Wednesday, December 2, 2009

GENIUS X TRA : MIND & SOUL - produk makanan MINDA Inovasi Terkini Pantas dan Berkesan

Salam buat kalian...sudah kian lama saya tidak menulis yakan..

Semalam saya terpandang dan memetik MUTIARA KATA TV3 ini..


Tiada Insan Suci
Yang Tiada Masa Lampau
Tiada Insan Berdosa
Yang Tiada Masa Depan.

Maka saya menjadi begitu teruja untuk menulis semula ..dan seterusnya terus ingin berkongsi pengalaman saya sebagai INSAN guru..ibu..warga yang prihatin di atas berbagai-bagai perkara.. terutama berkaitan dengan KESIHATAN ..KECEMERLANGAN HIDUP ...MOTIVASI dan macam-macam lagi...

Buat kalian warga ibu bapa dan pembaca yang setia ...saya telah diperkenalkan dengan satu produk yang amat menarik perhatian , yang diilhamkan oleh seorang pakar AFTL Technology : Alhayat Faster Than Light Technology ,DR Mohd Yusoff Hussin M.D.(A.M.) - Menjana Ide Kebuntuan Insan Manusia.

Saya amat tertarik dengan profil pribadi beliau seperti berikut:

Dari pengalaman berselipar jepun di sekolah rendah berjaya menjadi pegawai tentera yang berbakti dilapangan Intelligent & Perisikan berpangkat Lt Komander & pegawai memerintah Kapal sehingga bersara , yang akhirnya menjadi Dr. Perubatan Alternatif yang boleh merawat berbagai masaalah yang nampak kronik termasuk GILA , LUMPUH dan juga berjaya dalam lapangan pembangunan diri , bagaimana untuk hidup tanpa masaalah. Beliau mengambil masa 30 tahun untuk sampai ke tahap ini.

Beliau menemui Teknologi Canggih Merubah Kehidupan .Penggunaan Virtual Negatif Photon (VNP) dalam pembangunan kehidupan adalah suatu perkara baru yang terbukti berkesan. VNP adalah sebenar-benar tenaga hayat atau VITAL FORCE yang biasa disebut tapi ramai tidak tahu makna sebenarnya.

Segala subjek tenaga dan kehidupan berkitar pada interaksi antara cas Negatif & Positif. tanpanya, jisim tidak bergerak. Apa sahaja kehidupan akan terhenti dan sebenarnya tidak akan ada kehidupan tanpanya. Kesedaran pada subjek ini akan membebaskan belenggu diri sebebas-bebasnya.

Barulah potensi sebenar insan terserlah tanpa batas. Tiada soalan lagi tanpa jawapan. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Yang ada hanya Penjanaan Idea Pemecah Kebuntuan.

Yang saya rasa sangat "impress" dengan produk ini ..kerana tuannya sendiri sudi datang ke rumah menerangkannya pada saya..boleh faham kut..cara kebetulan saya guru Sains...menerangkan secara terperinci teknologi ini.. dan pernah ditemuramah di RTM1 dan di iklankan diakhbar-akhabar termasuk SINAR HARIAN (14 Ogos 2009) dan KOSMO ( setiap keluaran) ... dan yang paling mengkagumkan ialah TESTOMONI -Testimoni yang dipaparkan dalam Internet , yang kemudian saya cetak untuk rujukan ... sangat meyakinkan.. diantaranya termasuklah yang berikut (Tajuknya saje) :

  • Perasaan sudah menang sebelum tempur - Pelajar menjadi Johan dalam pertandingan silat solo Peringat Negeri Perak.
  • Nurul Syafiqah - Akademik Meningkat , Kokurikulum Cemerlang.
  • Hilang Nakalnya, Akademik Meningkat.
  • Tugas Mengurus anak makin mudah
  • Hidup lebih bermakna, sikap-sikap Negatif Diri Berubah.
  • Dah pandai bangun Subuh tanpa disuruh.
  • Baru 4 tahun dah petah bercakap.
  • Sikecil sudah cekap mengnal ABC.
  • Boleh tidur lena & Berkualiti.
  • Rajin Hafal Sifir.
  • Berubah sikap, makin rajin mengaji dan solat.
  • Pelatnya hilang!
  • Terasa menjadi "Orang Baru".
  • Rajin Solat & seronok membuat kerja rumah.
  • Niatkan apa saja!.. dari rabun boleh mleihat dengan lebih terang.
  • Produk-produk AFTL membantu pesakit KANSER.
  • Demam dan sakit kaki sembuh serta merta.
  • Hati semakin tenang, Keluarga berubah ceria.
  • Bermimpi didatangi lelali tua berbaju putih.
  • Anak yang lari menghilang, pulang semula ke rumah.
  • Terlihat diri meninggal dunia dan dikafankan.
  • Impian terlaksana sebaik pulang dari Seminar AFTL.
  • Bayangan Milik Pasar Mini menjadi kenyataan.
  • Kisah Amirul- Luarbiasa. Tapi Benar.. (pulih selepas kemalangan teruk).
  • Berjaya mendapat 8A (pelajar PMR..sebelumnya result selalu teruk)
  • Dapat semula wang yang dilarikan.
  • Perniagaan berkembang & bebas dari masalah.

Testomoni untuk diri saya sendiri juga...saya sedang mengambilnya setiap hari sebelum da selepas bangun tidur..

  • Mencapai titik ketenangan.
  • Lebih Yakin, Bertenaga, Kreatif & Produktif.
  • Wajah sentiasa berseri-seri hidup ceria...

Jika berminat mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk AFTL ini terutama Genius Xtra ini..

Sila layari website : www.aftltech.com.

Jika berminat untuk mendapatkan produk GeniusXtra ini bolehlah hubungi saya melalui :

No. talian : 03-89257176

HP : 016-3574895

E.mail : fuzij3@yahoo.com

MINDA yang SIHAT datang dari BADAN yang SIHAT..

OTAK CERGAS ...BADAN SIHAT.

Sekian. Wassallam. Jumpa lagi.

Saturday, October 24, 2009

NURUL FS Nurseri

Tuesday, September 8, 2009

H1N1...virus canggih tahun 2009

Pengalaman sendiri sebagai High risk H1N1..kerana jangkitan Pneumonia

Saturday, July 25, 2009

InfoSIHAT- SPIRULINA

Info SPIRULINA - buat Warga emas - golongan 60 ke atas

-
terutama yang menghadapi masaalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol.

  • Tumbuhan alga unisel ,yang berwarna hijau gelap, kaya dengan pigmen tumbuhan seperti klorofil, beta-karotena dan fikosianin: yang merangsang sistem imun dan manafaat menangani sesetengah penyakit degeneratif , yang biasa berkait dengan masaalah penuaan.
  • Ia mempunyai banyak jenis asid amino dan kandungan protein yang tinggi, iaitu melebihi 60% yang membantu dalam melengkapkan keperluan protein harian.
  • Ia rendah lemak dan kalori serta tanpa kolestrol.
  • Ia mempunyai dinding sel yang lembut dan memudahkan untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh.Teutamanya dikalangan mreka yang mempunyai masaalah penghadaman dan gangguan usus seperti orang-orang tua.
  • Ia membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan orang tua.
  • Ia juga kaya dengan mineral zat besi, magnesium , zink dan beberapa lagi
Spirulina dihasilkan secara organik. dijamin mutu dan kebersihannya. - BIOLIFE.


Catatan saya:

Seingat saya ketika zaman remaja dulu , saya ada mengamalkan mengambil Spirulina ini untuk sihat dan jaga diet (nak sentiasa slim).Product dari Jepun.. selain daripada itu saya pernah juga ambil larutan CHLOROPHYL begitu saje...demi kesihatan..terima saje yang dicadangkan masa tu..Mentang-mentang saya amat meminati BIOLOGY .. apa saje tentang Nature , tak tolak...

Peringatan buat yang lupa: " BADAN yang SIHAT datang dari MINDA yang SIHAT "


Kini.. untuk kekal sihat saya amalkan mengambil 1 kapsul sofgel dari PROVITON setiap hari yang mengandungi :

Vit. A,D,E,B1,B2,B6,Acid Ascorbic(Vit.C), Asid Folik, Nikotamid,Biotin,Calsium, Copper, Inositol, Iodine, Iron, Lecithin, Lysine, Magnesium,Phosphorus,Pottasium, Zinc and GINSENG IDB (Ginseng Extract).



Juga secara tradisional saya mengambil satu sudu JUS TOK GURU setiap hari yang mengandungi:

  • Ekstrak -ekstrak KURMA - KISMIS (Anggur Kering)-DELIMA- Minyak Habbatus Sauda- Minyak Zaitun -MADU ASLI (disebut dalam Al-Quran) - ZA'FARAN-Ginkyo biloba, Centella asiatica (Pegaga) , Passiflora ( Buah Markisa) - Perisa Strawberry.

Layari website ; http://www.tokguru.net
email:info@tokguru.net

Tel: 019-989 0010 ; 019-240 4010


of Course :

BADAN - MINDA-OTAK dan HATI yang sihat -----> Insan Manusia SIHAT & SEIMBANG


Wassalam. Jumpa lagi.

Monday, July 20, 2009

KEMaTIAN - Pesan Pak Hamka

Pak HAMKA bermadah...

Ingat kepada MATI ...

  • menghapuskan angan-angan yang tak menentu
  • menghilangkan was-was dan mengenang barang ..akan menghabiskan umur.
Mengingati MATI akan ...
  • menjadikan manusia sabar menerima bahagian yang sedikit
  • tidak tamak akan harta benda lebih dari yang mesti, dan
  • tidak menolak berapa yang diberi
  • tidak terkejut dan tergamam jika harta itu habis.
  • Ingat MATI .. mengajarkan taubat.
  • Ingat MATI ...menghindarkan perbuatan hidup yang membawa khisit, khianat dan tamak haloba.
  • Ingat MATI menghindarkan azab
  • Ingat MATI menghindarkan takbur.

Pak Hamka bermadah lagi...

  • KEMATIAN seorang RAJA yang sedang beradu di atas singgahsana, dijaga oleh ratusan dayang-dayang dan pengawal yang berjaga dipintu gerbang, sebenarnya saja rasanya, dengan KEMATIAN seorang PAPA , yang mati kejang di kaki lima.
  • Kedua-duanya sama sampai diperkuburan.
  • Mayat Raja akan hancur busuk dengan kain suteranya, begitu juga mayat sipapa dengan baju kumal yang melekat pada badannya. Sama-sama busuk, sama-sama hancur.
Hanya AMAL KEBAJIKAN masing-masing tidak akan hancur.

Oleh itu...

Tiap-tiap hari melangkah dalam hidup ini, ingatlah mati sekali, supaya bekal ke sana bertambah banyak disediakan.

- Pak Hamka.

Dari saya ...Maka banyaklah bersedekah dan sentiasa hidup berbuat kebaikan dan berjasa pada orang lain dan kehidupan itu sendiri..hindari diri dari maksiat hati dan lidah apatah lagi maksiat perbuatan.. termasuk senantiasa berprasangka buruk dan jauhilah PHD.. Perasaan Hasad Dengki...

Seperti kata Pepatah Melayu ...


Mati HARIMAU meninggalkan BELANG..
Mati MANUSIA meninggalkan NAMA yang BAIK... disebut orang sepanjang masa..

.. seperti PAK HAMKA... senantiasa disebut-sebut dan dikenang di atas kebaikannya... ketokohannya.. keilmuannya... dan Penulisannya yang sangat menyentuh sanubari...
Hingga kini saya tidak dapat lupakan sentuhan tintanya .. novel-novel hebat beliau:

" Di Bawah Lindungan Ka'abah .. HARTINI ... 'Tenggelamnya Kapal Van De Verjk"..

Innalilla..hira jiun.. kpd saudara Islam yang telah mendahului kita.. Alfatiha buat
pelajar-pelajar kesayangan ku..
  • JAUHARATUL DINI, RITA ROSLINA, RAZLAN AMIR.. NOOR IZMI.. pelajar perintis SMKJ3.. dan juga sahabat seperjuangan
  • Pn. ZAWIAH ...guru perintis SMKJ3..

and .... A tribute to MICHAEL JACKSON.. MIKAIL.

dan bagi Yang Tinggal dan masih diberi peluang untuk menghirup udara segar diBumi ALLAH ini.... Perjuangan HIDUP perlu diteruskan jua.. Sentiasa Bersyukur , Redha dan Bertawakkal..
Amin.. RabulA'lamin.

Salam Maal Hijrah buat kalian semua ...
Semoga HARI INI lebih baik dari SEMALAM.


Wassalam. Jumpa lagi.

Sunday, July 12, 2009

BUDI -MUTIARA KATA - PAK HAMKA

Salam ukhrawi.. rindu sangat nak menulis...


Syair Pak Hamka tentang BUDI....buat renungan kalian yang membaca

Pahlawan budi tak pernah temenggur,
Khidmat hidup sambung menyambung;
Kadang turun kadang membubung,
Sampai istirehat di liang kubur.

Jikalau dasar budimu culas,
Tidaklah berubah kerana pankat;
Bertambah tinggi jenjang ditingkat,
Perangai asal bertambah jelas.

  • Keutamaan budi ialah menghilangkan segala perangai buruk, adat istiadat yang rendah, yang telah ditentukan oleh agama..mana yang mesti dibuang dan mana mesti dipakai. Serta biasakan bersikap terpuji dan mulia yang berkesan dalam pergaulan setiap hari serta rasailah nikmatnya.
  • Membalas sikap buruk ;lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi..

Kemuliaan sejati yang dianggap bernilai oleh ALLAH, tidak lain daripada ...

  • kemuliaan hati,
  • kemuliaan budi,
  • kemuliaan perangai dan
  • ketaatan kepada Ilahi.

Sekian. Wassalam. Jumpa lagi.

Friday, July 3, 2009

BAHASA HATI - Mutiara Kata

Salam ukhrawi dari saya...

Perihal BAHASA HATI ....

Pujangga Hamka bermadah ....
  • Bahawasanya BAHASA yang diucapkan oleh manusia dengan lidahnya, sama ada disedari atau tidak . timbul dari LIDAHnya.
  • BUDI adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinnya. Sifat batin itu dinamakan makna dan kalimat-kalimat yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan daripada makna yang terkandung dalam batin.
  • Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budinya.
  • Dalam Ilmu kesusteraan Arab , ilmu bahasa yang indah dinamai Ilmu-Adaab. Tegasnya Ilmu bahasa yang indah, kesusateraan yang bermutu merupakan sebahgian daripada budi pekerti yang luhur jua.

" Bahasa adalah salah satu unsur yang membezakan manusia dengan haiwan ".

" 26 buah huruf Rumi (Latin) tidak cukup untuk menggantikan 29 buah huruf Jawi (Arab) "

  • BAHASA HATI dapat dinilai daripada kata-kata yang dituturkan.

Kata orang bijaksana : " LIDAH adalah duta hati kita sendiri ".

Berkata Sayidina Ali r.a., " Bahawasa perasaan yang disembunyikan oleh seseorang itu sering dibukakan oleh kata-kata yang terpancar dari lidahnya dan dibayangkan oleh garis-garis air mukanya"

  • Oleh itu ramai ahli iwa mengatakan bahawa tiap-tiap orang itu mempunyai EMPAT MUKA , iaitu:

1. Muka yang dipandang oleh matanya sendiri

2. Muka yang dipandang oleh sahabatnya

3. Muka yang dipandang oleh musuhnya, dan

4. Muka yang sebenar

Ilmu jiwa manusia dapat memberikan kita panduan untuk mengenal BAHASA HATI seseorang. Dikatakan ada TIGA jenis peribadi manusia, yang hanya dikenali ketika melakukan tiga perkara:

1.Seorang yang lembut hati dikenali ketika berlaku kemarahan.

2. Hati yang berani dikenali sewaktu di dalam perjuangan.

3. Seorang saudara yang sebenar akan dikenali apabila berlaku keperluan/ dalam kesusahan.

  • Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras, sebagaimana benih tidak subur di atas batu.

Kata-kata pendeta : Hati orang yang bodoh itu dalam mulutnya, tetapi mulut orang bijaksana di dalam hatinya".

  • Orang yang bersih dan mulia hati akan seniasa melakukan perbuatan-perbuatan baik. Orang yang mulia hati mempunyai sifat peribadi yang tinggi. Disamping budi dan akhlak terpuji , ia juga bersifat jujur dan ikhlas , rendah hati, pengasih dan penyayang serta bersifat sabar.
  • Orang yang berhati mulia , tidak akan menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya.

Pepatah Perancis menyebutkan: " Syak wasangka adalah racun persahabatan".

  • Hati yang mulia tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati kepada sesiapun.

Wassallam. Jumpa lagi.