
SAMBUTAN HARI GURU - SELAMAT HARI GURU
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU
enapa perlu meraikan
hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam
kehidupan seseorang pelajar ataupun murid
Sambutan Hari Guru yang diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun
melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu
di atas jasa dan bakti mereka
Sambutan Hari Guru adalah sewajarnya disambut meriah oleh semua guru dan
murid sebagai manifestasi menghargai jasa guru dalam usaha mendidik
anak bangsanya
Sehubungan dengan itu, guru perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan
bukan sahaja daripada ibu bapa dan pelajar, tetapi oleh pentadbir
sekolah serta kerajaan
KOLEKSI KAD UCAPAN DAN TIPS CARA SAMBUTAN HARI GURU 2016
Berikut adalah beberapa tips mengenai cara sambutan Hari Guru serta
contoh koleksi kad ucapan Hari Guru 2016 pada tarikh 16 Mei
Hari Guru MalaysiaSambutan Hari Guru 16 Mei 2016 Di Malaysia
Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program
yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dan pengurusan pihak sekolah
Antara program pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan
perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi
dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG
Ada juga acara, dimana guru-guru akan disambut dengan paluan kompang dan
sebagainya untuk memasuki dewan atau tempat khas yang disediakan bagi
sambutan berkenaan
Dalam majlis sambutan Hari Guru, para guru akan membaca ikrar guru,
menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri
Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi
semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar
dan negara
Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis
jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Acara Persembahan Hari Guru 2016
Persembahan boleh dibuat secara individu ataupun kumpulan. Tujuan
persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan
guru-guru. Antara acara yang biasa diadakan adalah seperti persembahan
silat, nyanyian, deklamasi sajak, tarian, sketsa dan pelbagai lagi acara
yang menghiburkan semua
Turut memeriahkan lagi sambutan, para guru juga akan membuat
persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar.
Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan
Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat
muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan
antara guru dengan pelajar
Pautan Sumber Asal »
mysumber.com
Kenapa perlu meraikan
hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam
kehidupan seseorang pelajar ataupun murid
Sambutan Hari Guru yang diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun
melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu
di atas jasa dan bakti mereka
Sambutan Hari Guru adalah sewajarnya disambut meriah oleh semua guru dan
murid sebagai manifestasi menghargai jasa guru dalam usaha mendidik
anak bangsanya
Sehubungan dengan itu, guru perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan
bukan sahaja daripada ibu bapa dan pelajar, tetapi oleh pentadbir
sekolah serta kerajaan
KOLEKSI KAD UCAPAN DAN TIPS CARA SAMBUTAN HARI GURU 2016
Berikut adalah beberapa tips mengenai cara sambutan Hari Guru serta
contoh koleksi kad ucapan Hari Guru 2016 pada tarikh 16 Mei
Hari Guru MalaysiaSambutan Hari Guru 16 Mei 2016 Di Malaysia
Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program
yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dan pengurusan pihak sekolah
Antara program pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan
perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi
dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG
Ada juga acara, dimana guru-guru akan disambut dengan paluan kompang dan
sebagainya untuk memasuki dewan atau tempat khas yang disediakan bagi
sambutan berkenaan
Dalam majlis sambutan Hari Guru, para guru akan membaca ikrar guru,
menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri
Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi
semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar
dan negara
Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis
jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Acara Persembahan Hari Guru 2016
Persembahan boleh dibuat secara individu ataupun kumpulan. Tujuan
persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan
guru-guru. Antara acara yang biasa diadakan adalah seperti persembahan
silat, nyanyian, deklamasi sajak, tarian, sketsa dan pelbagai lagi acara
yang menghiburkan semua
Turut memeriahkan lagi sambutan, para guru juga akan membuat
persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar.
Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan
Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat
muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan
antara guru dengan pelajar
KOLEKSI TERKINI KAD UCAPAN HARI GURU 2016
Kad Ucapan Hari Guru 1
Kad Ucapan Hari Guru 2
Kad Ucapan Hari Guru 3
Kad Ucapan Hari Guru 4
Kad Ucapan Hari Guru 5
Kad Ucapan Hari Guru 6
Kad Ucapan Hari Guru 7
Kad Ucapan Hari Guru 8
Kad Ucapan Hari Guru 9
Kad Ucapan Hari Guru 10
Kad Ucapan Hari Guru 11
Kad Ucapan Hari Guru 12
Kad Ucapan Hari Guru 13
Pautan Sumber Asal »
mysu
assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang
dikasihi sekalian,
1. Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna
bagi warga pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cikgu’. Pada
hari istimewa ini, para guru akan diraikan oleh anak-anak didik demi
menghargai jasa dan menyanjungi pengorbanan guru dalam mendidik
anak bangsa. Guru-guru sekalian amat bertuah kerana ia merupakan
pengiktirafan tertinggi masyarakat dan kerajaan atas sumbangan tidak ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan
membangunkan negara. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada
tahun ini, dapat kita bersama-sama menyambut Hari Guru kali ke-45
yang bertemakan “
Guru Pembina Negara Bangsa”.
2. Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam
membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi,
memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh
kepada ajaran agama serta nilai sejagat. Para guru sekalian wajar
berbangga kerana faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan
negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puanpuan
sendiri.
3. Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang
bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata,
cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini,
para guru sanggup menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar,
desa, merentas pulau dan lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari
guru tersemat satu iltizam – akal budi murid mesti dibangunkan dan
ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin dan diasuh, jasmani murid
harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid patut dibelai dan
disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan, potensi murid
layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua!
4. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, prasyarat utama
untuk membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan
sejahtera adalah melalui pengukuhan perpaduan, pembinaan identiti
nasional, persefahaman dan saling meraikan kepelbagaian resam
budaya dan keutuhan semangat kebangsaan bersesuaian dengan
kepesatan pembangunan negara dalam menghadapi era dunia tanpa
sempadan. Tidak mungkin kepentingan peranan guru dalam
merealisasikan aspirasi ini boleh dikesampingkan dan dipandang remeh
apatah lagi perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah sebelum
negara mencapai kemerdekaan lagi. Berdiri teguh di barisan hadapan
pendidikan, dengan bersanggakan semangat juang yang tulus, tanpa
mengharapkan ganjaran dan balasan, para guru gigih berjuang melalui
penulisan, persatuan malah berani menentang secara terang-terangan
pihak penjajah yang menafikan hak kedaulatan negara.
5. Pengorbanan guru mana mungkin dipertikaikan lagi. Pada zaman
pasca kemerdekaan ini, peranan guru telah berubah daripada
menentang penjajah kepada menyuntik bibit-bibit perpaduan dan
pembangunan negara, memperkukuh perkongsian nilai dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Sekolah menjadi agen perpaduan dan medan penyubur
nilai sosial seperti semangat kekitaan, sifat toleransi, demokratik, saling
menghormati dan menerima, taat setia kepada negara dan mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
bersepakat, rukun dan harmoni.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
6. Sesungguhnya tugas seorang guru dipandang tinggi dan amat
mulia. Guru merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan
dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Menerusi transformasi tersebut, peradaban bangsa boleh diperkukuh
apabila guru melaksanakan peranan mereka menghasilkan modal insan
yang memiliki kemahiran memimpin, adil, berdikari, hidup dalam
masyarakat demokratik, liberal, bertolak ansur, prihatin dan penyayang.
Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bermula pada peringkat awal
pendidikan kanak-kanak lagi. Peranan guru adalah memastikan
generasi pewaris negara diberikan pendidikan berkualiti seiring era
kemajuan terkini.
7. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah,
melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa,
berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi. Guru juga
berperanan membentuk murid agar berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya
tahan dan kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global
yang dinamik. Sehubungan dengan itu, kita selaku warga pendidik perlu
melestarikan pembangunan profesionalisme keguruan melalui nilai
tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional
keguruan bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan
negara.
Guru-guru pembina bangsa sekalian,
8. Untuk bersaing dengan negara maju dunia, kita perlu
menyediakan pendidikan berkualiti dan mantap yang mampu
menghasilkan murid bertaraf dunia dan mempunyai pemikiran kritikal
abad ke-21. Kurikulum pendidikan disemak semula dari semasa ke
semasa untuk membangunkan kemahiran abad ke-21 yang dapat
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan
seimbang. Hasrat ini direalisasikan dalam Gelombang 2 PPPM (2016-
2020), iaitu melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan penyemakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Selain itu, pendidikan abad ke-21 ini turut memberikan penekanan
kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan
pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal, seiring dengan
pembinaan identiti nasional yang kukuh dan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pihak Kementerian Pendidikan telah mengenal
pasti kemahiran abad ke-21 yang mampu melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersemangat jitu, berprinsip, bermaklumat
dan patriotik, juga mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan seperti yang dihasratkan oleh kementerian
dalam melahirkan modal insan cemerlang dan berketerampilan.
Natijahnya, diharapkan modal insan negara pada era akan datang
memiliki keupayaan berdaya saing pada peringkat antarabangsa dan
diiktiraf pengetahuan, kemahiran dan nilai etika mereka dalam kelas
tersendiri.
9. Untuk makluman para guru, kerajaan sentiasa berusaha menaik
taraf kemudahan pendidikan yang meliputi pembinaan infrastruktur
bangunan dan penyediaan bilik khas bagi mengupayakan sistem
pembelajaran ke arah pendidikan abad ke-21. Pihak Kementerian
Pendidikan dalam usaha untuk menambah baik kelengkapan makmal
komputer, makmal sains dan bengkel kemahiran agar dapat
menyokong pembelajaran berteraskan projek yang membolehkan murid
mempunyai
akses pembelajaran kendiri. Hal ini banyak membantu menarik minat
murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi pendidikan ini
adalah selaras dengan perubahan sistem pendidikan global yang
diaplikasikan oleh kebanyakan negara maju.
10. Kementerian juga sentiasa berusaha untuk melengkapkan murid
dengan pengetahuan dan kemahiran terkini yang amat penting dalam
mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, antaranya dengan
memperkukuh inisiatif pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik atau STEM. Pendidikan sepanjang hayat ini merangkumi
pembelajaran bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
di sekolah dan juga di luar sekolah. Pendidikan STEM akan mula
didedahkan kepada murid seawal usia empat atau lima tahun pada
peringkat prasekolah. Sekolah memainkan peranan utama dan
pemangkin untuk menyediakan sumber graduan STEM yang mencukupi
dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk
memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Gagasan kerajaan dan pihak kementerian ini tidak mungkin berjaya
tanpa sokongan dan daya upaya guru.
11. Melalui pelaksanaan inisiatif STEM di sekolah, nilai tambah yang
dikenal pasti boleh menyumbang kepada peningkatan minat murid
dalam bidang pendidikan STEM akan diberi penekanan dan
diperluaskan manakala pendekatan strategik yang optimum untuk
pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah akan dimantapkan dari
semasa ke semasa. Daya usaha ini merupakan titik tolak ke arah
mewujudkan masyarakat berliterasi STEM yang mampu memahami
sekurang-kurangnya konsep asas STEM dan mengaplikasikan
pengetahuan tersebut bagi memahami dunia sekeliling juga
menggunakan teknologi terkini serta prinsip matematik dan saintifik
dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam berkomunikasi,
mempermudahkan urusan dan menyelesaikan masalah.
12. Selain itu, usaha meningkatkan kualiti penyampaian pengetahuan
dan kemahiran serta memperluas pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET) menjadi fokus pihak kementerian. Inisiatif ini
merupakan sebahagian daripada transformasi pendidikan yang perlu
dicapai dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan, modal
insan dan daya saing negara. Transformasi Pendidikan Vokasional
(TPV) merupakan salah satu usaha merekayasa sistem tersebut bagi
menyumbang kepada agenda transformasi negara bertujuan
memenuhi keperluan industri dan kehendak pasaran kerja supaya kita tidak
terlalu
bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara.
13. Sekolah dan guru sekali lagi memikul amanah melahirkan modal
insan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, mempunyai
kebolehkerjaan dan kebolehpasaran tinggi selaras dengan keperluan
industri negara malah bersahsiah mulia. Kerjasama dan usaha semua
pihak, termasuklah para guru, telah mula menampakkan kemajuan dan
keberhasilan positif. Antara kejayaannya; semua program yang
dilaksanakan di 15 buah Kolej Vokasional rintis telah menerima
akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan program yang ditawarkan
juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Peratusan pelajar yang
berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional
Malaysia telah meningkat kepada 87.9 peratus pada tahun 2015
berbanding 83.6 peratus pada tahun 2014.
14. KPM turut mengatur langkah bagi melahirkan golongan
berkemahiran melalui Transformasi Pendidikan Vokasional dengan
melaksanakan program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) melibatkan
81 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 4 buah Sekolah
Model Khas K9. Program kemahiran vokasional ini dilaksanakan
seawal pendidikan menengah rendah. Mulai tahun 2016, Program Vokasional
Menengah Atas (PVMA) diperkenalkan di 271 buah SMK terpilih di
seluruh negara. Murid akan menerima dua pensijilan iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran daripada badan pentauliahan
kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas menamatkan
program ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,
15. Kerjaya sebagai guru memerlukan kita semua siap siaga
melakukan anjakan minda dan perubahan budaya kerja dengan
memperbaharui pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran agar
pengajaran terus relevan dan berkesan. Peliharalah akhlak dan budi
pekerti supaya guru terus dipandang tinggi dan menjadi suri teladan
kepada anak didik dan masyarakat. Sayangilah profesion keguruan
kerana bakti luhur dan jasa murni guru sesungguhnya tidak terbalas.
Tanggungjawab kita sememangnya semakin hari semakin kompleks
serta mencabar selaras dengan perkembangan yang amat pesat pada
masa kini. Ingatlah bahawa setiap gerak laku, tutur bicara dan tindakan
para guru menjadi perhatian dan dinilai oleh masyarakat, justeru, guru
hendaklah memastikan martabat profesion keguruan dipelihara,
disanjung dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
16. Dasar dan etika penjawat awam seperti Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan Tahun 2002 perlu
dipatuhi demi menjaga imej dan kepentingan negara, juga profesion
keguruan. Guru merupakan contoh kepada murid melalui nilai integriti
yang dipamerkan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Guru yang berintegriti menjadi pemangkin memacu sesebuah organisasi
ke arah perkhidmatan berkualiti dan cekap yang menyumbang ke arah
pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain,
integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa hadapan
murid, malah masa hadapan bangsa dan negara ditentukan oleh corak
didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Integriti dalam
pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti keguruan
merangkumi tanggungjawab guru terhadap murid, diri sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara. Oleh itu, guru perlu melaksanakan tugas
dengan amanah, adil, berdedikasi, prihatin, penuh kasih sayang dan
memiliki tahap kesabaran yang tinggi.
Tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid sekalian,
17. Barisan kepimpinan sekolah juga tidak terlepas menerima tempias
cabaran perubahan pesat dalam arus transformasi yang melanda
dunia pendidikan kita pada masa kini. Senario ini sudah tentunya
memerlukan
perubahan yang radikal dalam aspek pengurusan di sekolah khasnya
dalam pengurusan profesional. Pihak pentadbir bertanggungjawab
menentukan iklim sekolah, suasana pengajaran dan pembelajaran,
tahap dan kualiti profesionalisme guru, semangat kekitaan, dan rasa
tanggungjawab terhadap kemenjadian murid. Pengetua dan guru besar
selaku peneraju tonggak kepimpinan sekolah perlu berubah dahulu dan
bertindak proaktif bagi melaksanakan transformasi di sekolah dan
memberikan sokongan jitu terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka.
Hal ini kerana pengetua dan guru besar merupakan penggerak utama
dalam membina negara bangsa agar setiap murid memiliki jati diri yang
kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral,
bertolak ansur, hidup sebagai masyarakat penyayang, bersatu padu,
berfikiran dan berbudaya saintifik, demokratik serta liberal.
Anak-anak murid yang disayangi sekalian,
18. Saya yakin tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru dan
pelbagai cabaran yang harus dihadapi tidak sedikit pun melunturkan
rasa kasih sayang kepada anak-anak didik semua. Kehadiran murid ke
sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu
dan mempertingkatkan kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang menanti untuk digilap sehingga
bergemerlapan yang akhirnya membentuk individu berdaya saing,
berfikiran logik, berbudi pekerti mulia dan berjati diri kukuh seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara. Anggaplah para guru sebagai ibu dan
bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang
terbaik untuk murid-murid. Jadikanlah nasihat dan teguran para guru
sebagai pedoman dan bekalan menuju kejayaan.
Para guru yang dihormati,
19. Besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian
terus melaksanakan amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas,
bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan awam.
Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa
jemu tidak perlu dipertikaikan. Kahlil Gibran pernah mengungkapkan
bahawa “seorang guru yang bijaksana tidak hanya mengalu-alukan
murid meneroka domain kebijaksanaan guru malah memimpin
murid meneroka kecendiakaan sendiri”. Sudah terang lagi bersuluh,
jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas walaupun
dengan segunung intan dan emas permata. Sasterawan Negara,
Datuk Usman Awang pula pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang
perdana menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis.
Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam
mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.
Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insan dengan cahaya
ilmunya.
20. Guru haruslah menjaga keperibadian dan menjadi contoh kepada
insan lain dengan mengamalkan apa yang diajarkan. Selaku pencetus,
penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya mempunyai
kedudukan mulia yang tersendiri dalam masyarakat, sentiasa disegani
dan dipandang tinggi. Perjuangan guru tetap berterusan dan merupakan
satu perjalanan yang masih jauh. Jadi, teruskanlah khidmat baktimu
yang mulia ini. Terima kasih ‘cikgu’ dan sekali lagi saya mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru. Akhir kata, saya sudahi ucapan dengan
dua rangkap pantun:
Sekolah gudang pelita ilmu, Bekalan hidup aman sentosa, Selamat menyambut hari guru, Guru Pembina Negara Bangsa
Kaulah pendidik perwira bangsa, Mendidik tanpa mengira masa, Segala budi dan curahan jasa, Tak akan dilupa terpahat sentiasa.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian. Terima kasih.
Tema Hari Guru
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015
Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014
Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara