Tuesday, April 24, 2018

Galeri Herba THRM: KETUMPANG AIR -Sirih Cina -Herba Rumpai

Galeri Herba THRM: KETUMPANG AIR - Sirih Cina SEDINGIN- Paperomia-Herba Rumpai

Nama TempatN: Ketumpang Air
Nama saintifik : Paperomia pellucida

Nama lain: sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Familih: Piperaceae


Info-Floras :

Kandungan Kimia
Daun mengandungi kuantiti besar asid amino  penting lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting.Apiol,  2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol, stigmasterol dan β-sitosterol juga telah didapati dari tumbuhan ini (Ghani, 2003).
Info-khasiat: 

1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.
Daun Sirih Cina Mencegah Darah Tinggi
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut.Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.
Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.
Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.
Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati. Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.
http://petua.whatta.org/khasiat-pokok-ketumpang-air-sireh-cina/



No comments: