Thursday, October 6, 2011

Perubatan Pintar= Smart Medicine

Info - Perubatan tradisional - berkaitan dengan MADU

287:

Pelbagai kajian menunjukkan BAWANG PUTIH mengandungi antibiotik yang ampuh.

  • Diantaranya ia bermanaffat bagi mengubati penyakit jangkitan saluran pencernaan dan radang kerongkong.
Bagi menyembuhkan radang kerongkong = sorethroat
  • Campurkan 1 ulas bawang putih yang ditumbuk dengan 1 sudu besar MADU.
  • Minum campuran itu, 3 kali sehari.

Utk merawat ULSER MULUT

- Ia boleh berlaku mungkin disebabkan stres melampau, kekurangan vitamin C , kurang menjaga kebersihan mulut.

Caranya:

  • Dapatkan 5 helai daun CENGKIH+ 5 helai daun SIRIH.
  • Masukkan kedua-duanya ke dalam 2 gelas air.
  • Rebus air , tinggal separuh gelas, dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  • Apabila seju, tapis dan tambah 2 sudu kecil MADU ASLI.
  • Campurkan kedua-duanya.
  • Miumlah 3 kali setiap kali selepas makan.

290 Merawat PERUT KEMBUNG :

- berlaku mungkin kerana gangguan asid HCl yang berlebihan, kekurangan enzim pencernaan atau gangguan fungsi hati.

Caranya:
  • Dapatkan 2 sudu kecil serbuk KAYU MANIS + 4 sudu besar MADU.
  • Campurkan kedua-duanya.
  • Minum 3 kali selepas makan.
284 Rasa Mual= Rasa nak muntah

- elak ambil ANTACID

Cara mengatasinya: secawan air panas.

  • Campurkan 1/2 biji PALA + 3 lembar daun PUDINA segar.
  • Tumbuk hingga halus dan tuangkan secawan air panas.
  • Biakan selama 10 minit.
    Tapis campuran + 1 sudu besar MADU sebagai pemanis.
    Minumlah semasa perut kosong.
285

Khasiat BUAH PALA:

  • Bahan yang dapat memanskan badan
  • Dapat mengatasi insomnia atau sukar tidur.
  • Ia menyegarkan.
  • Minumlah pati buah pala secara teraatur dan rasailah selepas seminggu meminumnya.
  • Tidur menjadi lebih nyenyak dan diri terasa bertenaga.

281
Merawat Cacingan pada kanak-kanak :
  • 3 cubit HALIA , dihiris nipis. + 3 gelas air.
  • Rebus sehingga separuh gelas. Sejuk dan tapis.
  • Tambah 2 sudu MADU dan kacau rata.
  • Minum campuran separuh gelas, 3 kali sehari. sehingga cacing keluar.
275
Merawat JERAWAT dan GUSI BERDARAH

  • BELIMBING mengandungi flavanoid, kalsium dan kalium.
Caranya:
  • Rendam belimbing di dalam MADU selama 3 -4 hari.
  • Makanlah 3 -4 biji sehari.
Adios. Salam sihat sejahtera...


No comments: