Sunday, January 22, 2017

Kenali Flora Edibel : CILI BENGGALA

Perihal CILI BENGGALA 

 Resipi Cili Benggala


Cili Benggala Merah ini adalah salah satu sayuran lazat yang boleh dinikmati sama ada secara mentah atau dimasak.

·        Sebiji cili benggala mengandungi lebih daripada 100% keperluan vitamin C harian anda (wow!).
·        Ia juga mengandungi sejumlah fiber dan vitamin B6.
·        Tambahan pula, ia juga kaya dengan carotenoids yang dapat membantu menghalang kedutan kulit dan meningkatkan peraliran darah terhadap kulit, menjadikannya lebih muda.
·        Kerana mengandungi carotenoids, cili ini juga bagus untuk menentang jerawat.

Cili benggala merah merupakan makanan ringan yang sempurna dan rendah kalori dan rasa rangup yang memuaskan.
 Simpan hirisan cili benggala merah ini di dalam peti sejuk, jadi anda sentiasa dapat memakan makanan yang sihat dan lazat apabila terasa ingin menguyah makanan ringan.
Fiber yang terkandung di dalamnya akan membantu anda berasa kenyang untuk masa yang lama dan anda akan mendapat kulit yang licin!
sumber: facebook


Sedap makan cili ni... biasa dalam pizza memang salah satu bahan utama... buat salad sedap cili benggala ni... hijau, merah dan kuning... warna warni yang menyelerakan dan penyeri dalam hidangan dan masakan. 
Thanks for reading: Khasiat Cili Benggala Merah

Seperti yang dipetik dari Style Craze, di antara kebaikan yang boleh diperolehi dari tumbuhan yang bulat dan berasa pedas manis ini adalah:

1. Menjaga kesihatan rambut & kulit 
·        
Lada benggala atau dikenali juga sebagai 'capsicum' memiliki banyak anti oksida dan vitamin lengkap yang boleh menjaga akar rambut dan ketegangan kulit.
·         Selain bertindak sebagai agen awet muda dan mencegah dari penuaan diri, lada benggala juga boleh menjadikan kulit bebas dari sebarang jerawat kerana sifatnya
Yang aktfi bakteria.

Jika anda memiliki kulit wajah yang sensitif, amalkan lada benggala sebagai bahan utama masker dan ianya boleh membantu dalam mencerahkan kulit wajah.

2.Baik untuk mata 

Kerana sifatnya yang memiliki banyak vitamin A khususnya bagi lada benggala yang bewarna kuning dan merah, ianya sangat baik dalam menjaga kesihatan mata.

Lada benggala juga mengandungi 4 karatenoid cryptoxanthin iaitu beta, beta-karoten, lutein dan zeaxanthin yang dapat mencegah katarak dan berbagai penyakit mata yang lain.


3. Melancarkan pencernaan

Kaya dengan serat dan dapat meneutralkan penyakit ulu hati sekali gus lada benggala turut bertindak sebagai agen pelancaran pencernaan.

Sifatnya yang anti bakteria dapat menghambat pertumbuhan bakteria yang lain seperti Salmonella dan E.coli.


4. Mencegah skurvi 

'Capsicum' juga mampu mencegah penyakit skurvi iaitu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C di dalam badan yang mengakibatkan gusi menjadi bengkak dan berdarah serta luka yang hampir sembuh boleh terbuka semula dan sebagainya.


5. Mencegah anemia 

Lada benggala juga kaya dengan mineral penting yang sangat diperlukan oleh tubuh seperti zat besi, maka ianya sangat baik dalam mencegah dan menyembuhkan anemia.
 Bahkan vitamin C dan magnesium dalam lada benggala juga membantu memperkuatkan sistem imun dan merangsang produksi trombosit/platlet.




No comments: