Saturday, February 24, 2018

Santapan Rohani - Sabtu -24.02.2018- Tadabur Al-Quran - Arti Sakinanah , Mawadah, Warahmah


Pagi tadi ada klas tadabur dengan Ustaz Usman..merujuk kepada Surah Al-Imran Ayat 158

- merujuk kepada kisah Perang Uhud...
 KEMATIAN pasti akan  datang
-Hidup mati urusan Allah tak boleh dipertikaikan.. bukan satu jaminan

-Merujuk kpd Surah AnAm- Ayat 38- bahawa semua makhluk Allah akan mati dan dibangkitkan semula..

Kita digalakkan merenung Dunia Haiwan yg disebut dalam AlQuran- mengambil iktibar dan pelajaran daripada haiwan-haiwan ini..

Haiwan biasa boleh dijadikan Ibrah  dan pengajaran dalam kehidupan kita manusia.
  • Kuda perang - pejuang menegak agama Allah - seang musuh ditengah-tengah medan perang
    Merujuk kpd Surah 
  • Burung Hud-hud - kisahnya -  Nabi Sulaiman dan Puteri Balqish 
  • 1 Negeri masuk Islam
  • BURUNG  -makhluk yang sangat bertawakkal   - keluar pagi2..balik senantiasa dalam kekenyangan - tiada planning mencari rezeki
  • Kasih sayang Haiwan - Kisah SINGA yang masih ingat tuannya yg pernah berbuat baik selepas berpisah 30 tahun yg lalu..
  • Surah Al-Araf Ayat 179- ms 174
  • IKAN- boleh brtahan hidup  dalam keadaan air masin.walaupun hidup dalam suasan sangat masin
  • Surah AnAm Ayat 38
  • Surah AlAraf Ayat 134
Mnta  Allah turunkan rahmat kepada hatinya- tetapkan hatinya
Ada Rahmat Allah diberikan  dalam hatinya

  • Tengok orang dengan penuh Rahmat- penuh kasih sayang- beri impak dalam kehidupannya 
Anak -dibelainya
Isteri- Menghargainya
Pandangan rahmat datang dari Allah
Rasa rahmat- reda
-tenang dalam menghadapi kesulitan
-timbul masaalah selalu miskomunikasi

Contoh: Orang Makasar kasar - Bunuh Lampu tu
Orang Jawa lembut,-  Padamkan lampu itu

Surah Arrum Ayat 21- ms 406
Rasa Sakinah pada isterinya
Mawaddah - kasih sayang disebbakan fizikal
Masih ada Rahmah - kasih sayang dpd Allah

Amalkan yang sikit, Allah beri banyak-Rahmat
Maka masuk syurga dengan rahmat Allah , kalau tak hanya berada  dipintu syurga..tak dapat masuk 

-Rahmat merapatkan
Hati  atau sikap yang kasar -semakin jauh- meregangkan hubungan silaturrahim

Rahmat menghancurkan BENTENG..
Jangan dibuat semakin tinggi- atau semakin tebal- nak bersatu susah
Tapi dgn Rahmah -dan kasih sayang , BENTENG pasti boleh runtuh.

Ada Sakinah , Mawaddah dan Warrahmah
- akan semakin sihat
-mudah memaafkan

Ciri-ciri rasa Rahmah-
Selalu memandang positif - hanya pandang pada kelebihan - bukan kekurangan
Mintak pada Allah yang ARrahman - ARrahim - Rahmah kan tak habis2

Hindari daripada menununt meminta-minta..api banyak memberi..

Rasullah contoh yang terbaik buat Para SUAMI
Siti Khadijah Contoh terbaik buat Para ISTERI

Amalan Rasulullah terhadap Keluarganya..

Rasulullah selalu mencium kening isterinya jika keluar rumah


Kata- kunci Raulullah -  senantiasa berlandaskan psikologi- berkomunikasi secara secara berhemah

Rasulullah- Khadijah 
Saling menutupi kekurangan 
Saling melengkapi

Dlam Masyarakat- amalkan musyawarah- minta pandangan
-maafkan mereka..lebih tinggi lagi.. Maaf dan doakannya..

Yang mengalang kerana ada DOSA-masaalah semakin rumit-sukar diselesaikan
- saling mendoakan - hati semakin lapang - doa yang makbul- lebih ikhlas

Jadikan diri umpama POKOK KURMA- semuanya berguna ..konteks hari ini POKOK KELAPA
-ciri seorang Mukmin
1. Sering saing Menghargai
2.Menutup pintu-pintu syaitan- akan buka pintu fitnah- berhasil tutup pintu fitnah
3. Menghilangkan penyakit hati- keputusan yg diambil mendekati kebenaran

Kisah Ratu Balish--penyembah Matahari..masih boleh bermesyuarah - dikaitkan dengan Kisah Nabi Sulaiman - melbatkan Burung Hud-hud
Hanya 1 orang yang memutuskan.

Allah akan beri TAUFIQnya  ke atas suatu keputusan selepas bertawakkal - keputusan tepat -dapat taufiq- dikembalikan kepada Allah- kita tiada daya dan kuasa

Info Xtra : 

Arti Sakinah, Mawadah, Warahmah

on June 28, 2011

https://ilmukuilmumu.wordpress.com/2011/06/28/arti-sakinah-mawadah-warahmah/



  • Semoga pernikahannya menjadi pernikahan yang abadi dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah….biasanya doa itu yang kita panjatkan untuk mempelai dalam sebuah pernikahan.

Nah arti sebenarnya dari sakinah, mawadah wa rahmah itu apa sih sebenarnya??
  • Pengertian umum dari kalimat sakinah, mawadah wa rahmah yakni damai, tenang dan tentram dalam rajut cinta dan kasih sayang nan sejuk dan abadi.
Secara historis-filologis, kalimat hasil rangkaian tiga kata utama:

Sakiinah artinya tenang, tentram
Mawaddah artinya cinta, harapan
Rahmah artinya kasih sayang dan satu kata sambung wa yang artinya dan

Tiga kata utama tersebut sejatinya merupakan istilah khas Arab-Islam yang dirujuk dari QS.

Ar-Rum ayat 21.

Di antara tanda-tanda (kemahaan-Nya) adalah Dia telah menciptakan dari jenismu (manusia) pasangan-pasangan agar kamu memperoleh sakiinah disisinya, dan dijadikannya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya dalam hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kemahaan-Nya) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum:21)

Dalam perkembangannya, kata sakiinah diadopsi ke dalam Bahasa Indonesia dengan ejaan yang disesuaikan menjadi sakinah yang berarti kedamaian, ketentraman, ketenangan, kebahagiaan.

Kata mawaddah juga sudah diadopsi ke Bahasa Indonesia menjadi mawadah yang b erarti kasih sayang. Mawaddah mengandung pengertian filosofis –> adanya dorongan batin yang kuat dalam diri sang pencinta untuk senantiasa berharap dan berusaha menghindarkan orang yang dicintainya dari segala hal yang buruk, dibenci dan menyakitinya.
Mawaddah adalah kelapangan dada dan kehendak jiwa dari kehendak buruk.

Adapun kata rahmah, setelah diadopsi dalam Bahasa Indonesia ejaannya disesuaikan menjadi rahmat yang berarti kelembutanhati dan perasaan empati yang mendorong seseorang melakukan kebaikan kepada pihak lain yang patut dikasihi dan disayangi.

Karena itu, kedamaian dan kesejukan berumah tangga akan terbina dengan baik, harmonis serta penuh cinta kasih dan semangat berkorban bagi yang lain. Pada saat bersamaan jiwa dan ruh rahmah tersebut akan membingkainya dengan dekap kasih dan sapaan lembut sang Khalik.

Sumber : http://ariana-myjourney.blogspot.com/2009/04/sakinah-mawadah-wa-rahmah.html

 Anggota keluarga selalu ridha terhadap anugrah Allah SWT yang diberikan kepada mereka.

 Jika diberi lebih mereka bersyukur dan berbagi dengan fakir miskin.
 Jika kekurangan mereka sabar dan terus berikhtiar.
Mereka keluarga yang selalu berusaha untuk memperbaiki semua aspek kehidupan mereka dengan wajib menuntut ilmu-ilmu agama Allah SWT.

Friday, February 23, 2018

Santapan Mental dan Rohani..- Kesihatan melalui amalan Bekam..

Semua igin sihat.Macam-macam Cara untuk kekal sehat..

Image result for kisah bekam

Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.

Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra' kan kecuali mereka (para malaikat) berkata : wahai muhammad! Perintahlah umatmu berbekam" - HR Tarmizi & Baihaqi 

Daripada kedua-dua hadis tersebut dapat difahami bahawa bekam ini merupakan saru kaedah  pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat. 





Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.


Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit. 

Sabda Rasullulah Saw : 

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.
http://mselim3.blogspot.my/2013/05/tahukah-kamu-kenapa-rasullulah-saw.html

Image result for kisah bekam
Bekam melalui penggunan LINTAH









Waktu dianjurkan berbekam

Titik bekam beberapa penyakit



Bukti Ilmiah bekam



Cara berbekam


Bekam  Menggunakan Lintah




Salam Jumaat ke 3 bagi bulan Februari-23.02.2018 - 7 JMDIL aKHIR..- Solat Tahajud

Salam Jumaat yang baraqah... Busy sangat  sampai tak sempat menulis blog tentang Foras THRM..





Kelebihan Solat tahajud


10 munafaat Solat Tahajud



luarbiasa keutamaan Tahajud


Sehat Rasulullah dengan Tahajud..

Friday, February 16, 2018

SALAM JUMAAT Minggu ke2 -- 30 Jamidulawal- TAHUN BARU CINA

Salam Jumaat yang Baraqah  bagi pembaca Blog ini..


Hidup ini  satu ANUGERAH

yang tiada bandingan Nilainya..

Maka hargailah setiap detik waktu yang di lalui..

Penuh KESYUKURUN.

Penuh REDA,

Penuh TAQWA....

IN SYA ALLAH...

Aamin Ya Rabbul Alamin.




Ruang Santai Flora THRM - Pantun Flora Fauna

Salam THRM... Sila hayati Pantun Flora - Fauna ni - Pantun Berkasih

Pantun Flora –Pantun Berkasih


Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga



Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih adinda kunanti jua

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?

Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
Tembaga buruk di mata orang
Intan berkarang di hati saya

Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan

Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan

Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh

Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?

Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan memikat
Burung terbang menyerah diri

Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Pucuk pauh batangnya pauh
Di tengah-tengah pokok mengkudu
Adinda jauh kekanda pun jauh
Sama-sama menanggung rindu

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
Manis lagi senyuman Tuan

Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa ponggor berdaun
Kasih cik adik saya terima
Menjadi hutang beribu tahun

Sayang Laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh Datuk Menteri
Tuan umpama minyak yang penuh
Sedikit tidak tertumpah lagi

Sayang pelanduk di luar pagar
Mati ditembak patah kakinya
Tujuh tahun gunung terbakar
Baru sekarang nampak apinya

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Harum baunya si bunga Tanjung
Harumnya sampai puncak gunung
Tuan umpama sekaki payung
Hujan panas tempat berlindung

Tajam kapak dari beliung
Hendak menebang kayu berduri
Tuan laksana kemuncak payung
Saya di bawah menyerah diri

Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati

Hilir berderap mudik berderap
Patah galah di dalam perahu
Tuan laksana si bunga Dedap
Cantik merah tidak berbau

Orang berhuma di Pulau Balangan
Asap apinya tabun-menabun
Tuan laksana bunga kayangan
Kuntum Kasturi tangkainya embun

Kalau Tuan pergi ke Jambi
Ambil air Cik Tahir jurubatunya
Kalau Tuan hendakkan kami
Bakar air ambil abunya

Beli cempedak dari Juana
Mari dibelah di atas tudung
Jika berhajat menyunting bunga
Jumpa wali di atas gunung

Buah jering di atas para
Diambil budak bawa berlari
Kering laut tanah Melaka
Baru saya mungkirkan janji

Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidakku lupa pada yang kasih

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Limau purut lebat di pangkal
Batang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya?

Layang-layang terbang melayang
Jatuh ke laut disambar jerung
Siapa bilang saya tak sayang?
Kalau bunga rasa nak kendong

Layang layang terbang melayang
Jatuh di laut melayang layang
Siapa bilang saya tak sayang?
Siang malam terbayang bayang

Layang-layang disambar nuri
Madu kelapa dalam tempayan
Lagi tak hilang bukit Puteri
Tidak kulupa kasihmu Tuan

Langit cerah awan membiru
Dinihari embun pun jatuh
Sakit sungguh menanggung rindu
Di dalam air badan berpeluh

Indah nian bulan mengambang
Keliling pula bintang bercahaya
Wajah tuan bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga

Ikan belanak di tengah muara
Daun suji di dalam puan
Tiada sanak tiada saudara
Kalau sudi terimalah Tuan

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Tinggi tinggi mata hari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru sekarang saya mendapat

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalaulah sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati

Kedondong batang sumpitan
Batang padi saya lurutkan
Tujuh gunung sembilan lautan
Kalau tak mati saya turutkan

Burung terbang menarik rotan
Lalu hinggap di kayu Jati
Tujuh gunung tujuh lautan
Belum dapat belum berhenti


Di Tanjung Katung airnya biru
Disitulah tempat mencuci mata
Duduk sekampung lagikan rindu
Inikan pula jauh dimata

Laju-laju perahu laju
Lajunya sampai ke Surabaya
Lupa kain lupakan baju
Tetapi jangan lupakan saya

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga Cina jambangan Cina
Bungkus inai dalam kertas
Sungguh saya bena tak bena
Di dalam hati haram tak lepas

Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung

Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua

Angin Barat dari gunung
Berhembus lembut terlalu nyaman
Baru kelibat adik menyongsong
Kembali segar semangat di badan

Orang mengail ikan cencaru
Dapat ikan bawa ke jeti
Kalau tuan kata begitu
Barulah senang di dalam hati

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata jangan dibuang

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati

Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti

Anak buaya anak memerang
Anak biawak luka kepala
Badan merantau sakit dan senang
Pada adinda sedikit tak lupa

Kukutip bunga buat karangan
Karangan diletak di atas peti
Ingin ku sunting bunga di jambangan
Buat penyeri di taman hati

Sekapur sirih seulas pinang
Ada berkunjung budaya Melayu
Terjunjung kasih tersimpul sayang
Terikat terkurung kasih nan satu

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Malam ini malam Jumaat
Pasang dian kepala titi
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang di dalam mimpi

Hilang sepi diraut wajah
Usah terlerai nilainya budi
Setia janji takkan berubah
Kasih tersemai tetap abadi

Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan siapa lagi?

Pohon sena cabangnya empat
Mari tebang waktu pagi
Kalau kena dengan makrifat
Burung terbang menyerah diri

Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang

Air pasang limpah ke pasar
Tanam pinang kelapa mati
Di manalah tuan belajar
Pandai mencari isyarat hati?

Tajam tubuh si buah gading
Hendaklah ikat bersama tali
Hancur luluh tulang dan daging
Namun kulupa tidak sekali

Hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?

Fikir memikir sama lawak
Jangan dibawa ke Tanjung Jati
Sindir menyindir sesama awak
Jangan dibawa masuk ke hati

Tuan puteri meminta cawan
Untuk diisi air kelapa
Amat tulus kasihmu Tuan
Sampai ke mati adinda tak lupa



Sumber Rujukan https://penyair.wordpress.com/2007/03/08/pantun-berkasih/


Fauna dan Flora
Sajak Faun Flora




Saturday, February 10, 2018

Kenali flora LIDAH BUAYA - Aloe vera- Detoksie=fier di Laman HERBA THRM

Kenali flora LIDAH BUAYA - Aloe vera- Detoksiefier di Laman HERBA THRM

Nama tempatan : LIDAHBUAYA
Nama saintifik: Aloe vera

Order: Lilalles

Famili:Asppholdaceae - Liliaceae

Asal-usul: Pulau Barabados., Amerika Tengah

Info-flora :

Lidah Buaya ialah salah satu tumbuhan antara 250 spesies Aloe serata dunia. Lidah buaya ialah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain di mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu rujukan] Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.[1]

Info-Xtra  : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Lidah_Buaya


Info-khasiat- kegunaan berbagai:


  • Penyubur rambut :
Daun lidah buaya segar secukupnya dibelah, diambil bagian dalam yang rupanya seperti agar-agar, digosokkan ke kulit kepala sesudah mandi sore, kemudian dibungkus dengan kain, keesokan harinya rambut dicuci. Dipakai setiap hari selama 3 bulan untuk mencapai hasil yang memuaskan.


  • Luka bakar dan tersiram air panas (yang ringan): Daun dicuci bersih, ambil bagian dalamnya, tempelkan pada bagian tubuh yang terkena api/air panas.
  • Bisul : Daun dilumatkan ditambah sedikit garam, tempelkan pada bisulnya.

  • Kencing manis (Diabetes): 1 batang lidah buaya dicuci bersih, dibuat durinya, dipotong-potong seperlunya direbus dengan 3 gelas air sampai menjadi 1 1/2 gelas. Diminum sehari 3 x 1/2 gelas, sehabis makan.
  • Batuk rejan : Daun sekitar 15 – 18 cm, direbus kemudian ditambah gula, minum.

Syphilis : Bunga ditambah isi daunnya: Direbus, minum.

  • Cacingan, susah buang air kecil: 15 – 30 gram akar kering lidah buaya direbus, minum.
  • Luka terpukul, luka dalam (muntah darah): 10 – 15 gram bunga kering lidah buaya direbus, minum atau bunga ditim dengan arak putih, untuk pemakaian luar.
  • Kencing darah : 15 gram daun lidah buaya diperas, ditambah 30 gram gula, ditambah air beras secukupnya, minum.

Buasir : 1/2 batang daun lidah buaya dihilangkan duri-durinya, cuci bersih lalu diparut. Tambahkan 1/2 cangkir air matang dan 2 sendok makan madu, aduk, saring. Minum sehari 3 kali.

Sembelit : 1/2 batang daun lidah buaya dicuci dan dibuang kulit dan durinya, isinya dicincang, lalu diseduh dengan 1/2 cangkir air panas dan tambahkan 1 sendok makan madu, hangat-hangat dimakan, sehari 2 kali.

PERHATIAN :
Dilarang pakai untuk wanita hamil, gangguan pada sistem pencernaan dan diare.
sumber : IPTEKnet, Sentra Informasi IPTEK


Cacingan susah buang air kecil : Akar lidah buaya dicuci dan dijemur sampai kering. Rebus dengan segelas air sampai airnya tinggal setengah. Diminum sekaligus.
Ambeien : 1/2 batang daun lidah buaya dibuang duri-durinya, dicuci lalu diparut. Beri 1/2 gelas air. Peras. Beri 2 sendok makan madu. Minum 3x sehar
Jerawat, noda-noda hitam : Daun lidah buaya dicuci dan dikupas. Isinya diblender. Seperlima gelas cairan diadukdengan tepung beras (bedak) dingin sampai kental. Aduk rata dan laburkan ke wajah. Biarkan selama 30 menit, baru dibilas.
Batuk (yang membandel) : 20 g daun lidah buaya dicuci, dikupas, dipotong-potong. Beri 2 sendok makan madu murni. Minum 2x sehari. Ulangi selama 10 hari.
Diabetes : 2 daun lidah buaya, dicuci, dibuang durinya, dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air. Saring. Minum 2 – 3x sehari, sesudah makan. Sekali minum 1/2 gelas.
Radang tenggorokan : 1 daun lidah buaya dicuci dan dikupas. Isinya dipotong-potong atau diblender. Beri madu murni dan minum 3x sehari.
Menurunkan kolesterol : 30 g daging lidah buaya, 1 buah apel dikupas/buang biji, blender.
Catatan :
* Jangan digunakan oleh wanita hamil.
* Lendair  daun lidah buaya yang dikupas, segera menjadi kecoklatan dan mencair kalau kena udara. Jadi, pengobatan luka terbuka perlu dilakukan secepatnya!

sumber: WARINTEK, Warung Informasi Teknologi



  • Penurun kadar gula darah
Cara Meramu: 1 pelepah lidah buaya ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan) dibersihkan dengan mengupas kulit dan durinya. Rendam sekitar 30 menit dalam air garam. Remas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir (air kran). Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih. Dinginkan. Minum sebanyak 1/2 gelas, 2 sampai 3 kali sehari.
sumber : www.purwakarta.org


  • Lidah buaya untuk perawatan kulit berminyak bisa juga dijadikan sebagai masker wajah. Berikut resepnya:

* 1 sendok makan masker lumpur
* 1 sendok makan jus lidah buaya
* 1 sendok makan tepung hazel
*air secukupnya untuk membuat bahan-bahan ini jadi pasta
* tambahkan 1 tetes essential tea tree oil
* 1 tetes essential oil lavender
* 1 tetes essential oil peppermint
Campurkan semua bahan, oleskan dan didiamkan selama 15 menit dan basuh dengan air hangat lalu percikkan air dingin.
sumber: KapanLagi.com


Lidah Buaya berais
Bahan:
2 bh lidah buaya ukuran besar
sirup berwarna merah/ hijau siap pakai
es batu

Cara membuat:
1. Potong lidah buaya menjadi 3-4 bagian, lalu kupas kulitnya sampai bersih.
2. Potong-potong lidah buaya bentuk dadu, lalu cuci sambil diremas-remas sampai lendirnya hilang.
3. Siram lidah buaya dengan air panas secukupnya, tiriskan.
4. Buat 8 gelas minuman sirup sesuai selera, masukkan potongan lidah buaya. Biarkan 1-2 jam hingga sirup meresap ke dalam isi lendair lidah buaya. Sajikan lidah buaya dengan es batu.

https://jepretanhape.wordpress.com/2009/02/08/lidah-buaya-juga-berbunga/

Friday, February 9, 2018

Kenali flora Pokok RERAMA fi Laman HErba THRM




Kenali flora Pokok RERAMA fi Laman HErba THRM

Nama tempatan: Pokok RERAMA
Nama siantifik :  Christia  verspertilionis

Nama lain : Daun Kelawar, Butterfly Wing atau Bian Fu Cao (di China).
Asal-usul: Asia

Info-flora

Hasil daripada pengalaman pengguna herba ini, ia dipercayai mampu merawat kanser dan beberapa penyakit lain seperti angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis, asma, migrain, resdung, denggi, demam campak, masalah usus serta penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus). Bagus kan herba ni?
Pengguna herba rerama turut melaporkan khasiat teh rerama sebagai mampu merawat:
✔Masalah Berkaitan Darah
✔Masalah Kolesterol/Asid Urik (Gout)
✔Penyakit Kulit (termasuklah ekzema dan psoriasis)
✔Senggugut
✔Thyroid
✔Angin dalam badan

BSebenarnya pokok rerama ni ada banyak jenis dan yang digunakan untuk tujuan perubatan ialah yang berwarna hijau. Ini dia gambar pokok rerama yang ada atas muka bumi ni: