Nama tempatan: Dokong Anak , Meniran
Nama saintifik: Phyllanthus nuri
Nama lain: Kelek anak, meniran (Indonesia),
Bhuaionla, kiranelligida(India)
Famili: Euphorbiaceae
Phyllanthus Niruri atau P.amarus
Dukung Anak adalah pokok herba tempatan
dan dapat juga ditemui Taman Herba Negeri Perak di serata hutan hujan
basah Asia dan Amerika Selatan.Dikenali dengan nama meniran bagi
masyarakat Indonesia, tumbuhan ini termasuk dalam keluarga
Eurphorbiaceae. Ianya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak
keras,seperti di celah retakan simen. Di kebanyakan tempat ia
mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan
pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. Daun pokok ini adalah
dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap
dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia
mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga
mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak.
Antara kegunaan perubatan Dukung Anak adalah:
- Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.
- Akarnya pula adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.
- Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.
- Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.
- Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.
- Penawar jaundis untuk bayi.
No comments:
Post a Comment