Thursday, October 13, 2016

Anugerah Alam - ASAM GELUGUR (Garcinia atr0viridis) = Asam Keping



ASAM GELUGUR , lebih dikenali dengan nama ASAM KEPING....memang tidak asing
 dalam kehidupan seharian kita.

Jom Kenali  Tumbuhan popular ini dengan lebih dekat lagi...

Asam Gelugur  ( Garcinia atroviridis )

Famili : Cluciacea


Image result for pokok asam gelugur
Pokok Asam Gelugur
Image result for pokok asam gelugur
Buah Asam Gelugur




Image result for pokok asam gelugur
Buah Asam gelugur yang telah dikeringkan

Khasiat Asam Gelugur
·         Buah asam gelugur mengadungi asid sitrikasid tartarikasid malikasid askorbikasid hidroksisitrikflavonoidseratvitamin dan mineral.
·         Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria.
·         Daunnya pula mengandungi serat, karbohidratalkoloid, vitamin dan mineral.
·         Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
·         Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Kegunaan asam gelugur
·         Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging.
·          Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
·         Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan.
·          Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain.
·         Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa.
·         Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik
·         Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan buducencaluksambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi.
·         Pucuk mudanya boleh dijadikan ramuan dalam nasi ulam dan nasi kerabu. Daun muda dan bunganya juga boleh dimasukkan ke dalam masakan asam pedas dan masak lemak cili api.
·         Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan.
Terapi Alami
·         Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
·         Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan
·         Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
·         Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.
·         Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

·         Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.




Cara membuat asam keping


Masak Pindang Ikan yang popular

Produk Asam Gelugur

Terapi Alami - Jamu Asam Gulugur- Kunyit untuk Kesihatan


No comments: