Cili
Cara ukiran Cili
Cili
|
|
Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas
serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika.
Ia juga
dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia
Utara) serta meriam lada secupak[1].
Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun
ia adalah spesis yang berlainan sama sekali.
Di
Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.
Sejarah
Cili
adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan
manusia.
Memakan
cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu
sebelum Masihi.
Terdapat
bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai
makanan sejak 600 tahun lalu,[2][3] dan ia merupakan salah satu dari
kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai
ladang cili.
Morfologi cili
Cili
adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang
berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau
muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada
kultivar).
Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna
putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang.
Jenis-jenis – Varieti Cili Padi
Mengikut kebiasaannya, antara jenis-jenis tanaman
cili padi yang sering disemai dan sesuai ditanam di negara kita ialah
seperti
Cili
Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam.
Tidak seperti cili
padi hijau
tanamannya sebelum ini, yang ini ialah tanaman cili padi mini.
Pokoknya agak rendah serta buahnya kecil dan gemuk sedikit.
Penyemaiannnya juga dibuat sepertimana tanaman cili
padi hijau sebelum ini dan
tanaman cili padi untuk kegunaan sendiri tidaklah rumit untuk dilakukan.
cili padi
mini
Didapati pada peringkat awal, tugasan mengembur,
menimbun dan tambah tanah dibuat secara berjadual serta disokong dengan kayu
penahan dengan sebaiknya.
Tanah campuran organik juga turut digunakan.
Siraman pula dibuat secara rutin sebaiknya lebih2 lagi jika ia ditanamkan pada
bekas/polibeg di antara jenis-jenis tanaman cili padi yang ada.
Pemberian baja dibuat mengikut panduan pembekal
baja seperti 1 sudu kecil baja dalam tempoh 10-12 hari pada peringkat awal
tanaman. Dan 1 sudu besar dalam tempoh 7-10 hari bagi peringkat seterusnya
sehingga waktu tuaian.
Didapati tanaman cili padi mini juga sering
didatangi semut2 kecil serta serangga
perosak seperti hama. Namun ketika usia pokok cili padi agak matang, ia
masih mampu menghasilkan buah walaupun diserang serangga2 sedemekian.
Tanaman cili padi mini ini juga didapati daunnya
tidak begitu hijau sepertimana tanaman cili
padi hijau sebelum ini dan daunnya agak cepat kekuningan serta luruh.
Sepertimana antara jenis-jenis tanaman cili padi,
buah cili padi sering dimakan oleh burung2 kecil yang menyukainya juga.
Masak Lemak Cili padi
No comments:
Post a Comment