Ilhamcipta dari saya sendiri dan perbincangan sesama ahli AJK Taman
Logo THRM mengukir sejarah Taman kami ...genap usianya 2 tahun
Sejak- Since November 2015 - November 2017 = 2tahun.
Tag Logo : Bunga Telang - Bunga Kantan - diapit oleh Daun Pandan-Serai - Paku pakis
Moto Taman : Sihat- Cerdas- Informatif
Sihat : Adanya aktiviti riadah setiap pagi Rabu ( 8.00am- 9.00am)- Senamrobik dan setiap pagi Jumaat ( 7.30 am- 8.30 am) di Laman Riadah dan Refleksologi.
Cerdas : Melalui aktiviti gotong royong dari semasa ke semasa- menjalinkan ukhwah sesama Qariah komuniti Al-Madani, sambil sama-sama memberi sumbangan dalam bentuk dana mahupun ide..
Informatif: Flora di taman dilabelkan dengan Nama Tempatan- Nama Saintifik- Famili dan diberikan juga info berkaitan dengan kegunaan- khasiat flora tersebut.
Harapan kami dengan adanya logo ini melambangkan identiti kami, Qariah Al-Madani,- Seksyen 3 Bandar Baru Bangi .Insyaallah melalui pemakaian T- Shirt, adanya Key- Chain dsb.
Looking forward for our Launching - Open Day : Pelancaran dan Hari terbuka THRM pada Ahad- 1 April 2018 . In Sya Allah. Amin. Adios.
SELAMAT TAHUN BARU.
No comments:
Post a Comment