Cili Benggala Merah ini adalah salah satu sayuran
lazat yang boleh dinikmati sama ada secara mentah atau dimasak.
·Sebiji cili benggala mengandungi
lebih daripada 100% keperluan vitamin C harian anda (wow!).
·Ia juga mengandungi sejumlah fiber
dan vitamin B6.
·Tambahan pula, ia juga kaya dengan
carotenoids yang dapat membantu menghalang kedutan kulit
dan meningkatkan peraliran darah terhadap kulit,menjadikannya lebih muda.
·Kerana mengandungi
carotenoids, cili ini juga bagus untuk menentang jerawat.
Cili benggala merah merupakan makanan ringan yang sempurna dan rendah kalori dan
rasa rangup yang memuaskan.
Simpan
hirisan cili benggala merah ini di dalam peti sejuk, jadi anda sentiasa dapat
memakan makanan yang sihat dan lazat apabila terasa ingin menguyah makanan
ringan.
Fiber yang terkandung di dalamnya akan membantu anda berasa kenyang untuk masa yang lama dan anda akan
mendapat kulit yang licin!
sumber: facebook
Sedap makan cili ni... biasa dalam pizza memang salah
satu bahan utama... buat salad sedap cili benggala ni... hijau, merah dan
kuning... warna warni yang menyelerakan dan penyeri dalam hidangan dan
masakan.
Seperti
yang dipetik dari Style Craze, di antara kebaikan yang boleh diperolehi dari
tumbuhan yang bulat dan berasa pedas manis ini adalah:
1. Menjaga kesihatan rambut & kulit
·
Lada benggala atau dikenali juga sebagai 'capsicum' memiliki banyak anti oksida
dan vitamin lengkap yang boleh menjaga akar rambut dan ketegangan kulit.
·Selain bertindak sebagai agen awet muda
dan mencegah dari penuaan diri, lada benggala juga boleh menjadikan kulit bebas
dari sebarang jerawat kerana sifatnya
Yang aktfi bakteria.
Jika anda memiliki kulit wajah yang sensitif, amalkan lada benggala sebagai
bahan utama masker dan ianya boleh membantu dalam mencerahkan kulit wajah.
2.Baik untuk mata
Kerana sifatnya yang memiliki banyak vitamin A khususnya bagi lada benggala
yang bewarna kuning dan merah, ianya sangat baik dalam menjaga kesihatan mata.
Lada benggala juga mengandungi 4 karatenoid cryptoxanthin iaitu beta,
beta-karoten, lutein dan zeaxanthin yang dapat mencegah katarak dan berbagai
penyakit mata yang lain.
3. Melancarkan pencernaan
Kaya dengan serat dan dapat meneutralkan penyakit ulu hati sekali gus lada
benggala turut bertindak sebagai agen pelancaran pencernaan.
Sifatnya yang anti bakteria dapat menghambat
pertumbuhan bakteria yang lain seperti Salmonella dan E.coli.
4. Mencegah skurvi
'Capsicum' juga mampu mencegah penyakit skurvi iaitu penyakit yang disebabkan oleh
kekurangan vitamin C di dalam badan yang mengakibatkan gusi menjadi bengkak dan
berdarah serta luka yang hampir sembuh boleh terbuka semula dan sebagainya.
5. Mencegah anemia
Lada benggala juga kaya dengan mineral penting yang sangat diperlukan oleh
tubuh seperti zat besi, maka ianya sangat baik dalam mencegah dan menyembuhkan
anemia.
Bahkan
vitamin C dan magnesium dalam lada benggala juga membantu memperkuatkan sistem
imun dan merangsang produksi trombosit/platlet.
Ia juga
dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia
Utara) serta meriam lada secupak[1].
Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun
ia adalah spesis yang berlainan sama sekali.
Di
Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.
Sejarah
Cili
adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan
manusia.
Memakan
cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu
sebelum Masihi.
Terdapat
bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai
makanan sejak 600 tahun lalu,[2][3] dan ia merupakan salah satu dari
kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai
ladang cili.
Morfologi cili
Cili
adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang
berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau
muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada
kultivar).
Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna
putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang.
Jenis-jenis – Varieti Cili Padi
Mengikut kebiasaannya, antara jenis-jenis tanaman
cili padi yang sering disemai dan sesuai ditanam di negara kita ialah
seperti
Cili
Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam.
Tidak seperti cili
padi hijau
tanamannya sebelum ini, yang ini ialah tanaman cili padi mini.
Pokoknya agak rendah serta buahnya kecil dan gemuk sedikit.
Penyemaiannnya juga dibuat sepertimana tanaman cili
padi hijau sebelum ini dan
tanaman cili padi untuk kegunaan sendiri tidaklah rumit untuk dilakukan.
cili padi
mini
Didapati pada peringkat awal, tugasan mengembur,
menimbun dan tambah tanah dibuat secara berjadual serta disokong dengan kayu
penahan dengan sebaiknya.
Tanah campuran organik juga turut digunakan.
Siraman pula dibuat secara rutin sebaiknya lebih2 lagi jika ia ditanamkan pada
bekas/polibeg di antara jenis-jenis tanaman cili padi yang ada.
Pemberian baja dibuat mengikut panduan pembekal
baja seperti 1 sudu kecil baja dalam tempoh 10-12 hari pada peringkat awal
tanaman. Dan 1 sudu besar dalam tempoh 7-10 hari bagi peringkat seterusnya
sehingga waktu tuaian.
Didapati tanaman cili padi mini juga sering
didatangi semut2 kecil serta serangga
perosak seperti hama. Namun ketika usia pokok cili padi agak matang, ia
masih mampu menghasilkan buah walaupun diserang serangga2 sedemekian.
Tanaman cili padi mini ini juga didapati daunnya
tidak begitu hijau sepertimana tanaman cili
padi hijau sebelum ini dan daunnya agak cepat kekuningan serta luruh.
Sepertimana antara jenis-jenis tanaman cili padi,
buah cili padi sering dimakan oleh burung2 kecil yang menyukainya juga.
Buah kedondong ( Canarium spp. / Spondias dulcis )
Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutanMalaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninyaCanarium spp.[1]
Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di hilir Perak.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap
dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan
terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.
Pokok
Kedondong
berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat
membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90
cm.
Khasiat
Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.
TEMPO.CO, Jakarta - Kedondong
sebenarnya bukan buah yang nikmat dimakan secara langsung karena rasanya
yang sangat asam. Namun bila sudah diolah menjadi manisan, minuman atau
dibuat rujak, kedondong bisa menjadi camilan yang enak.
Lebih dari itu, kedondong (Spondias dulcis) memiliki banyak manfaat buat kesehatan. Buah yang memiliki banyak nama di luar negeri (buah long long, pomme cythere, cajá-manga, manzana de oro, cajarana, juplon, golden apple) ini sebetulnya baik buat mata, mengontrol kolesterol, sampai mengatasi anemia.
Buah
berkulit hijau dengan biji berduri ini banyak ditemui di Asia Tenggara
serta pulau-pula di Karibia. Berikut manfaat kedondong buat kesehatan:
#Mencegah penyakit jantung
Kandungan kalsium pada kedondong berperan penting dalam menjaga kesehatan kardiovaskular.
#Menjaga kesehatan mata
Kedondong juga
mengandung vitamin A yang sangat baik buat kesehatan mata. Vitamin ini
membantu mengalirkan nutrisi yang dibutuhkan mata, juga gambar-gambar
yang diterima oleh retina dan dialirkan ke otak sehingga menjadi sebuah
penglihatan.
#Meningkatkan daya tahan
Nutrisi yang ada pada kedongdong dalam bentuk sukrosa juga mampu meningkatkan daya tahan tubuh.
#Antioksidan
Kandungan vitamin A dan C yang tinggi pada kedondong juga berfungsi sebagai antioksidan yang membantu menangkal radikal bebas.
#Menyembuhkan luka
Lagi, kandungan vitamin A pada kedondong sangat bermanfaat bagi tubuh, termasuk mempercepat proses penyembuhan luka.
#Mengatasi anemia
Dalam
setiap 100 gram buah kedondong terkandung 30 miligram zat besi, serta
vitamin B1, yang membantu pembentukan sel-sel darah merah.
#Mencegah penuaan dini
Bukan
hanya mangga dan kiwi yang mengandung vitamin C tinggi. Kedondong pun
demikian. Vitamin C bisa melindungi molekul-molekul penting, seperti
protein, lipid, karbohidrat, dan asam nukleus dari radikal bebas,
polutan, dan racun penyebab penuaan dini.
#Mengontrol kadar kolesterol
Selain sebagai antipenuaan, vitamin C pada kedondong juga bisa mengontrol kolesterol dalam darah.
#Membantu pemulihan
Jangan
lupa pula, vitamin C sangat ampuh menjaga sistem kekebalan tubuh dan
membantu olahragawan memulihkan kondisi setelah berlatih keras.
#Menjaga tulang dan gigi yang kuat
Kandungan fosfor pada kendondong sangat baik untuk menjaga kesehatan tulang dan gigi.
Pokok
Maman atau
nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas
terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran
di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.
Malah
dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di
Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri
Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh
lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda
Rokan.
Jenis
Terdapat
beberapa jenis pokok maman, diantaraya maman berbunga ungu dan maman
berbunga kuning. Dikenalpasti terdapat juga pokok maman hantu yang
dijumpai di Seberang
Jaya, Pulau Pinang.[1]
Ciri
Pohon
pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh
secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau
berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu
kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang
lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.
Bentuk
buah pokok maman ini seperti kapsul bulat dan kepanjangannya adalah diantara 2
hingga 11 sentimeter (sm), dan garis pusat buah maman dalam ukuran 3-6
milimeter (mm).
Permakanan
Maman
boleh dilakukan secara pemasakan sup atau dibuat sayur. Maman dikatakan sangat
pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya, proses penjerukkan boleh
dilaku. Di Afrika, yaitu dikawasan barat dan timur, daun maman ini diproses
dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga, daun maman boleh dilakukan sebagai
acar (melalui proses penjerukkan dengan campuran garam).
Bagi
masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak
bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis.Rendang maman boleh dikatakan
satu juadah kemestian pada setiap hari raya.
Rendang
maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan
santan yang banyak, lada api yang secukupnya dan juga asam keping untuk
menghilangkan rasa pahit maman.
Khasiat
Perubatan
Daun dan
biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit
melecur dan radang.[2]
Biji Maman
Biji
maman (guna
sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan
angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya,
ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme.
Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah).
Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman
Daun
maman yang
dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang
boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang
gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala).
Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi
melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok Maman
Akar
pokok maman dapat
membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya
ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.
Resipi Popular :
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam kampung dara - anggaran 1.5kg
3 ikat sayur maman
5 batang serai-dititik
2 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
5 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan daun maman dan ambil daun sajaha dengan bahagian pucuk
serta batang sayur yg lembut . Bersihkan sekali lagi daun maman dan tos
.Masak air untuk merebus/celur daun maman , tujuans aya rebus daun maman
adalah utk buang rasa pahit . Bila daun maman sudar dicelur dan menjadi
lembut boleh di tos dan ketepikan dulu . buang air rebusan daun maman
ni .
2. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam
periuk kemudian masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam .
Nyalakan api dapur , guna api dapur sederhana dan gaul semua bahan .
Tambah 1 cawan santan cair dan kacau semua bahan dan masak ayam
sehingga kuah mendidih dan jadi sikit .
3. Masukkan santan pekat , serai , asam keping dan garam . Gaul semua
bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la dimasukkan semua
daun maman . Kacau semua bahan dan biar sampai masak dan sayur mamans
ebati dgn kuah gulai . Boleh ditutup api dapur dan hidang gulai ayam ni .
* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan
Macam kita jeruk sawi dan kobis, tapi
maman ni kena jeruk dengan air nasi dan letak sedikit garam kasar. Apa
yang saya selalu buat ialah saya ambil setengah cawan nasi, saya rebus
dengan 1 sehingga 2 1/2 cawan air biasa. Selepas itu, kita letak sedikit
garam kasar. Kemudian tapis air tersebut. Biarkan sejuk. Oh ya sebelum
tu kita kena siang maman tu, I mean bersihkan, patah-patahkan batang
yang lembut. Basuh dan toskan. Selepas itu, masukkan dalam botol plastik
atau kaca, isi air rebusan nasi tadi. Tutup botol ketat-ketat. Simpan
dalam peti sejuk dalam 2-3 hari.. Kemudian, bolehlah kita guna jeruk
maman yang dah cukup harinya.
Ini resepi masak lemak cili api ikan parang dan jeruk maman.
Bahan-bahan :
1) Seggenggam cili api kampung (guna yang merah dan hijau)
2) 1 1/2 inci kunyit hidup
3) ulas bawang kecil (hiris)
4) 1- 2 sudu kecil garam kasar (ikut citarasa ya)
5)1 asam keping (asam gelugor)
6) 1 biji kelapa (ambil santannya- mungkin dapat dalam 1 dan 1/2
cawan yang pekat dan yang agak-agak kurang pekat dalam 1/2 cawan)
5) 2 keping ikan parang- dicuci bersih
6) Jeruk maman
Cara-cara:
1) Tumbuk cili api dan kunyit hidup bersama garam kasar tadi
2) Letakkan 1-2 sudu besar air untuk sebatikannya
3) Panaskan periuk, masukkan cili api dan kunyit tumbuk tadi.
4) Tumis bagi kering sedikit, jangan biar hangus. Kecilkan api dapur,
kemudian masukkan santan pekat tadi, masukkan ikan parang dan asam
keping.
5) Biar menggelegak sedikit, tapi tetap dikacau dengan senduk kayu ya. Api biar kecil. Masukkan santan yang kurang pekat tadi.
6) Toskan jeruk maman dalam segenggam, masukkan di dalam gulai
tersebut. Kacau perlahan-lahan, jangan sampai pecah minyak. Masukkan
bawang kecil hiris. Kacau gulai tersebut dalam 5-6 minit, kemudian
bolehlah padamkan api.
Gulai ayam kampung
sayur maman
Gulai ayam kampung dengan sayur maman , sedapnyaa syukur alhamdulillah .
Ini adalah lauk kegemaran suami saya dan sekarang ni menjadi kegemaran
kami sekeluarga . Saya guna ayam kampung dara so cepat empuk dan tak
perlu masa yang lama untuk masak gulai ayam ni .
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam kampung dara - anggaran 1.5kg
3 ikat sayur maman
5 batang serai-dititik
2 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
5 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan daun maman dan ambil daun sajaha dengan bahagian pucuk
serta batang sayur yg lembut . Bersihkan sekali lagi daun maman dan tos
.Masak air untuk merebus/celur daun maman , tujuans aya rebus daun maman
adalah utk buang rasa pahit . Bila daun maman sudar dicelur dan menjadi
lembut boleh di tos dan ketepikan dulu . buang air rebusan daun maman
ni .
2. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam
periuk kemudian masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam .
Nyalakan api dapur , guna api dapur sederhana dan gaul semua bahan .
Tambah 1 cawan santan cair dan kacau semua bahan dan masak ayam
sehingga kuah mendidih dan jadi sikit .
3. Masukkan santan pekat , serai , asam keping dan garam . Gaul semua
bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la dimasukkan semua
daun maman . Kacau semua bahan dan biar sampai masak dan sayur mamans
ebati dgn kuah gulai . Boleh ditutup api dapur dan hidang gulai ayam ni .
Turi atau geti (Sesbania grandiflora syn. Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap.
Kegunaan
Pucuk
atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan
sehari.
Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak
lemak atau masak manis.
Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti
sebagai julap.
Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi
dan gatal hidung serta mengubati batuk.
Air rebusan akar pula dikatakan
dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.[1]
Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C.
Dalam tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat 1.8 g, kalsium 181 miligram (mg), fosforus 29 mg, besi 0.3 mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A 837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114 mg.[1]
Turi di gunakan secara meluas oleh masyarakat India, dari kekacangnya, pucuk, daun hingga ke bunga.
Bunga uri enak dihidnagkan sebagai gulai belemak dan labu manis mahupun tumis air. Bunganya telah diperakui oleh pakar nutrisis mineral seimbang yang diperlukan oleh badan. 100g bunga turi terkandung 73mg vitaminC, 1.28 protein,91.58 g air dan beberapa mineral lain.