklah fauna dan floranya serta Alam itu sendiri... Love Nature.. dan banyak bersyukur di atas segala nikmat yang limpah ruah ... yang diberikan... everything will be fine.. everything will be balanced ... in and out... I hope you know what i mean....
Wassallam. Audios. Jumpa lagi.