Monday, February 5, 2018

Kenali flora P. INAI - Mandian-herba di Laman WOMA

Salam THRM . Jom kenali flora P. INAI - Mandian-herba di Laman WOMA.


Nama tempatan: P. Inai
Nama saintifik: Lawsonia inermis

Famili: Lythraceae


Asal-usul: Negara Arab

Info-flora:


  • Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. 
  • Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
  • Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. 
  • Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut.
  •  Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

  • Ia merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang, talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain. 
  • Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m.
  • Inai ditanam secara komersial di negara-negara UAE, Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia, Libya, Arab Saudi, Mesir, barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Somalia dan Sudan.
  • Orang Islam menggunakan Inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. 
  • Ini merupakan amalan Sunnah dan sangat digalakkan. Diriwayatkan, baginda juga menggalakkan kaum wanita menggunakan inai ke atas kuku kerana ianya akan memudahkan atau membezakan pengenalan diantara tangan seorang perempuan dengan tangan lelaki.
Info-khasiat:


Khasiat inai
http://www.khasiatpokokherba.com/khasiat/ubat/khasiat-daun-inai.html

·         Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku.
Caranya :  Bersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
·         Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut.
Caranya : Dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
·         Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.

·         Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan.
Caranya: Rebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
·         Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.
·         Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
·         Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh.
·         Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
·        
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai.
·          Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
·         Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit.
·         Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala.
·         Akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Sebagai pewarna asli
·         Digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
·         Daun inai dipercayai amat baik sebagai bahan penyejuk.
·         Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.
Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang.
Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas.
 Akarnya diguna untuk menyembuh bisul.
Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati..
Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak  akan dapat dielakkan.




No comments: