BUNGA TELANG
Nama Saintifik:Clitoria ternatea
Famili:Kekacang / Leguminosae
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Khasiat Bunga Telang:
Khasiat
- Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut.
- Is juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain.
- Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.
- Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau.
- Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan.
- Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap.
- Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
- Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.
- Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala.
Caranya,
daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan
untuk tidur oleh pesakit.
Bunga kacang telang yang direndam di dalam air
bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.
Bunga dan
akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan
diminum dipercayai dapat merangsang haid.
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal
pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah
tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata
merah.
Khasiat
perubatan bagi wanita
Bunga
kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin
dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa
bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga
mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian
tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem
pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan
penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran
menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkam dalam
sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Terdapat
juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang
kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan
atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.
Menyuburkan rambut
Sejak
turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan
menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai
mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
Mengurangkan sakit kepala
Daun dan
bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala.
Caranya adalah dengan mengambil daun atau
bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan
digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.( Bantal)
- Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
- Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Merangsang memori dan
kebijaksanaan
Di India,
kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas
sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
Pewarna makanan dan fabrik
Selain
digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada
rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian
ataupun nila
. Caranya
adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian
terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik
tersebut.
********************************************************************************
Di petik, asingkan putik, dan dikeringkan.
Makanan yang menggunakan Bunga Telang
Paling popular NASI KERABU
Set Nasi Kerabu yang lengkap
Cara membuat Nasi Kerabu menggunakan bunga telang.
·
Beras dibersihkan dan rendam sebentar denga air
bunga telang, untukmenyerapkan lagi warna biru
pada beras. Kemudian ditanak seperti biasa.
·
Masukkan
daun limau purut, daun pandan dan air bunga telang , yang memberi aroma
semulajadi pada nasi. Masukkan sedikit garam.
Sambal Kelapa Ikan
5 ekor ikan kembung @ ikan sardine
5 biji bawang merah ; Sehiris halia
½ biji kelapa ;3 batang serai
10 biji lada hitam
atau lebih
Sedikit garam atau
gula
·
Goreng kelapa spt buat kerisik( jangan terlalu
garing). Kemudian tumbuk hingga halus.( mesin kisar).
·
Bakar ikan / rebus. Aingkan ii dan sanggai di
dalam kuali- ikan kelihatan seperti kapas.
·
Tumbuk bawang merah, halia , serai, garam dan
sedikit gula hingga lumat dan sebati.
·
Masukan bahan-bahan ini di dalam kuali sehingga
kering. Rasa garam dan ketepikan.
KUAH TUMIS ( Kuah
Nasi Kerabu)
Santan pekat dari sebiji kelapa
10 tangkai Cili Kering
5-8 ulas Bawang merah kecil ; 1 ulas Bawang Putih
2 Batang Serai- diketuk ; Sehiris lengkuas
2-3 keping Asam Keping ; Sedikit budu
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat :
·
Semua bahan
dikisar hinggalumat kecuali serai dan asam keping. Masukkan sedikit
minyak ke dalam periuk dan tumis semua bahan kisar hingga naik baud an masak cilinya. Emudian masukkan serai
yang diketuk tadi bersama santan. Masukkan asam keeping, gula dan garam.
Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak,
SOLOK LADA
10 biji lada hijau ( dibelah jangan putus dan buang
bijinya)
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah ; sehiris halia
1 ekor ikan tenggiri kecil ; ¼ cawan pekat
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar); sedikit kerisik ;
sedikit hirisan daun kunyit.
Cara membuat:
Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Campurkan semua
bahan dan sebatikan. Sumbatkan kedalam lada yg telah dibunag bijinya. Susun
salam kukusan dan kukus sehingga islada itu masak. Atau susun dalam periuk. Masak
dengan santan.
Ikan goreng Celup
Tepung
5 ekor ikan -
dibersihkan dan ditos; serbuk lada sulah
½ cawan tepung beras ; sedikit air kapur
Sedikit serbuk kunyit; garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Perap ikan sebentar dengan lada sulah. Kemudian bancuh
tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit dan garam seckupnya. Celupkan ikan ke dalam bancuhan dan goreng
hingga masak.
ULAM-ULAMAN
2 helai daun kunyit ; 5 helai daun cekur
1 batang bunga kantan ; 10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih ; 5 batang kacang panjang ; 5
batang kacang botor ; sedikit daun selom
1 biji timun ; 5 biji bawang putih jeruk (jika ada); 1
labu bawang nesar (jika ada)
1 mangkuk keil tauge, dibuang ekornya
Cara:
Hiris halus kesemua bahan kecuali tauge.
DAGING BAKAR/ AYAM
BAKAR
1 kg daging batang pinang ; 1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis; ½ sudu besar intan putih
3 ulas bawang putih; sedikit minyak zaitun
Cara :
Basuh dan toskan daging. Blend semua bahan kisar.
Kemududian lumurkan pada daging. Ttiskan minyak zaitun . Perap selmalaman.
Kemudian dibakar. Hiris nipis2.
Cara menghidang.
Sendukkan nasi ke dalam pingga, Letakkan sedikit sambal
kelapa ikan, cili padi jeruk (air lada); kuah tumis, budu diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata.
Dihidangkan bersama lauk-pauk berkenaan ( telur masin rebus , keropok , jika suka)
Pulut tekan |
Pulut tekan |
Manisan Berwarna biru .. . |
No comments:
Post a Comment