Tuesday, October 11, 2011

Terapi JUS unuk KESIHATAN

Terapi Jus Untuk Kesihatan

A bit catchy tentang tajuk ni kan....Anyway..sahaja nak kongsi ilmu berkaitan dengan tajuk melalui

Buah-buahan berkhasiat untuk dijadikan minuman jus...Di antaranya termasuklah;

  • AVOKADO
  • LOBAK MERAH
  • BETIK
  • MANGGA
  • TEMBIKAI
  • PISANG
  • EPAL
  • OREN
  • TOMATO
  • JAMBU BATU
  • DAUN SELERI
  • BUAH R LIMAU NIPIS
  • HALIA

AVOKADO mengandungi..
  • 70% air , 20% lemak organik dan 10% mineral.
  • Mineral: kalsium, fosforus, zat besi, kalium dan natrium.
  • Banyak vitamin A, B6 (niasin) dan Vit.C
  • Keistimewaan: mengandungi lemak organik 20-30 kali ganda lebih banyak daripada buah-buahan lain.
  • Sesuai untuk penyakit gout yang kronik.
LOBAK MERAH mengandungi...
  • vitamin A,B,C,D, E dan K serta
  • mineral: zat besi, kalsium, sulfur, klrin dan fosforus
  • LM sumber utama karotin yang berubah di dalam usus menjadi vitamin A bersama Vit.B12.

BETIK mengandungi ..
  • gula, protein, lemak, vitaminC, asid organik, protease,enzim,alkali betik dan karpein.
  • KARPEIN adalah sejenis alkali yang terkandung di dalam betik yang berkhasiat utk mengurangkan serangan serangan jantung, antiameba, dan ubat bagi memudahkan sistem pembuangan air kencing-urin (diuretik)
  • juga membantu melancarkan pencernaan dan membunuh parasit di dalam badan.

Saturday, October 8, 2011

ROKOK dAN KESIHATAN

BETULKAH PEROKOK juga ada HAK ?


Ya! .. HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA
SEBATANG
ROKOK.

Dengan membayar 50 sen untk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:

  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen !

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
  • 20 kali lebih risiko kanser paruparu
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih pada saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT !

Tak Nak ! MEROKOK.

Petikan daripada Akhbar KOSMO: Khamis 6 Oktbober 2011.


Hakikat...kenyataan ini mungkin benar...pada keluarga saya sendiri...

Kebanyakan KANSER punca kematian...mungkin satu kebetulan..

ataupun secara kebetulan memang dalam famili mempunyai genetik radikal bebas yang dominan...

Grandma..kanser kelenjar/gusi - menggemari sirih + rokok daun
Grandpa...kanser perut (katanya)
Uncle Pak Anjang - Kanser -...merokok
Father ...pneumonia...kanser peperu ...not sure...disihir -jarum emas??..merokok
My cousin perempuan...leukemia..???
Adiknya -perempuan ...persendian ...??...masaalah SAka..??
Uncle Pak Ngah .. Kanser Peparu.??..kerana tak merokok..

Another dominan gen in my famili is LELAH = ASMA

Aunties - Cousins and ....

Me Myself ...Diri sendiri

Pernah kena Pneumonia.. Asmatic bronchitis .. Denggi too low platelet count (1 minggu masuk wad)... masa hangat H1N1..masuk wad 1 minggu dan kuarantin ..gara-gara kena attack pneumonia ...high risk H1N1...

Anyway , I am a normal human being....right..

Apa yang tak rasa ...Migraine teruk ..Gastrik..Senggugut....prone to flu...demam..batuk..

Petua lagi ...Amalkan mengunyah bunga cengkih untuk hilangkan batuk berpanjangan.

Amalkan mengunyah biji-biji buah jenis beri - aprikot, epal, anggor..peach...kerana dikatakan kaya dengan antioksidan untuk mencegah KANSER.


Kena bersyukur amat masa kini ..tiada high blood and diabetes... tapi tak taulah akan dtg...

kalau semua penyakit ini datang serentak ...kena rasa semua.. biarlah jangan ya...Wallahualam..

Moga senantiasa di bawah lindungan Allah... dan yang pasti kena seimbangkan hidup ini dengan

Santapan JIWA ROHANI = kehendak fizikal...Makan yang sihat..tidur yang cukup.. ..seboleh mungkin mengikut sunnah Rasulullah... melalui buku Dr MAT - DR MOHAMMAD ALI TOHA

" 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH ".


Apapun..kita .kena senantiasa berbaik sangka sesama kita dan apatah lagi kepada Allah...


" Yang Baik datang dari Allah ... yang Buruk datang dari kita sendiri "

Dan percayalah...bahawa

" There is always a sliver lining among the clouds "

Langit tidak selalu cerah..

Bumi mana tak timpa hujan...Lautan mana yang tak bergelombang..

Air Laut ..ada pasang-surutnya

ADAT ALAM...untuk buat renungan dan muhasabah diri..

Ada Hikmah di sebalik semua kejadian...Wallahuallam.

Amin... yarabbul A'lamin.


Ewa aa..bermadah pulaak kita...saje nak hiburkan hati supaya lebih ceria..

supaya lebih banyak endorfins dikeluarkan..supaya awet sok mo...Ha..ha..ha..

Kata Dr MAT...jangan ketawa over..nanti kena serangan sakit jantung...pulak..



Wassallam. Adios. Jumpa lagi.

Friday, October 7, 2011

Info Khasiat HERBA - Kanser - Buah Pinggang / Tekanan darah ting

KHASIAT HERBA : MENCEGAH lebih BAIK daripada MERAWAT.

Khasiat PASLI

KANSER = BARAH adalah penyakit berbahaya..

(286)Salah satu cara untuk mencegah adalah...

  • dengan memakan PASLI yang masih segar..
  • .sebab Pasli mengandungi miristin, asid folat , vitamin A dan C.

Oleh itu, pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko kanser=barah.

(282) BUAH PINGGANG...adalah organ penting yang berperanan dalam proses perkumuhan.

Jagalah kesihatan buah pinggang dengan menyediakan ramuan yang terdiri dengan ...

1 genggam PASLI yang direbus dengan 1.5 liter air hingga mendidih.

  • Minum 1 cawan = 150ml campuran itu setiap hari.
  • Kemudian simpan bakinya di dalam peti sejuk dan ulangi setiap hari.
  • Ramuan ini bukan hanya dapat memelihara buah pinggang bahkan mengubati gangguan pada buah pinggang seperti jangkitan buah pinggang dan batu karang di dalam buah pinggang.

TEKANAN DARAH TINGGI....dapat menyebabkan gangguan dalam fungsi ginjal dan jantung.
Jika mengidap darh tinggi amalkan rawatan ini...

  • Rebus 75gm DAUN SADERI dalam 200 ml ai selama 10 min.
  • Apabila suam-suam kuku tapis,, dan tambah 400 ml MADU ASLI secara perlahan sambil dikacau.
  • Minum campuran itu 3 kali sehari sebanyak 2 sudu besar setiap kali makan.
  • Amalkan setiap hari..

(292) TEKANAN DARAH TINGGI....dapat menyebabkan gangguan dalam fungsi ginjal dan jantung.
Jika mengidap darh tinggi amalkan rawatan ini...

  • Rebus 75 gm DAUN SADERI dalam 200 ml air selama 10 min.
  • Apabila suam-suam kuku tapis,, dan tambah 400 ml MADU ASLI secara perlahan sambil dikacau.
  • Minum campuran itu 3 kali sehari sebanyak 2 sudu besar setiap kali makan.
  • Amalkan setiap hari..


(297)KANSER = BARAH penyakit yang serius.
Bagi pesakit barah...usah putus asa dan yakinlah dengan rahmat Allah yang luar biasa.

Antara cara bagi mempercepatkan penyembuhan barah adalah...

  • meminum sekurang-kurangnya 30 ml/kg berat badan air
  • berjemur di bawah sinaran matahari selama sejam sehari antara pukul 7 .00- 9.00 pagi
  • memakan makanan yang segar dan bebas daripada bahan kimia.
  • biasakan diri meminum 14 gelas teh hijau /hari dan
  • tingkatkaan rasa berserah diri kepada Allah...
  • Dengan demikian , Allah memilih perkara terbaik bagi kita.


(298) TEH HIJAU...

  • kaya dengan antioksida EGCC.
  • Antioksida tersebut dapat mengikat rdaikal bebas yang mempengaruhi pembahagian sel-sel barah.
  • Sel-sel barah berkemampuan membahagi dengan cepat, dengan kualiti dan kitar hayat yang lebih pendek daripada sel normal. Antioksida mencegah pembahgian progresif sel-sel barah.


(299) BAWANG PUTIH

  • ...kaya dengan antibiotik, anti-kolesterol antiradang dan enzim yang melawan BARAH.
  • Cara menyediakan yang betul adalah dengan...

Menghiris atau Menumbuknya.
Biarkan selama 10 minit lalu masukkan ke dalam masakan
.


(306) TEH

  • adalah minuman kesihatan yang baik...kerana ia mengandungi antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas.
  • kandungan radikal bebas dalam teh hijau lebih tinggi daripada teh htam.

Juga TEH mengandungi TANNIN yang menghalang penyerapan zat besi.

jadi JANGAN minum teh sesudah makan SATE.kerana penyerapan zat besi akan terhalang.

(289) TEH HIJAU ...

  • mengandungi antioksida KATEKIN yang bermanafaat meneutralkan radikal bebas.
  • Ia juga dipercayai dapat membantu pembakaran kalori dan menurunkan kadar kolesterol di dalam darah.
  • Badan terasa segar apabila minum 2 gelas teh hijau sehari.


.. Lebih baik Minum air kosong!

(307 -337) MINYAK ZAITUN - barah payudara -rahim

Wanita digalakkan meminum minyak zaitun secara rutin, risiko barah payudara -rahim.

  • Gunakan ia bagi memasak tetapi dengan api yang kecil. Ini kerana api besar merosakkan strukturnya lantas menghapuskan manfaatnya.







Thursday, October 6, 2011

Perubatan Pintar= Smart Medicine

Info - Perubatan tradisional - berkaitan dengan MADU

287:

Pelbagai kajian menunjukkan BAWANG PUTIH mengandungi antibiotik yang ampuh.

  • Diantaranya ia bermanaffat bagi mengubati penyakit jangkitan saluran pencernaan dan radang kerongkong.
Bagi menyembuhkan radang kerongkong = sorethroat
  • Campurkan 1 ulas bawang putih yang ditumbuk dengan 1 sudu besar MADU.
  • Minum campuran itu, 3 kali sehari.

Utk merawat ULSER MULUT

- Ia boleh berlaku mungkin disebabkan stres melampau, kekurangan vitamin C , kurang menjaga kebersihan mulut.

Caranya:

  • Dapatkan 5 helai daun CENGKIH+ 5 helai daun SIRIH.
  • Masukkan kedua-duanya ke dalam 2 gelas air.
  • Rebus air , tinggal separuh gelas, dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  • Apabila seju, tapis dan tambah 2 sudu kecil MADU ASLI.
  • Campurkan kedua-duanya.
  • Miumlah 3 kali setiap kali selepas makan.

290 Merawat PERUT KEMBUNG :

- berlaku mungkin kerana gangguan asid HCl yang berlebihan, kekurangan enzim pencernaan atau gangguan fungsi hati.

Caranya:
  • Dapatkan 2 sudu kecil serbuk KAYU MANIS + 4 sudu besar MADU.
  • Campurkan kedua-duanya.
  • Minum 3 kali selepas makan.
284 Rasa Mual= Rasa nak muntah

- elak ambil ANTACID

Cara mengatasinya: secawan air panas.

  • Campurkan 1/2 biji PALA + 3 lembar daun PUDINA segar.
  • Tumbuk hingga halus dan tuangkan secawan air panas.
  • Biakan selama 10 minit.
    Tapis campuran + 1 sudu besar MADU sebagai pemanis.
    Minumlah semasa perut kosong.
285

Khasiat BUAH PALA:

  • Bahan yang dapat memanskan badan
  • Dapat mengatasi insomnia atau sukar tidur.
  • Ia menyegarkan.
  • Minumlah pati buah pala secara teraatur dan rasailah selepas seminggu meminumnya.
  • Tidur menjadi lebih nyenyak dan diri terasa bertenaga.

281
Merawat Cacingan pada kanak-kanak :
  • 3 cubit HALIA , dihiris nipis. + 3 gelas air.
  • Rebus sehingga separuh gelas. Sejuk dan tapis.
  • Tambah 2 sudu MADU dan kacau rata.
  • Minum campuran separuh gelas, 3 kali sehari. sehingga cacing keluar.
275
Merawat JERAWAT dan GUSI BERDARAH

  • BELIMBING mengandungi flavanoid, kalsium dan kalium.
Caranya:
  • Rendam belimbing di dalam MADU selama 3 -4 hari.
  • Makanlah 3 -4 biji sehari.
Adios. Salam sihat sejahtera...


Pemakanan Pintar=Smart Eating: Info MADU

Info-MADU- apa-apa saje berkaitan dengan madu


188:

Allah berfirman dalam surah an-Nahl , ayat 69:

"
Makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu, Dengan itu, keluarlah daripada dalam badan LEBAH itu minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi pelbagai penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda yang membuktikan kemurahan Allah bagi orang yang mahu berfikir."

MADU adalah bahan yang mempunyai nutrisi yang lengkap.
  • Selain menghasilkan kalori dan enzim-enzim lengkap, madu juga mengandung antibiotik dan bermanafaat bagi menjaga kesihatan serta mengubati penyakit terutamanya penyakit dalam saluran pencernaan.

104- MADU
dapat menyembuhkan LUKA.
  • Ini kerana madu bersifat higroskopis, iaitu dapat menyerap kotoran nanah atau serum.
  • Antibiotik yang terkandung di dalam madu dapat membunuh kuman dalam luka.
Cara menggunakannya adalah dengan :

1. Membersihkan luka dengan air suam.
2. Sapu madu pada luka.
3. Biarkan sekurang-kurangnya dua jam.

  • Madu juga mengeringkan bisul.
  • Bagi luka dengan kehilangan jaringan granulosa, madu terbukti dapat merangsang pertumbuhan jaringan granulosa.
110: Madu mengandungi pelbagai enzim yang bermanafaat bagi menjaga kesihatan dan mengubati penyakit:

1 Diastase yang bermanfaat mengubah polisakrida menjadi monosakarida.
2 Invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.
3 Glukosa oksidase mengubah glukosa menjadi asid peroksid.
4. Peroksidase menjalankan proses oksidasi metabolik.
5. Lipase memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak dan gliserol.

Secara keseluruhannya, semua enzim itu bermanafaat bagi tubuh. Namun begitu , bagi memastikan enzim di dalam madu tidak rosak, pastikan saudara menyimpan madu dengan betul.

111:
  • Berdasarkan hadis nabi yang menyarankan pengambilan madu, Ibn Sina berpendapat mereka yang berusia melebihi 45 tahun patut diwajibkan mengambil madu secara teratur.
  • Beliau menyarankan pengambilan madu bersama dengan buah yang isnya keras seperti SALAK dan buah ZAITUN.
89:
Sebenarnya MADU ASLI tidak mudah rosak.
  • Bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu di dalam bekas kedap udara dan pada suhu bilik.
  • Jauhkan ia daripada sinar matahari dan lain-lain sinar.
  • Dengan demikian , daya antibiotik dan enzim yang ada di dalamnya tidak mudah rosak. Apabila enzimnya rosak, meminum madu tidak ada bezanya dengan meminum air gula biasa.
  • Salah satu kegunaan madu adalah merawat cirit-birit kronik.


Adios..Salam MADU...