Saturday, May 14, 2016

Rahsia Personaliti Orang Lahir Mei


Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mei 



 - Bulan Mei adalah bulan untuk wanita. Betul ke? Pada pendapat saya banyak sambutan hari istimewa jatuh dalam bulan Mei antaranya adalah Hari Guru, Hari Ibu dan juga Hari Buruh. Sebenarnya sesiapa pun boleh meraikan hari istimewa dalam bulan Mei apatah lagi jika mereka yang lahir dalam bulan Mei. Hihi...Selamat hari lahir kepada orang yang lahir bulan Mei ya...

Dalam pembacaan saya, dan pengamatan daripada rakan sekeliling, orang yang lahir dalam bulan Mei agak berperwatakan menarik tetapi sedikit kelam kabut dan mudah terpengaruh dalam pergaulan. Namun begitu jika dibaca dari analisis yang dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah memang ada kebenarannya.


Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mei

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mei 


Kekuatan: Orang yang lahir dalam bulan Mei memiliki karekter yang mesra, menarik dan suka barangan yang cantik-cantik. Mengikut kajian orang yang lahir bulan Mei bagus dalam perniagaan, menjadi editor majalah ataupun menjadi seorang doktor. Mereka yang lahir dalam bulan Mei juga dikatakan boleh mengawal marah. Kelebihan orang yang lahir bulan Mei yang lain adalah mereka adalah golongan yang bijak dan pandai berdikari.  

Kelemahan: Sebaliknya kelemahan orang yang lahir dalam bulan Mei adalah mereka kurang menjaga kepentingan orang lain. Senang kata lebih mementingkan diri sendiri. Hihi...ada juga yang suka bekerja sendiri tanpa menunggu perintah, sikap tersebut kadangkala boleh menyusahkan ahli kumpulan yang lain. Lagi satu, orang yang lahir dalam bulan Mei agak pemboros demi kesenangan peribadi.

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mei Secara Umum


  • Keras hati dan tegas.
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati dan perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mei


Setelah membaca analisis ringkas tentang orang yang lahir dalam bulan Mei, apakah pendapat anda? Bersetuju atau sebaliknya? Pada pendapat saya, semua orang memiliki personaliti yang unik, menarik dan perlu ditonjolkan. Jika personaliti yang kita miliki boleh mendatangkan manfaat kepada persekitaran kita, apa salahnya. Kan?
Akhir sekali saya mahu tekankan bahawa anggaplah sahaja rahsia personaliti orang yang lahir dalam Mei yang dibongkarkan di atas adalah sebagai panduan dan info terhadap apa yang kita boleh praktikkan. Anggap saja sebagai bahan bacaan tambahan...

No comments: