Monday, May 16, 2016

Satu Catatan - Diari Seorang Guru - (1984 -2015 ) SELAMAT HARI GURU

Nostalgiaku ...

  • SMK Sg Pelek ( 1984 -1986) - sekolah pertamaku



Pada tarikh keramat 24 April 1984 aku secara rasminya bergelar guru bila mendaftar di sekolah pertamaku SMK SUNGEI PELEK SEPANG  selama 2 tahun sahaja. Sekolah 1 MALAYSIA- Pelajar ramai dikalangan bangsa Cina, India dan sedikit saja pelajar Melayu. Aku adalah GURU BIOLOGI  mengajar  pelajar Tingkatan 4 dan 5 ...mengambil masa 40 min perjalanan..sukar untukku lupakan..pahit manis ku sebagai seorang guru,,

Sukar untuk dilupakan - Mesyuarat PIBG dalam 3 Bahasa- Bahasa Melayu -diterjermahkan ke Bahasaa Cina dan Bahasa Tamil.kebanyakan masyarakat di situ adalah pekerja estet di ladang  kelapa sawit.

Dengarnya ramai pelajarku ini telah berjaya ke menara gading ..be somebody..
- Pernah sekali buat Reunion dengan xpelajar SMK Sg Pelek..

  • Tidak boleh dilupakan pelajar pertamaku..ditemui di UPM berugas sebagai Pegawai Perhutanan ..PAIMAN ..Amat membanggakanku..kembang hatiku berjumpa dengan Paiman
Ungkapan Keramat : Cik Gu  apa khabar...


  • SMK YU HUA ( 1986 - 1993 ) - 9 tahun  sekolah keduaku
Banyak kenangan pahit dan manis  di sekolah ini. Mengajar Bahasa Melayu Perlihan .Sains , Biologi Tingkatan ..pernah mengajar Biologi Tingkatan 6 selama 6 tahun.

Mula mendapat Anugerah Cemerlang  - Menegak ..pada tahun pertama (1993)  diadakan berdasarkan prestasi 3 tahun..Alhamdulillah. Aktif sebagai Guru Pusat Sumber  dan Penasihat Sains juga. 
Banyak kenangan manis di sini.




  • SMK Jalan 3 (1994 -  2903 2015 ) - selama 22 tahun



Guru printis bersama  16 guru yang lain serta  170 pelajar.

Image result for smkj3Kini 2016 guru lebih 100 0rang  dan pelajar lebih daripada 2000 pelajar.

Pernah diaugerah sebagai Sekolah Cemerlang...

Merentasi  5 Pengetua : 

1. Pn Kamariah Haroon  2.  En Mat Darus 3. Pn Zainab Mahmood 4. Tn. Haji Surimin 
5. Pn Rozita Ahmad.

Terlalu banyak kenangan pahit manis yang sukar dilupakan.
Dapatlah jugak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah - 2005


Benih yang ditabur,disemai telah beratus- ribu telah dituai.. amat membanggakan..

Jiwaku Jiwa Guru..Jiwa Pendidik . Aku bangga menjadi GURU.

Kepuasan seorang guru..bila ramai anak didik saya ni  merata di seluruh pelosok dunia..

Yang paling manis sebagai Guru.. Panggilan keramat CIK GU mengiang di mana2 bila berjumpa..

Kini Aku telah bersara 1 tahun yang lalu... Ungkapan keramat  yang mulia:  Cik Gu  tetap cik Gu sepanjang hayat..















No comments: