Alhamdulillah..Label-label telah siap dibuat untuk diletakkan di Laman-laman yang telah di tetapkan
Jenis label yang dibeli dari supplier - Encik ERIK ( Hikmah Lawatan kami ke Taman Botani KL).
.
A. Label- label Projek Limau Kasturi (20 LK) Qariah Al-Madani tetap untuk menggantikan yang sementara.
B Label- Label Flora di 10 Laman yang ditetapkan seperti berikut:
Alhamdulillah ..Logo THRM telah berjaya dihasilkan , hasil karya oleh KHAIRIL ANUAR - menantuku sendiri
Ilhamcipta dari saya sendiri dan perbincangan sesama ahli AJK Taman
Logo THRM mengukir sejarah Taman kami ...genap usianya 2 tahun
Sejak- Since November 2015 - November 2017 = 2tahun.
Tag Logo : Bunga Telang - Bunga Kantan - diapit oleh Daun Pandan-Serai - Paku pakis
Moto Taman : Sihat- Cerdas- Informatif
Sihat : Adanya aktiviti riadah setiap pagi Rabu ( 8.00am- 9.00am)- Senamrobik dan setiap pagi Jumaat ( 7.30 am- 8.30 am) di Laman Riadah dan Refleksologi.
Cerdas : Melalui aktiviti gotong royong dari semasa ke semasa- menjalinkan ukhwah sesama Qariah komuniti Al-Madani, sambil sama-sama memberi sumbangan dalam bentuk dana mahupun ide..
Informatif: Flora di taman dilabelkan dengan Nama Tempatan- Nama Saintifik- Famili dan diberikan juga info berkaitan dengan kegunaan- khasiat flora tersebut.
Harapan kami dengan adanya logo ini melambangkan identiti kami, Qariah Al-Madani,- Seksyen 3 Bandar Baru Bangi .Insyaallah melalui pemakaian T- Shirt, adanya Key- Chain dsb.
Looking forward for our Launching - Open Day : Pelancaran dan Hari terbuka THRM pada Ahad- 1 April 2018 . In Sya Allah. Amin. Adios.
Jom kenali Limau Kasturi... salah satu Famili Limau Popular
Mula projek : Sabtu 05 Og0s 2017
Tarikh Tuaian-harvest- Mac 2018...dana TRHM
Ketua Projek : Pn Rohizan..
Melibatkan 20 kumpulan MADANI LADIES (LK 01 - LK20 -LK21)..
In Sya Allah..semua akan ok..
Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi)
adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika,
ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa
tumbuh di kawasan tropika.
sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu
menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil, namun tahukah anda
bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang
umumnya ramai tidak mengetahuinya. Rata-rata menggunakan limau kasturi
untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan
minuman yang cukup menyelerakan. Oleh itu jom semak khasiat limau
kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa
masalah kesihatan.
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas
air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya
dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi
pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar.
Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau
kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara
ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum
setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas,
kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda
yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang
diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian
bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji
air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala
lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke
seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga
bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan
rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.